Showing posts with label pendakap. Show all posts
Showing posts with label pendakap. Show all posts

Sunday, 28 February 2016

BRACES LAGI - BEBERAPA TIPs JAGA GIGI

Assalamualaikum wbt!
Dah lame tak post. Biasalah, bila quota internet dah habis, ape pun susah nak upload.

Post kali ni merupakan kesinambungan cerita braces haritu. Esok aku bakal buat rawatan akar untuk gigi atas aku yang satu tu. Semalam aku boleh mimpi aku nak pergi buat rawatan tu, and then masuk bilik doktor gigi tapi doktor tak tau yang aku nak buat rawatan akar. Padahal dah ade dalam appointment nama aku. Pastu jarum syringe patah, doktor letak atas tray bersama alatan dentist lain. Berterabur atas tray tu. Doktor suruh aku pi bawak tray tu kat bilik pendaftaran dan tukar alatan baru. Ada ke aku yang kena buat. By the way,mimpi je pun.

Hampir 2 bulan aku pakai braces untuk gigi bawah. Antara masalah yang aku hadapi ialah makanan lekat celah braces. Sebab tu aku elak makan kat public. Kalau pi kenduri pun, aku nak cecepat balik.

Masa memula pakai braces, doktor bagi aku lilin. Tujuannya untuk letak kat hujung braces. (Hujung braces tajam), so bila mengunyah takdelah luka bila braces bergesel dengan dinding mulut. Mula2 je aku pakai, sekali tu tertelan lilin sebab dia tercabut. Renyah sikit lilin ni, kalau mulut basah sikit senang nak cabut.

 Ta-daa.. Aku guna banyak tu je, pastu tak bukak2 dah bekas ni.

Lepas makan, aku guna interdental brush untuk gosok celah braces, untuk keluarkan sisa2 makanan. Malu kot kalau orang tengok. Macam sampah terselit celah kerusi.. gitulah umpamanya. Interdental brush ni boleh dapat kat Guardian dan Farmasi. Memula aku nak beli kat klinik, dia jual RM5 sebatang tapi dah habis. So, aku cari kat Guardian, 5 batang RM10, jimat.. Kaler hijau pulak tu. I like!

Proses membuang sisa. Gigi atas aku tu paling teruk ke'arnab'annya, tapi belum dipakaikan braces    lagi.

Untuk gigi atas tu aku masih guna floss. Tapi untuk gigi bawah yang dah didakap oleh braces susah nak floss. Doktor pun kata tak payah floss.
Floss gigi.  macam benang ulat sutera tu.

Berus gigi kena guna yang lembut. Selain bertujuan untuk jaga bracket braces, berus gigi lembut jugak penting supaya gusi kita tak cepat terhakis. Kalau gusi terhakis nanti gigi nampak panjang.

Keluaran terbaru Oral-B, Ultra Thin dengan Green Tea. Best sebab warna hijau.

Ni kat bawah, tutorial penjagaan gigi:
Doktor suruh aku guna mouthwash/mouth rinse/oral rinse/mouth bath (mana2 je), yang macam Colgate Plax atau Listerine tu. Tapi aku malas nak guna.

Bersinar bak mentari.
Kurangkan jajan, minuman ringan dan yang manis2. Sebab bakteria senang lekat celah2 braces.
Elakkan makanan keras seperti kekacang, ais dan coklat beku. 
 
Petang semalam, getah tercabut dari braces. Aku nak bubuh balik kat cangkuk braces, tapi terputus pulak getah tu, dah la panjang.. Aku terpaksa gunting. So, yang braces hujung tu cuma ada wire tanpa getah.
  
Sekian saja perkongsian malam ni.
Oyasumiasaii.

Wednesday, 3 February 2016

SAKIT KE PAKAI BRACES? -PART 2

Assalamualaikum wbt..
Jadi semalam aku dah tulis part 1 pasal braces. Hari ni nak sambung part 2.

Anatomi braces
(Credit pic: Google)

29/2/2015
Bersemangat nak pegi pakai braces. Bila sampai sana dan dipanggil masuk bilik doktor, aku terus tanya hal gigi aku yang kononnya akar mati tu. Diorang teros keluar dan pegi amik diagnosis  nak tau betul ke tak akar mati. Mase tu la aku cecepat kuarkan handset dan tangkap gambar alatan2 dalam bilik tu.

Berserabut
Seram.. seram..
Cermin tu penting sangat!

 Pastu dorang masuk, nasib baik aku cepat simpan handset. Doktor cakap, dukacita dimaklumkan yg gigi atas aku yg sebatang tu akar mati. Jadinye aku pakai braces hanya bahagian bawah dulu sebab yang atas tu kena buat rawatan akar dulu. Proses pasang braces 5 minit je.. Masa pasang tu takde sakit ape pun. Doktor gam bracket kat gigi aku satu-satu..
Mula2, kena pakai mouth prop (yang kaler putih tu) untuk tahan mulut supaya takditutup. Pastu dokter lekat bracket tu satu-satu, then.. dia amik benda ni..name dia Curing Light,... Fungsi dia mengeluarkan cahaya biru(UV) yg berperanan sebagai simen supaya bracket tu melekap kuat kat gigi. Senang cite benda ni guna untuk seal gigi.

Nampak tak yg muncung straw tu? Itulah dia Curing Light

Ade macam2 pattern. Yg ni mcm gerudi 

(Sumber gambar www.net32.com)
Sambil dorang panahkan Curing light tu kat bracket, dorang letak LED Orange filter ni depan Curing Light.. Pasal Curing light tu guna cahaya UV.  

(Sumber gambar: Google)
Lepastu dorang buh wire kat celah2 bracket and then bubuh getah (Getah ni yg menyebabkan braces nampak warna warni.)..Aku dapat warne turqoise. Yes! Pakai braces tak sakit apa, tapi rase mulut tak selesa lepas tu.. Yang sakitnye masa nak makan. Nak bercakap pun kekadang tak betul sebut. Sebab belum biasa lagi.

Minggu pertama aku makan bubur je sebab gigi rase ngilu sangat. Nak menggigit pun tak buleh. Lama2 aku tak tahan, sebab perut aku nak gak nasik. Lelama kurang dah rasa sakit gusi. Cumanya kalau ade ulser dalam mulut memang teruklah nak bercakap. Tambah2 kat bahagian gigi geraham sebab kat situ hujung bracket. Bracket yang kat hujung tu tajam.

Cuba tengok hujung braces tu, tajam.. Yang macam hook tu menyakitkan dinding mulut kekadang. 
Doktor bagi aku lilin suruh tampal kat hujung braces yg tajam atau mane2 bracket yang menyakitkan masa makan sebab masa mengunyah senang cedera.. Macam ni la keadaan gigi bila dililin. Tapi kejap je aku pakai sebab asyik tertelan lilin masa makan.

 Ade bermacam2 pesen braces korang boleh buat. Nak campur kaler boleh, nak buat silang pangkah, lilit ubi, insang pari pun boleh..
Semua gambar ni credit pada Mr.Google
Glow in the dark pon ade. Kalau nak rare boleh try..(Creditpic: Pinterest)

Nak pilih kaler getah braces pun boleh.. Mase aku pi appointment pada dua minggu sudah untuk tukar rubber band, doktor bagi pilihan warna getah untuk tukar kaler. PA doktor tu macam tau2 je aku suka hijau, dia keluarkan semua rubber band warna hijau (hijau pucuk pisang, hijau daun, hijau emerald). Doktor kate yang paling laku sekali kaler pink dan turqoise.
Pilih, jangan tak pilih.. Sumber gambar dri Mr Google
Setiap kali tukar rubber band (getah yg dekat wire tu), mesti gigi akan jadi ngilu balik sebab dia ketatkan wire. Wire tu mula2 doktor bubuh yg paling lembut. Lama2 doktor akan ganti dengan yang keras. Kalau gigi rase ngilu masa menggigit tu normal, tapi kalau takde aktiviti dalam mulut dan still gigi tu rasa sakit, better pegi jumpa balik dentist.

Ok, sekian.. Nanti aku buat Part Anatomi braces dan Part Screening.