Assalamualaikum wbt
Sekarang ni macam-macam benda kita boleh buat duit. Kek la, kertas la, cawan la.. Tapi ni special sikit, buat duit dengan uber. Benda ape uber tu? Ubi kayu kah?
Uber ni macam prebet sapu. Sape-sape yang pernah masuk universiti/kolej mesti ada kawan-kawan korang yang buat perkhidmatan teksi celup a.k.a prebet.
Beza antara uber dengan teksi atau prebet ialah sebelum nak cari perkhidmatan uber ni kena install apps dia dulu. Kita boleh contact pemandu uber melalui apps tu. Bak kata wikipedia : "Uber Technologies Inc. is an American multinational online
transportation network company headquartered in San Francisco,
California." Paham kan? English aku tak power sangat, so tak reti nak translate macam mane ke bahasa ibunda. Pemandu uber selalunya akan guna kereta-kereta yang high class untuk bawak penumpang. Layanan yang diberikan kat penumpang jugak lebih mesra mengikut polisi uber sebab penumpang akan bagi rating dekat perkhidmatan pemandu uber. Kalau rating pemandu teruk, tindakan akan dikenakan.
Disebabkan aku tak pernah naik uber, so tak ada pengalaman yang dapat aku ceritakan kat sini. Tapi korang boleh baca pengalaman orang lain di blog Adarain dan AmySyeera . Kedua-dua blog ni ada tunjuk cara-cara install uber, kelemahan dan kebaikan uber. Korang boleh banding bezakan antara teksi biasa dan uber. Ada lagi satu perkhidmatan macam ni, nama dia Mytaxi ataupun sekarang dikenali dengan nama Grab.
Kepada sesiapa yang ada kereta mewah-mewah kat rumah tu, tapi belum dapat pekerjaan, ada eloknya korang cuba jadi pemandu uber ni. Korang boleh dapatkan buku "Buat Duit Dengan Uber" untuk panduan yang lebih mapan, mantap dan lengkap. tak mahal pun bawah RM10 je. Klik sini untuk beli--> SalamBz
Selamat mencuba dan berjaya!
:)
ARTs.Travel.Life
Simple but Dimple
Tuesday, 12 April 2016
BUAT DUIT DENGAN UBER
Sunday, 3 April 2016
JOM BELAJAR BAHASA JEPUN ONLINE!
Assalamualaikum!
Ada sesiapa berminat nak belajar menulis, membaca dan bercakap dalam Bahasa Jepun?
Aku terjumpa 1 blog yang menawarkan kelas secara online (Telegram) untuk belajar bahasa Jepun. Dalam kelas ni ada macam2 aktiviti seperti pengenalan diri, asas2 greeting, kuiz dan macam2 lagi dalam bahasa Jepun.
Pembelajaran ni mengikut silibus dalam buku 'Minna no Nihongo', yang selalu bebudak AAJ atau sesape yang nak pegi Jepun pakai.
Sila godek2 blog ni---> http://belajarbahasajepunbersamahoukiboshi.blogspot.my/
Ittekimas! Gokoun o inorimasu!

Admin dia aku belum kenal lagi. Pasal bila aku bukak profile dia yg wujud gambar panda tu je. Ape2hal pun panggil je dia Sensei.
Ni iklan pasal kelas tu, kalau berminat masih tak terlambat nak join.
Page komik Sensei di Facebook
Yang ni paling bestt! Kalau nak join sila lah layari blog Sensei tu. Link macam yang kat atas tadi.
Ittekimas! Gokoun o inorimasu!
:)
Wednesday, 16 March 2016
BUAT DUIT DALAM DOLLAR DI FIVERR
Assalamualaikum wbt.
Ekonomi yang tengah meleset sekarang ni menyebabkan banyak graduan menganggur. Tahukah anda kebanyakan anak-anak orang cina yang baru tamat belajar mengambil peluang bekerja di oversea? Kenapa? Antara satu sebabnya adalah nilai matawang asing yang tinggi.
Tapi anda jangan risau, walaupun tak dapat pegi oversea main salji, anda tetap boleh cari kerja atas talian dan mendapat gaji dalam bentuk $Dollar. Sorang sepupu aku ni duduk kat rumah je, tapi kerja dengan Google kat US. Kena pandai cari kerja atas talian ni baru berbaloi.
FIVERR?
Amenda Fiverr tu? Bebudak Form 5 ke?
Fiverr ialah sebuah laman web yang menawarkan peluang pekerjaan merangkap servis kepada pengguna komputer/internet.
Antara servis yang meletop kebabom di Fiverr.
Jangan ingat servis yang ditawarkan seperti translating, resume, data entry, etc benda seumpama itu je yang ada, kalau anda nak tolong orang reka lagu, reka baju, buat buku, lukis pelan rumah, semua boleh.. Kiranya kalau cita2 nak jadi fashion designer tak tercapai di alam realiti, anda boleh jadi fashion designer di alam maya. Caranya? Tawarkan servis melukis fesyen baju. Tawar la mahal-mahal sikit, $15 dollar ke kan.
Ni kategori Pelik. Memang pelik-pelik, kreatif dan yang tepahape pun ada. Contohnye "I will write message in beach sand at sunrise" tu. Kalau ikutkan semua orang boleh buat, menulis atas pasir. Gamaknye dia tulis siap berkaligrafi kot.
DAFTAR FIVERR
Senang je, klik kat butang join, masukkan email, password ape sume lepas tu klik join.
Tunggu dorang bagi activation link (cek di email), lepas tu boleh la nak tawar / beli servis online). Yang pastinya free je nak daftar.
Sebelum daftar Fiverr ni eloklah kau orang daftar PayPal dulu untuk mudahkan transaksi aliran masuk duit. Kalau tak camne orang nak bayar.
Fiverr ni antara servis yang boleh dipercayai. Cubalah try cari peluang kerja kat sini.
*Hah, yang malas sangat nak buat assigment tu, boleh try cari servis siapkan assignment. Kot kot la ada. Servis ditawarkan serendah $5, lebih kurang RM20 gitu. Murah je kan berbanding nak perah otak 30 hari 30 malam buat assignment tapi tak siap-siap. (Tak bagus cadangan aku ni, jangan buat)
Untuk info yang lebih -->
http://www.buatduitusd.com/blog/tag/buat-duit-dengan-fiverr/
(Nak belajar buat PayPal boleh cari jugak di sini)
Ekonomi yang tengah meleset sekarang ni menyebabkan banyak graduan menganggur. Tahukah anda kebanyakan anak-anak orang cina yang baru tamat belajar mengambil peluang bekerja di oversea? Kenapa? Antara satu sebabnya adalah nilai matawang asing yang tinggi.
Tapi anda jangan risau, walaupun tak dapat pegi oversea main salji, anda tetap boleh cari kerja atas talian dan mendapat gaji dalam bentuk $Dollar. Sorang sepupu aku ni duduk kat rumah je, tapi kerja dengan Google kat US. Kena pandai cari kerja atas talian ni baru berbaloi.
FIVERR?
Amenda Fiverr tu? Bebudak Form 5 ke?
Fiverr ialah sebuah laman web yang menawarkan peluang pekerjaan merangkap servis kepada pengguna komputer/internet.
Antara servis yang meletop kebabom di Fiverr.
Jangan ingat servis yang ditawarkan seperti translating, resume, data entry, etc benda seumpama itu je yang ada, kalau anda nak tolong orang reka lagu, reka baju, buat buku, lukis pelan rumah, semua boleh.. Kiranya kalau cita2 nak jadi fashion designer tak tercapai di alam realiti, anda boleh jadi fashion designer di alam maya. Caranya? Tawarkan servis melukis fesyen baju. Tawar la mahal-mahal sikit, $15 dollar ke kan.
Pelbagai kategori ditawarkan.
Contohnya mamat ni buat servis memasukkan melodi dalam lirik lagu. (Tak pasti samada dia yang nyanyi atau orang lain, tapi tugas dia menggubah lagu. So sesapa yang jiwang-jiwang dan rajin tulis lirik tapi tak tau nak masukkan melodi, boleh cuba guna servis dia ni)Ni kategori Pelik. Memang pelik-pelik, kreatif dan yang tepahape pun ada. Contohnye "I will write message in beach sand at sunrise" tu. Kalau ikutkan semua orang boleh buat, menulis atas pasir. Gamaknye dia tulis siap berkaligrafi kot.
DAFTAR FIVERR
Senang je, klik kat butang join, masukkan email, password ape sume lepas tu klik join.
Tunggu dorang bagi activation link (cek di email), lepas tu boleh la nak tawar / beli servis online). Yang pastinya free je nak daftar.
Sebelum daftar Fiverr ni eloklah kau orang daftar PayPal dulu untuk mudahkan transaksi aliran masuk duit. Kalau tak camne orang nak bayar.
Fiverr ni antara servis yang boleh dipercayai. Cubalah try cari peluang kerja kat sini.
*Hah, yang malas sangat nak buat assigment tu, boleh try cari servis siapkan assignment. Kot kot la ada. Servis ditawarkan serendah $5, lebih kurang RM20 gitu. Murah je kan berbanding nak perah otak 30 hari 30 malam buat assignment tapi tak siap-siap. (Tak bagus cadangan aku ni, jangan buat)
Untuk info yang lebih -->
http://www.buatduitusd.com/blog/tag/buat-duit-dengan-fiverr/
(Nak belajar buat PayPal boleh cari jugak di sini)
Tuesday, 15 March 2016
BUAT EBOOK CARA MUDAH DI "KLIKJER"
Assalamualaikum wbt.
Anda suka menulis? Tapi tak tahu nak cari penerbit mana untuk terbitkan? Anda taknak keluarkan kos?
Jadi anda boleh cuba menghantar karya anda di Klikjer
APA ITU KLIKJER?
"Klikjer" merupakan sebuah laman web yang menerbit serta menjual ebook kepada pengguna. Ebook tidak perlu cetak buku so tiada aktiviti cetakan berlangsung.
Affiliate- affiliate ni salah satu bisnes online juga. Affiliate ni kita letak iklan di laman web/blog kita, kemudian bila ada orang klik dan beli barang tu, kita akan dapat komisen. Lagi tinggi trafik blog, lagi besar kemungkinan untuk orang klik pada link tu. Kebanyakan affiliate adalah percuma untuk didaftar. Lepas daftar, laman web tersebut akan bagi code dan anda boleh masukkan code tersebut dalam blog anda.(Boleh adjust ikut suka) Anda boleh pilih samada nak bubuh teks link, email link atau banner. Selalunya orang bubuh banner dalam blog supaya nampak lagi menarik.
Tapi, ada beberapa syarat nak jadi penulis di Klikjer.
Antara jenis buku yang berkemungkinan besar ditolak di Klikjer:
-Motivasi
-Novel
-Seks
-Politik
*Buat masa ni, ebook dalam Bahasa Inggeris tidak dapat diterbitkan. Cuma bahasa Lingua Franca (Melayu) sahaja.
Buku yang diterima
-Panduan
-Persediaan
-Bisnes (Buat duit dengan...)
*Ebook yang berada dalam kategori selain di atas, anda boleh je hantar proposal ebook tersebut dahulu untuk penilaian.
KENAPA KLIKJER?
-Pihak klikjer bertindak sebagai penerbit dan pengedar karya melalui online. Karya anda akan diterbitkan samada melalui ebook, audio atau video.Klikjer bertanggungjawab menjual ebook anda di website minisite dan website lain. Anda tak perlu susah nak tidur fikir siapa nak tolong jual, cuma jika usaha anda lebih dengan join affiliate dan rajin promo barulah anda akan dapat hasil yang lebih.
-Bayaran royalti yang dikenakan kepada penulis adalah tinggi. (Royalti tu macam komisen hasil jualan)
-Tiada sebarang kos yang anda perlu keluarkan untuk menerbitkan ebook sebab kesemuanya digital. Anda cuma perlu memerah otak sahaja untuk mengeluarkan idea.
:) Apa lagi, jomlah cuba menulis sesuatu yang bermanfaat! Mudah saja di Klikjer. Lepas daftar sebagai penulis, ebook panduan menulis di Klikjer dan template penulisan akan diberikan.

Langkah pertama, pilih samada mahu jadi penulis atau affiliate. Kalau anda jadi penulis, lebih baik join dua-dua sebab affiliate ni salah satu langkah promosi buku anda.

Sunday, 13 March 2016
MELIHAT AUDIENCEs DI FACEBOOK UNTUK MENCARI CUSTOMERs
Assalamualaikum wbt.
Ada sesiapa kat sini minat buat bisnes online?
Tujuan aku tulis blog hari ni bukan nak carik agen jual barang ke apa, cuma nak kongsi cara bagaimana men'stalk' kawan-kawan kita di facebook tanpa membuka akaun mereka.
Stalk di sini bertujuan untuk memudahkan orang yang buat bisnes online mencari target customer. Seperti yang kita dah belajar dalam bab 'marketing' di universiti, ade 5 kaedah memasarkan produk iaitu (Product, place, promotion, price and profit).
Sebagai contoh, Encik Azam belajar di Scotland, sambil tu beliau mencipta baju sejuk tahan lasak berkualiti tinggi. Untuk memasarkan produk beliau, beliau meletak target pada kawan-kawannya yang tinggal di Scotland dan negara sekitarnya. Beliau tidak memasarkan produk itu di Malaysia walaupun beliau asal orang Malaysia. Kenapa? Mestilah, sebab Malaysia mana ada salji. Tambah-tambah sekarang ni El Nino, panasss.
Contoh kedua, Puan Latipah mempunyai butik yang menjual tudung dan pakaian wanita. Butik beliau kurang disinggah oleh golongan berusia dan kanak-kanak kerana fesyen yang dijual di situ kebanyakannya ranggi-ranggi bersesuaian dengan golongan remaja, wanita dewasa dan pertengahan. Manakala pelanggan lelaki juga jarang2 singgah di situ kerana butik beliau tidak menjual pakaian lelaki.
Jadi, apa kaitan cerita panjang siap contoh kat atas ni dengan audience facebook? Ya, saya bagi contoh lagi anda menjual produk susu kambing. Target anda ialah wanita yang sudah berkahwin. Bagaimanakah anda nak mengetahui berapa ramai rakan facebook anda yang dah kahwin? Kalau anda tahu, baguslah, tapi yang kahwin senyap-senyap tu, tak tahu kan?
Facebook Audience Insight boleh tolong anda mencari target customer melalui data-data yang dikumpul. Anda boleh asingkan audience anda mengikut kategori umur, jantina, minat, hubungan, tempat tinggal dan lain-lain.
Langkah-langkahnya:
1. Cari di Google/ mana2 search engine: taip je FB Audience insight
2. Muka hadapan Facebok insight, sila scroll sikit dan klik kat link
3. Pilih nak yang mana satu
53% daripada jumlah audience yang minat Sugarscarf sudah berkahwin, 29% masih bujang (tak sangka yang kahwin lagi ramai, ni kawin tipu-tipu ke apa), yang selebihnya hubungan masih complicated.
5. Lagi satu boleh search di Google Trend untuk nak tau bile sesuatu produk tu sedang hot.
Cuba tengok contoh Qu Puteh ni.. Ada masa dia hot sebab Dato Vida taja program.. Lepas tu sepi.. Lepas tu hot balik.
Untuk link mudah ke FB audience insight-->
facebook.com/ads/audience_insights/
Ada sebarang kritikan/cadangan/soalan boleh komen di bawah.
Ada sesiapa kat sini minat buat bisnes online?
Tujuan aku tulis blog hari ni bukan nak carik agen jual barang ke apa, cuma nak kongsi cara bagaimana men'stalk' kawan-kawan kita di facebook tanpa membuka akaun mereka.
Stalk di sini bertujuan untuk memudahkan orang yang buat bisnes online mencari target customer. Seperti yang kita dah belajar dalam bab 'marketing' di universiti, ade 5 kaedah memasarkan produk iaitu (Product, place, promotion, price and profit).
Sebagai contoh, Encik Azam belajar di Scotland, sambil tu beliau mencipta baju sejuk tahan lasak berkualiti tinggi. Untuk memasarkan produk beliau, beliau meletak target pada kawan-kawannya yang tinggal di Scotland dan negara sekitarnya. Beliau tidak memasarkan produk itu di Malaysia walaupun beliau asal orang Malaysia. Kenapa? Mestilah, sebab Malaysia mana ada salji. Tambah-tambah sekarang ni El Nino, panasss.
Contoh kedua, Puan Latipah mempunyai butik yang menjual tudung dan pakaian wanita. Butik beliau kurang disinggah oleh golongan berusia dan kanak-kanak kerana fesyen yang dijual di situ kebanyakannya ranggi-ranggi bersesuaian dengan golongan remaja, wanita dewasa dan pertengahan. Manakala pelanggan lelaki juga jarang2 singgah di situ kerana butik beliau tidak menjual pakaian lelaki.
Jadi, apa kaitan cerita panjang siap contoh kat atas ni dengan audience facebook? Ya, saya bagi contoh lagi anda menjual produk susu kambing. Target anda ialah wanita yang sudah berkahwin. Bagaimanakah anda nak mengetahui berapa ramai rakan facebook anda yang dah kahwin? Kalau anda tahu, baguslah, tapi yang kahwin senyap-senyap tu, tak tahu kan?
Facebook Audience Insight boleh tolong anda mencari target customer melalui data-data yang dikumpul. Anda boleh asingkan audience anda mengikut kategori umur, jantina, minat, hubungan, tempat tinggal dan lain-lain.
Langkah-langkahnya:
1. Cari di Google/ mana2 search engine: taip je FB Audience insight
2. Muka hadapan Facebok insight, sila scroll sikit dan klik kat link
3. Pilih nak yang mana satu
4. Sila pilih tempat tinggal, jantina, umur, minat, etc.... untuk siasat bakal customer anda
Contoh dalam ni, aku cari audience yang minat fesyen Sugarscarf, hanya 5% lelaki yang minat dan selebihnya mestilah wanita. sebanyak 40% wanita berumur lingkungan 18-24 yang minat SugarScarf, 60% lagi wanita berumur 25-33. (Korang boleh bubuh target umur sampai berapa-berapa pun, yang ni saje test).53% daripada jumlah audience yang minat Sugarscarf sudah berkahwin, 29% masih bujang (tak sangka yang kahwin lagi ramai, ni kawin tipu-tipu ke apa), yang selebihnya hubungan masih complicated.
71% yang minat Sugarscarf ialah pelajar kolej, so sesuai sangat kalau nak bukak booth di kolej2. Time kat kolej ni la pembaziran sering berlaku. Trust me. Biar papa asal kedana bergaya.
27% peminat Sugarscarf ialah mereka yang kerja di bahagian admin. Pekerja Gomen pulak hanya 11%. (Kalau ada unemployed lagi bagus. Nak jugak tahu unemployed suka fesyen macam mana.)5. Lagi satu boleh search di Google Trend untuk nak tau bile sesuatu produk tu sedang hot.
Cuba tengok contoh Qu Puteh ni.. Ada masa dia hot sebab Dato Vida taja program.. Lepas tu sepi.. Lepas tu hot balik.
Untuk link mudah ke FB audience insight-->
facebook.com/ads/audience_insights/
Ada sebarang kritikan/cadangan/soalan boleh komen di bawah.
Monday, 7 March 2016
BAGAIMANA FACEBOOK DEVELOPERs BOLEH MEMBANTU LIKE & SHARE BLOG ANDA?
Assalamualaikum wbt.
Zaman teknologi sekarang ni, ramai manusia yang kaki 'like'& kaki 'share' serta kaki suka mintak 'like' & 'share'. Fenomena ni dah lama dah jadi, cuma semakin lama semakin menjadi. So, tak hairanlah kalau korang boleh jumpa butang 'Like' di mana-mana
Bila dah ade butang like & share dalam blog, orang tak payah susah-susah nak copy link URL pastu post kat newsfeed. Kan senang tu. Nak 'like' pun boleh terus je klik like kat blog. Mesti si kaki 'likers' gembira punya. Thanks to blogger Mikahaziq sebab post dia ni dapat membantu aku menambahkan ape yang patut dalam blog yang nampak kusam & plain ni.
Step2 yang korang buleh buat untuk tambah butang 'Like' & 'Share' dalam blog:
1. Ketahui apa itu Facebook Developers. Facebook Developers ni lebih kurang macam website under Facebook yang menyediakan aplikasi untuk mengembangkan berita, aktiviti, iklan dan macam2 lagilah (dalam kata lain bertujuan menghubungkan Facebooker dengan website2 lain untuk meluaskan berita, jualan, dan lain2). Kepada Website Developers, mohon maaf kalau definisi yang aku tulis ni salah.
2. Lepas dah bukak website tu, sila klik 'doc'. Boleh jugak nak copy URL ni (https://developers.facebook.com/docs/) dan korang akan terus sampai kat page bawah ni:
Klik pada perkataan 'Social Plugin'. Lupa pulak nak bulatkan perkataan tu..
3. Ade banyak jenis plugin yang korang boleh try.
4.Dan harini nak ajar cara bubuh 'like' dan 'share'. Yang lain buleh la korang discover sendiri nanti.
5. Lepas tu akan keluar macam kat bawah ni, scroll sikit ke bawah.. akan jumpa macam dalam gambar, and then paste link blog korang:
6.Copy dua2 code dan bukak bloggerdashboard>layout . Klik kat mana2 yang ade tulis 'Add a Gadget' ikut citarasa korang.
7. Akan keluar macam ni.. Pilih HTML/Java Script. Klik kat butang tambah tu.
8. 'Paste' kedua-dua code tadi ikut turutan, dan klik save.
9. Try cek blog korang jadi ke tak, kalau tak jadi komen kat bawah. Kalau jadi, ucap Alhamdulillah sebelum komen.
p/s: Gambar2 yang nampak kecik tu boleh klik nak bagi nampak besar.
Selamat mencuba!

Cuba kau tengok, sampai kat kereta pun ade gak 'Like'.
Sumber gambar: craziestgadgets.com

Hah, Klik Web tu..
5. Lepas tu akan keluar macam kat bawah ni, scroll sikit ke bawah.. akan jumpa macam dalam gambar, and then paste link blog korang:
Lepas tu terus tekan 'Get Code'
Ta-daa.. Dah dapat Secret Code
6.Copy dua2 code dan bukak bloggerdashboard>layout . Klik kat mana2 yang ade tulis 'Add a Gadget' ikut citarasa korang.
7. Akan keluar macam ni.. Pilih HTML/Java Script. Klik kat butang tambah tu.
8. 'Paste' kedua-dua code tadi ikut turutan, dan klik save.
9. Try cek blog korang jadi ke tak, kalau tak jadi komen kat bawah. Kalau jadi, ucap Alhamdulillah sebelum komen.
p/s: Gambar2 yang nampak kecik tu boleh klik nak bagi nampak besar.
Selamat mencuba!
Labels:
bagaimana,
blog,
developers,
facebook,
kongsi,
like,
plugin,
rating,
share,
social,
suka,
tingkatkan
Sunday, 28 February 2016
BRACES LAGI - BEBERAPA TIPs JAGA GIGI
Assalamualaikum wbt!
Dah lame tak post. Biasalah, bila quota internet dah habis, ape pun susah nak upload.
Post kali ni merupakan kesinambungan cerita braces haritu. Esok aku bakal buat rawatan akar untuk gigi atas aku yang satu tu. Semalam aku boleh mimpi aku nak pergi buat rawatan tu, and then masuk bilik doktor gigi tapi doktor tak tau yang aku nak buat rawatan akar. Padahal dah ade dalam appointment nama aku. Pastu jarum syringe patah, doktor letak atas tray bersama alatan dentist lain. Berterabur atas tray tu. Doktor suruh aku pi bawak tray tu kat bilik pendaftaran dan tukar alatan baru. Ada ke aku yang kena buat. By the way,mimpi je pun.
Hampir 2 bulan aku pakai braces untuk gigi bawah. Antara masalah yang aku hadapi ialah makanan lekat celah braces. Sebab tu aku elak makan kat public. Kalau pi kenduri pun, aku nak cecepat balik.
Masa memula pakai braces, doktor bagi aku lilin. Tujuannya untuk letak kat hujung braces. (Hujung braces tajam), so bila mengunyah takdelah luka bila braces bergesel dengan dinding mulut. Mula2 je aku pakai, sekali tu tertelan lilin sebab dia tercabut. Renyah sikit lilin ni, kalau mulut basah sikit senang nak cabut.
Lepas makan, aku guna interdental brush untuk gosok celah braces, untuk keluarkan sisa2 makanan. Malu kot kalau orang tengok. Macam sampah terselit celah kerusi.. gitulah umpamanya. Interdental brush ni boleh dapat kat Guardian dan Farmasi. Memula aku nak beli kat klinik, dia jual RM5 sebatang tapi dah habis. So, aku cari kat Guardian, 5 batang RM10, jimat.. Kaler hijau pulak tu. I like!
Proses membuang sisa. Gigi atas aku tu paling teruk ke'arnab'annya, tapi belum dipakaikan braces lagi.
Untuk gigi atas tu aku masih guna floss. Tapi untuk gigi bawah yang dah didakap oleh braces susah nak floss. Doktor pun kata tak payah floss.
Berus gigi kena guna yang lembut. Selain bertujuan untuk jaga bracket braces, berus gigi lembut jugak penting supaya gusi kita tak cepat terhakis. Kalau gusi terhakis nanti gigi nampak panjang.
Keluaran terbaru Oral-B, Ultra Thin dengan Green Tea. Best sebab warna hijau.
Ni kat bawah, tutorial penjagaan gigi:

Ta-daa.. Aku guna banyak tu je, pastu tak bukak2 dah bekas ni.

Floss gigi. macam benang ulat sutera tu.
Berus gigi kena guna yang lembut. Selain bertujuan untuk jaga bracket braces, berus gigi lembut jugak penting supaya gusi kita tak cepat terhakis. Kalau gusi terhakis nanti gigi nampak panjang.
Keluaran terbaru Oral-B, Ultra Thin dengan Green Tea. Best sebab warna hijau.
Ni kat bawah, tutorial penjagaan gigi:
Doktor suruh aku guna mouthwash/mouth rinse/oral rinse/mouth bath (mana2 je), yang macam Colgate Plax atau Listerine tu. Tapi aku malas nak guna.
Bersinar bak mentari.
Kurangkan jajan, minuman ringan dan yang manis2. Sebab bakteria senang lekat celah2 braces.
Elakkan makanan keras seperti kekacang, ais dan coklat beku.
Petang semalam, getah tercabut dari braces. Aku nak bubuh balik kat cangkuk braces, tapi terputus pulak getah tu, dah la panjang.. Aku terpaksa gunting. So, yang braces hujung tu cuma ada wire tanpa getah.
Sekian saja perkongsian malam ni.
Oyasumiasaii.
Subscribe to:
Posts (Atom)