Sunday, 21 February 2016

MOVIE DALAM MIMPI

Assalamualaikum wbt
Dah lama tak share apa2.. pasal braces tu pun belum tulis lagi.
Tapi malam ni nak kongsi cerita ala2 movie.
Movie ni wujud dalam mimpi aku.
Silakan baca kalau tak keberatan.

18022016
Mimpi malam ni..

Gambar asal credit to: 123rf
Tajuk movie : THE CROCODILE
-Dalam mimpi ni, aku Cuma camerawoman.
-Pelakon: Semua mat & minah saleh. Tak tahu negara mana, sebab accent English dia lain macam.. Maybe European. Ni nama2 dorang aku main bagi je mengikut kesesuaian & perangai watak sebab dalam mimpi tu aku pun taktau name dorang.
CARLO- Lelaki buaya darat.
GEENA- Perempuan yang travel bersama rakannya ke negara baru
NATALIE- Isteri kedua Carlo
BRIGGS- Anak lelaki sulung Carlo
CHARLIE-Anak lelaki bongsu Carlo
TINA- Kawan Geena
ELLE-Isteri Carlo yang tua.
YANG LAIN MALAS NAK BAGI NAMA SEBAB TAK PENTING.

-Setting masa: Taktau zaman bila. Macam zaman pemerintahan Babylon tapi rumah & fesyen orang ramai gaya moden. Sebab zaman ni macam belum ramai manusia menghuni  sesebuah tempat. Masih dalam kelompok kecil.
-Setting tempat : Macam negara arab tapi banyak kelapa sawit & pokok kelapa. Kawasan perumahan kat situ agak mewah, bcoz setiap rumah mempunyai kawasan lapang yang sangat luas, so jarak Antara sebuah rumah ngan rumah lain adalah jauh. Ade sungai Nil dalam citer ni tapi dorang penduduk tempatan semua speaking English dalam slang selain british/American.
-Ulasan awal: Citer ni berkenaan lelaki yang buaya darat dan ada kaitan dengan buaya betul jugak. Ada misteri2 sikit dalam citer ni. Unsolvent mystery.

BABAK 1
Cerita dia bermula mcm ni, ada 2 orang minah saleh nama Geena dan Tina. Dorang baru merantau ke negara baru. Mase memule dorang sampai, ada semacam perarakan orang bercouple beramai2 tengah jalan.
Lebih kurang mcm ni la struktur tempat tu, sambil tu manusia bersusun-susun tepi jalan. Cuaca agak mendung-medung + vintage.

Orang2 kat negara tu sambut Geena dan Tina dgn ramah sekali. Lepas tu ada sorang ni bagi tisu kat Geena. Geena pun cakap, “Semoga aku dapat luck (nasib) yang baik.”dan tiup kat tisu tu. Lepas tu dia pi tekan loceng rumah orang. Tina marah Geena sebab sesuka hati je tekan loceng rumah orang sembarangan, tapi Geena kate takpe. Dia harap dapat good luck (nasib yang baik) bila tekan loceng rumah orang tu guna tisu tadi.
Macam ni la lebih kurang rupa rumah mak Carlo. Well, ni rumah orang yang terletak antara sempadan Netherlands-Belgium.
Tetibe kuar sorang mamat saleh ni , dia bukak pintu. (Bagi aku tak encem tapi bagi Geena encem sangat. Muka cam artis omputeh . Aku bagi  nama laki ni Carlo. Carlo yg baru bangun tidur tu pelik la sebab dia tak kenal pompuan 2 orang kat luar rumah tu. Tapi Carlo jemput jugak dorang masuk dan sembang2 sikit2. Emak Carlo ade dlm rumah tu (sebab ni rumah mak dia), bebel2 ape ntah kat Carlo. Carlo terus marah dan keluar rumah.
*Carlo dan Geena berkenalan selepas peristiwa tu dan mula rapat.

BABAK 2
Carlo ni dah kawin sebenarnya dan ada 2 orang anak lelaki, Briggs (Umur dalam 19-20 camtu la.. suka pakai baju ala2 Justin Bieber gitu. Tapi kekadang plain je. Sorang lagi Charlie. Charming gitu muka dia, umur dalam 7 tahun. ) Dan seorang isteri bernama Natalie. Natalie ni cantik bagi aku. Macam muka Natalie Portman yg jadi heroin Star Wars Episod 1-3 tu.

Yang kiri tu Natalie (Natalie Portman), kanan tu plak (Geena)Sunny Leone.

Kiri Briggs (Reed Deeming 2016), tengah Carlo (Zayn malik) tapi dalam movie ni Zayn Malik muka mature, kanan tu Charlie (Reed Deeming masa kanak-kanak).
Mase ni dorang nak sambut besday Natalie. Gembira sangat suasana ni. Lepas tu Natalie tercari2 benda macam batu bentuk hati warna merah dalam kek. (Rasenye sebelum tu Carlo dah janji nak bagi batu tu), tapi Natalie tak jumpa. And them Carlo pun kate nak keluar, nak pergi cari batu bentuk hati (love) tu. (Natalie tak syak ape2 tapi aku sebagai camerawoman ni pun boleh agak si Carlo ni lain macam.)
Lepas tu Natalie tunggu la.. dan cek handset Carlo yang tertinggal tu sebab bosan. Dan terbaca satu mesej ni, macam nak bertemu janji tapi takde pulak sweet2 dalam mesej tu. Formal dan plain. Sender mesej pun Natalie tak kenal.
Natalie pun excited nak pegi tempat sperti dlm mesej tu, konon2 nak buat surprise kat Carlo. Sebab dapat jumpa tempat yg dia pegi bertemu janji tu. (Well, aku dapat rasakan yg Natalie ni  Innocent & Naïve)

BABAK 3
Natalie pegi tempat tu sorang. Ada pintu pagar bersilang dan berkaca. (Susah nak explain, tapi takleh nak upload gambar pulak.. huhu. Kuota internet dah habis!),
Dalam mimpi aku tu pagar rumah dia macam ni, sepatutnya cermin ni letak kat tingkap tapi jadi pagar.

Natalie pun intai dari celah2 pintu kaca tu. (Natalie Nampak comel mase ni sbb ikat rambut twintail macam budak2 dan rambut dia panjang). Kaca tu macam berwap, so Natalie lap wap tu (siap buat bentuk love besar masa lap tu) untuk intai Carlo. Dia terjenguk2 dari pagar kaca tu dan ternampak sebuah rumah macam bentuk resort Hawaii. Rumah tu ade sebijik je kat tengah2, pastu sekeliling tu tanah lapang luas sangat, belakang rumah tu ade banyak pokok kelapa, kelapa sawit dan gunung ganang. Natalie tersenyum tengok sume tu.
Tetibe dia jadi muram sebab ternampak sorang pompuan tua, tapi bukan mak Carlo.
Gabungkan ketiga2 elemen dalam gambar ni then korang akan dapat hasil gambaran rumah dalam mimpi aku.
BABAK 4
Elle, seorang perempuan tua (dah beruban2 banyak satu kepala, umur dalam 60-an) rupanya dia isteri pertama Carlo ; nangis2 sebab Carlo nak ceraikan dia. Elle memang tinggal kat rumah tu. Dia gaduh2 ngan Carlo sebab Carlo nak ceraikan dia time tu gak. Elle merayu2 lagi supaya tak diceraikan.
Carlo bengang and then terus halau Elle. Menangis2 perempuan tua tu kena halau.
Elle, starring by Judi Dench.
Tak lama lepas tu Carlo bawak Geena tinggal kat rumah tu. Dia renovate rumah tu, siap buat sungai dalam rumah, ade gelongsor macam kat Sunway Lagoon. Sumber air pulak dapat dari Sungai Nil. Dalam sungai tu pulak ade bunga2 dan lilin terapung (Bajet cam spa kunun!). Rumah dorang yang berdinding kayu antik bercat koko gelap tu menyebabkan suasana dalam rumah nampak kemerah2an . Ish, tak reti aku nak explain. Huhu.  kalau bukak pintu rumah terus ada sungai dan kena naik sampan sampai tangga, lepas tu baru boleh naik ke ruang tamu rumah. Kaya giler kot.
Masa pun berlalu..
Gambaran sungai dalam rumah. Gambar ketiga yang macam Sunway lagoon tu kat Bali.
Tangga di rumah Carlo. Yang beza cuma rumah Carlo berdinding kayu palet berwarna dark koko.
Taktau la ape jadi kat Natalie buat masa ni. Tapi Natalie belum tau tentang Geena.

BABAK 5
Satu hari, masa Carlo dan Geena tengah mandi manda dalam sungai, tetibe ada sekor buaya tak tau datang dari mana. Dia nak baham Carlo, dan Carlo yang agak sado la jugak tu berlawan ngan buaye tu. Siap gusti2 la.. Aku sebagai camerawoman ni pun takut and lari kejap. And them dan dan tu Elle datang, dan entah camne buaya tu datang kat Elle dan terkam dia. Maka matilah Elle di situ. Badan dia ada bintat2, macam kena virus gigitan buaya. (Carlo memang saje nak biar Elle mati, so dia tak tolong pun Elle mase dia kena baham)
Lepas tu buaya tu still ada dalam rumah tu. Aku pun tak paham camne dorang boleh gak survive dalam rumah tu. Dah la Geena tu kekadang tinggal sorang sebab Carlo pi kerja. Tapi yg penting aku tak pernah naik sampan dalam rumah dorang tu. Aku Cuma tunggu luar pintu dan kekadang buaya nak terkam aku tapi tak dapat. Oh ya! Buaya tu warna merah2 koko. Pelik warna dia.
Hari demi hari dorang makin takut sebab buaya tu asyik menyerang. Dah try halau tapi tetap degil. Kadang2 tengah naik sampan pun kena serang.

BABAK 6
Satu hari macam biasa, Carlo pi kerja dan Geena tinggal sorang. Buaya tu pulak tetibe serang Geena sampai keluar-luar rumah atas pasir. (Sebelum ni serang dalam air je). Dia dapat gigit sikit kaki Geena, lepas tu aku tak ingat Geena buat ape ntah, tapi buaya tu marah sangat. Geena lari ke hutan dan buaya tu kejar. (Mase ni merepek sangat dah mimpi aku ni)
Macam ni rupa gunung ganang hutan tu.. Cuba tengok gambar first kucing atas pokok, mcm tu la aku atas pokok mase shoot Geena.
Geena siap buat bungee, panjat pokok dan gunung macam spiderman dan buaya tu tetap kejar dan boleh panjat2 macam Geena jugak. Takut aku, sebab mase tu aku ingat agi aku dok sebelah Geena atas pokok kelapa di atas gunung & nampak buaya tu pegang tali ala-ala spiderman nak approach kitorang. Huhu. Tetiba Mase tu Carlo baru balik kerja dan ternampak adegan kejar mengejar tu, dia pun apa lagi.. geram lalu dia serang buaya tu sampai buaya tu sakit dan tukar kaler jadi hijau. Lepas buaya tu jadi hijau mcm warna durian belanda, dorang terus kemas2 nak pindah dari rumah tu dan bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan yang berlaku.
*Geena &Carlo tak berkahwin, tapi Cuma bersekedudukan. Dan Natalie tak tau benda ni.

BABAK 7
Aku taktau Geena pi mana, mungkin menyorok di mana-mana, tapi Carlo balik semula kat rumah Natalie. Natalie taktahu apa2, Cuma Carlo suruh hati-hati.
Ntah camne, Carlo dapat merasakan yang buaya nak datang menyerang, dia pun suruh semua family member dia tu (Natalie, Briggs & Charlie) siap2 untuk ikut dia lari. Dorang lari kat satu bangunan tinggi ni.. (Bangunan tu kesuluruhannya dibuat dari mozek warna kelabu berkilat), bangunan ni takde pintu dan tingkap, Cuma dia banyak laluan. (Again, susah nak explain macammana). Sekeliling bangunan tu ade hutan banat dan sungai. Macam Bandar dalam hutan tapi bukan.
Dorang satu keluarga Nampak buaya tu datang berenang2 dari sungai tu. Dorang dah takut dah dan buaya tu bagitau nak bunuh Carlo dan anak lelaki dia, Charlie sebab nak balas dendam. Dorang satu family ape lagi, mestila risau especially Natalie.
Mase ni adegan kejar mengejar berlaku. Natalie dan Briggs lari sesame, while Carlo bawak Charlie lari bersama. Natalie pun kena ancam jugak dengan buaya tu. Lepas tu ade satu part dalam bangunan ni…. Nak turun bawah takde tangga tapi kena menggelungsur kat mozek tu. Disebabkan aku camerawoman dan nak merakam aksi Natalie & Briggs menggelungsur, so aku pun kena join sekali menggelungsur.
Si buaya tu pulak time tu tengah ade kat tingkat atas. So, Carlo plan nak kumpul semua family dia kat tingkat bawah. Lepas dah selamat turun bawah, diorang pergi kat part lif (Ade 2 lif kat situ). (Sebab ade lagi tingkat bawah>bawah>bawah) Aku tak paham bangunan tu camne pembinaannya tapi sangat pelik. Mase tu Natalie, Charlie dan Briggs duduk sebaris. Dorang membelakangkan lif sebab takut buaya datang. Tetibe pintu lif terbukak dan Charlie (Dia duduk tengah) masuk dalam lif dan pintu lif terus tertutup. (Ni dah masuk part unsolvent mystery), Yang lain dah pelik dah. Natalie lagi cuak. Dia pun cakap,”Takde apa2 mungkin Charlie cuma tersilap kot”, tapi sebenarnya dia risau giler. Carlo pulak berdiri depan satu lagi lif. Tetibe pintu lif belakang dia tu terbukak dan dia macam kena tarik masuk pastu pintu lif tertutup sendiri.
Natalie & Briggs terus nangis2 kat situ. Sebab  dorang dah tau ni mesti kerja buaya.
And then tetibe je kitorang ade dalam kereta mcm caravan, dan keta berhenti tepi jalan. Natalie dan Briggs turun dari kereta. Natalie nampak suami dia tengah gaduh2 dengan Elle dan beberapa orang lagi berjalan melintasi dia kat tepi jalan. Natalie cuba pegang suami dia tapi tembus. Tu Cuma roh saja. Natalie nangis lagi dan nampak van mayat besar (macam bas sekolah) warna hijau tepi jalan. Dia nak masuk dalam untuk tangkap gambar tapi polis tak bagi. Briggs tunjuk kat Natalie ada perkataan tepi van tu tulis tak boleh tangkap gambar.
Besar macam bas mini van dia, cuma tempat duduk belakang takdak tingkap & takde cermin belakang.
Jalan raya di mana kitorang bertembung dengan roh-roh. Fuh, seram.
Mayat2 tu semua mati dalam keadaan yang sangat tragis sebab tu tak boleh tengok mayat dorang. Taktau camne dorang mati. Yang Geena tu aku rase mati gak tak silap aku. Tapi taktau bile kena serang. Tinggal la Natalie dan Briggs, dorang pi semayangkan mayat tapi guna colok. Pelik gak.
Buaya tu pulak aku tak tau ape jadi kat dia, hidup ke tak ntah. Kan aku dah bagitau tadi, misteri citer ni takdapat dirungkai.
Goodbye Charlie (Reed Deeming)

Lastly, cerita tentang keluarga Natalie masuk paper dan actor Brad Pitt siap melawat Natalie lagi tu. Pewitt. Mengarut, haha.
Last minit baru nak muncul, orang dah habis berlakon daa... Brad Pitt.
Sekian mimpi aku..
*Gambar semuanya aku google, bukan milik peribadi!

P/s: Sape berminat nak sambung cerita ni sangat2 dialukan.
Adios.

Wednesday, 3 February 2016

SAKIT KE PAKAI BRACES? -PART 2

Assalamualaikum wbt..
Jadi semalam aku dah tulis part 1 pasal braces. Hari ni nak sambung part 2.

Anatomi braces
(Credit pic: Google)

29/2/2015
Bersemangat nak pegi pakai braces. Bila sampai sana dan dipanggil masuk bilik doktor, aku terus tanya hal gigi aku yang kononnya akar mati tu. Diorang teros keluar dan pegi amik diagnosis  nak tau betul ke tak akar mati. Mase tu la aku cecepat kuarkan handset dan tangkap gambar alatan2 dalam bilik tu.

Berserabut
Seram.. seram..
Cermin tu penting sangat!

 Pastu dorang masuk, nasib baik aku cepat simpan handset. Doktor cakap, dukacita dimaklumkan yg gigi atas aku yg sebatang tu akar mati. Jadinye aku pakai braces hanya bahagian bawah dulu sebab yang atas tu kena buat rawatan akar dulu. Proses pasang braces 5 minit je.. Masa pasang tu takde sakit ape pun. Doktor gam bracket kat gigi aku satu-satu..
Mula2, kena pakai mouth prop (yang kaler putih tu) untuk tahan mulut supaya takditutup. Pastu dokter lekat bracket tu satu-satu, then.. dia amik benda ni..name dia Curing Light,... Fungsi dia mengeluarkan cahaya biru(UV) yg berperanan sebagai simen supaya bracket tu melekap kuat kat gigi. Senang cite benda ni guna untuk seal gigi.

Nampak tak yg muncung straw tu? Itulah dia Curing Light

Ade macam2 pattern. Yg ni mcm gerudi 

(Sumber gambar www.net32.com)
Sambil dorang panahkan Curing light tu kat bracket, dorang letak LED Orange filter ni depan Curing Light.. Pasal Curing light tu guna cahaya UV.  

(Sumber gambar: Google)
Lepastu dorang buh wire kat celah2 bracket and then bubuh getah (Getah ni yg menyebabkan braces nampak warna warni.)..Aku dapat warne turqoise. Yes! Pakai braces tak sakit apa, tapi rase mulut tak selesa lepas tu.. Yang sakitnye masa nak makan. Nak bercakap pun kekadang tak betul sebut. Sebab belum biasa lagi.

Minggu pertama aku makan bubur je sebab gigi rase ngilu sangat. Nak menggigit pun tak buleh. Lama2 aku tak tahan, sebab perut aku nak gak nasik. Lelama kurang dah rasa sakit gusi. Cumanya kalau ade ulser dalam mulut memang teruklah nak bercakap. Tambah2 kat bahagian gigi geraham sebab kat situ hujung bracket. Bracket yang kat hujung tu tajam.

Cuba tengok hujung braces tu, tajam.. Yang macam hook tu menyakitkan dinding mulut kekadang. 
Doktor bagi aku lilin suruh tampal kat hujung braces yg tajam atau mane2 bracket yang menyakitkan masa makan sebab masa mengunyah senang cedera.. Macam ni la keadaan gigi bila dililin. Tapi kejap je aku pakai sebab asyik tertelan lilin masa makan.

 Ade bermacam2 pesen braces korang boleh buat. Nak campur kaler boleh, nak buat silang pangkah, lilit ubi, insang pari pun boleh..
Semua gambar ni credit pada Mr.Google
Glow in the dark pon ade. Kalau nak rare boleh try..(Creditpic: Pinterest)

Nak pilih kaler getah braces pun boleh.. Mase aku pi appointment pada dua minggu sudah untuk tukar rubber band, doktor bagi pilihan warna getah untuk tukar kaler. PA doktor tu macam tau2 je aku suka hijau, dia keluarkan semua rubber band warna hijau (hijau pucuk pisang, hijau daun, hijau emerald). Doktor kate yang paling laku sekali kaler pink dan turqoise.
Pilih, jangan tak pilih.. Sumber gambar dri Mr Google
Setiap kali tukar rubber band (getah yg dekat wire tu), mesti gigi akan jadi ngilu balik sebab dia ketatkan wire. Wire tu mula2 doktor bubuh yg paling lembut. Lama2 doktor akan ganti dengan yang keras. Kalau gigi rase ngilu masa menggigit tu normal, tapi kalau takde aktiviti dalam mulut dan still gigi tu rasa sakit, better pegi jumpa balik dentist.

Ok, sekian.. Nanti aku buat Part Anatomi braces dan Part Screening.

Tuesday, 2 February 2016

SAKIT KE PAKAI BRACES HAH? -PART 1

Assalamualaikum wbt..
Sekarang ni aku dah pakai braces, tapi aku nak citer pengalaman memakai braces. Bila jumpa je member atau jiran2, dorang mesti tanya, "Sakit ke pakai braces?" "Sakit tak pakai braces?" Anak murid aku pun tanya soalan yang sama, cuma cara dorang bertanya tu pelik sikit: "Sakit tak pakai 'tali' tu?" Ok fine, tali pun boleh.Actually tu bukan tali, tapi wayar besi.

16/11/2015
Sepatutnye pegi appointment pertama setelah setahun buat screening gigi. Tapi sebab aku demam acah2 denggi, so tak jadi pegi.

23/11/2015
Excited sangat nak pegi appointment sampai lupa nak daftar kat kaunter pengawal. (Dorang akan bagi kad pelepasan, tapi aku tak amik so bila nak bukak pintu yang guna pengimbas, aku tak dapat bukak). Dentist a.k.a doktor tanya balik soalan yang sama mcm tahun lepas masa screening gigi. Katanya ada satu gigi aku ni warna kelabu mungkin sebab dah mati, so kena buat rawatan akar.
Assistant doktor letak mouth prop kat gusi supaya mulut aku sentiasa terbuka. Pastu doktor amik gambar gigi aku guna kamera DSLR, dari sudut depan, kanan, belakang dan kiri.

Lepas tu assistant doktor pun bancuh benda ape ntah macam askrem keladi (kaler ungu), tapi cara dia bancuh macam bancuh simen. Askrem tu dia letak atas acuan, dan doktor tekap acuan tu kat gigi aku untuk dapatkan bentuk gigi aku, dia biarkan beku sekejap askrem tu pastu dia cabut. 3x buat sebab ade bubble kat celah gigi. Rupanye benda macam askrem tu tepung. Tapi pelik nape warna dia berubah jadi putih lepas keluar dari mulut.

Ha, nampak tak yg dalam tupperware tinggi tu... tepung la tu

Acuan gigi ada macam2 bentuk, boleh jugak guna untuk kuih raya
 
Bincang punya bincang, doktor suruh balik dan cabut 4 batang gigi, supaya ade space dalam mulut aku untuk menarik gigi jongang yg kat depan ngan yg kat tepi-tepi tu ke tempat asal. Doktor suruh buat kat Ipoh sebab nak cabut banyak gigi mana boleh serentak sekaligus semua dicabut.

24/11, 26/11, 1/12, 3/12- Cabut gigi. Gigi atas paling sakit sekali nak dicabut. Ade sekali tu dentist tanya, "Awak nak cabut semua gigi kan?" Aku cakap la nak cabut satu je. Dia balas, "Eh, bukan semua ke?" Hmm... Lepas tu dia tanya tujuan aku nak cabutlah, dan tak tahu nak cabut mane satu. Eh, aku lagi tak tahu taw. Aku cakap kat dia, sila rujuk surat memo dalam fail aku,(minggu sebelum tu dentist lain yg cabutkan gigi). Pastu baru dia "Oooo..." lepas tengok fail tu.

 Doktor cucuk bius dulu kat gusi sebelum cabut gigi.

Pastu guna plier khusus untuk cabut gigi aku

14/12/2015
Hari ni semangat nak pi pakai braces. Tetibe klinik tutup. Aku godek2 handset, cari nombor kawan aku yang penah belajar dentistry dan mintak nombor tepon doktor. Doktor terkezut gak sebab aku dapat nombor dia, tapi aku call dia pun sebab tak dapat memo appointment cancellation je. Lain2 hal aku tak kacau. Pihak klinik pun cakap tak sempat nak buat short notice / advance call sebab Selangor dapat cuti mengejut hari Sabtu tu pasal menang bola.  Selangor cuti bila menang bola, tapi tempias dia kena sampai KL. Huhu. T_T ..

Okeylah, nanti aku sambung part2.

P/s: Part screening tu ade citer lain, nanti aku citer okayy.
Wassalam.

Saturday, 9 January 2016

SEBAB SEBAB KENAPA GAGAL MENABUNG

Assalamualaikum wbt
Macam kebanyakan artikel pasal orang yang berjaya dalam hidup, mereka cakap mereka memulakan bisnes/travel/apa2 kejayaan dengan menabung. Tapi aku, dah makin besar ni macam tak reti je nak menabung. Tabung pun ntah hilang mana.. Bila beli je tabung baru, pecah la, rosak la.. Tapi tu alasan kuno sebenarnya. Bukan aku sorang je dalam dunia ni yang tak reti menabung, ramai lagi yang tak reti.. Termasuk yang baca artikel ni.. sebab kalau dah pandai menabung aku rasa tak perlu nak baca artikel ni. Heheh.

1. Simpan duit semua dalam dompet
Selalunya kalau nak elak belanja lelebih, tinggal la sikit duit kat rumah. Contoh barang keperluan nak beli masa shopping cuma bahan basah dapur, so bawak la dalam RM50. tetiba ternampak baju cantik harga RM90. So, kalau kita bawak RM50 je, tak dapat la nak beli baju yang kita berkenan tadi. So, dah jimat kat situ. Kalau dah terbawak lebih, tu yang tak dapat tahan nafsu tu.

2. Tak simpan baki
Contoh korang beli nasi RM7, bayar guna RM10. Cuba kalau baki RM3 tu simpan dalam tabung khas. So, setiap kali keluar rumah beli barang dan ada baki lebih, sila simpan satu tempat supaya korang tak guna duit tu. Kalau letak balik dalam dompet komfem korang akan guna.

3. Cuci mata
Konon nak cuci mata, tapi bila dah datang shopping complex/ booth yang tawar potongan sampai 50%, sape tak tergoda tambah2 kalau kau seorang perempuan. So, kalau dah tau ade jualan gudang ke,  borong ke apa tak payah gatal nak cuci mata kalau tau tak cukup duit. Ni tak, gatal sangat nak pergi last2 konfem terbeli jua. Ni pengalaman aku la ni.

4. Terpengaruh dengan trend semasa
Setengah orang, bila keluar je fesyen, gadjet, produk the latest, konfem diorang nak rembat. Contoh lepas keluar iphone 6s, terus nak tukar iphone 6 yang baru pakai 4 bulan tu kepada Iphone 6s.. Ni kenyataan tau. Kalau yang gegirl, asal keluar fesyen baru, mesti nak beli baju baru. Pantang nampak. Katanya nak ikut trend.. Actually, trend tu sampai bebila pun akan sentiasa berubah. Cer tengok trend nerd, dolu2 ramai yang kutuk fesyen nerd, last2 sekarang ni nerd tu dah jadi trend hipster pulak. Dia pusing2 balik je.. Tak mustahil fesyen tudung makcik2 zaman 80-an akan jadi femes balik. Eh, jap.. Macam takde kaitan ngan point no4 ni. Ah lantak ler. Kiter bakor je. Yang penting kome paham maksud aku. Kalo tak paham2 gak, sila komen di bawah.

5. Pemalas
Malas nak simpan duit, malas nak beli tabung, malas nak basuh balang biskut untuk dibuat tabung.. Kalau dah malas tak payah berangan la nak terbang pi New York. Nak pi Sabah Sarawak pun entahkan dalam mimpi. (Untuk orang Semenanjung).

Ni semua cuma pendapat aku. Pendapat bukannya fakta, so korang boleh je nak sangkal dakwaan aku.

Adios!

Friday, 1 January 2016

PERTAMA KALI MENJEJAK JOGJA (PART 2)

Assalamualaikum wbt.. Ni sambungan
 
27082015.
Hari ketiga. Plan bertukar. Pasal dalam tentative sepatutnya pergi panti asuhan Islam dulu, tapi cemane ntah boleh jadi lain. Ah~ tak kisah, yang penting kita jalan je.  Pagi tu pegi Gunung Merapi. Bila nak dekat2 dengan gunung tu berdebu kuat, ramai yang beli masker. Masa nak meninjau ke kaki gunung , kitorang kena naik 4-wheel-truck pasal perjalanan jauh, pemandu pelancong bagitau kalau nak jalan kaki boleh je, tapi belum tentu besok boleh sampai. Ahaha. Yang budak laki ade yang cadang konon nak naik motocross la, at last naik jeep gak semuanya. Dan jalan dia pun berliku dan sangat berdebu. Mula2 kitorang pegi muzium merapi. Meneroka sisa2 barang yang hancur bahana api dari merapi. Motor Suzuki pun ada.
                         Suzuki spin  pakej lengkap. sape ntah bubuh tengkorak lembu
Hijau! Tapi truck yg aku naik kaler merah
Lepas tu kitorang menawan puncak gunung merapi. Geram betul tetiba kamera dslr aku habis bateri. Precious moment kot kat atas gunung ni… Nasib baik Sony Ericsson ada lagi bateri.  Lagi satu… ruginya aku tak beli topi dan baju jeep Merapi kat sini. Ingatkan ade jual kat pasar Malioboro, tapi.. hmmph
Nyesal tak beli!
Ada kawan aku beli bunga gunung merapi. Doesn’t know where it come from but hey, it is beautiful! Macam kubis bunga gitu. 

Oh ye,  taktahu bila si paparazzi menangkap gambar kitorang sume. Sebaik saje nak naik bas, dia letak gambar2 kitorang atas tanah, suruh kitorang beli. Hoho, pandai dia cari duit. 

Harini lunch di Je Jamuran; restoran cendawan. Semua makanan berasaskan cendawan. Cendawan goreng, cendawan masak merah, sup cendawan.. nasib dalam air minuman dia tak buh cendawan.  Pastu masa nak solat, terkezut sebab tandas bercampur.. Kongsi2 lelaki dan perempuan.

Petang- kami rushing ke 2 Panti Asuhan-Panti Asuhan Yatim Putri Islam & Panti Asuhan Islam Yayasan Ibadah bunda. Lebih kurang macam asrama untuk anak yatim, tapi tak kesemuanya anak yatim. Ada yang kurang berkemampuan, so diorang daftar jugak kat sini.
 Sesi ramah mesra di Panti Asuhan Yatim Putri
Ah, air teh yg same..
Pemandangan di rooftop
Menuju ke Panti Asuhan Yayasan Ibadah Bunda
Sesi ramah mesra. Nampak tak air teh tu?
 
Malam- ke kotagede, kota silver. Tak pernah pakai subang, tapi bila tengok kawan beli, aku pun jadi terbeli sekali. Sampai sekarang tak pakai2. Harga pulak ribu riban. Tapi memang semua benda harga mencecah ribuan, sebab RM1 = Ribu Rupiah 3142.
  Di Kotagede

28082015.
Kunjungan ke Taman Sari dan Sunobodoyo di Kraton. Kedua2 nya tempat bersejarah. Ke mana tukang bagi penerangan tu bawak kitorang sambil bagi penerangan, ke situ kitorang jalan sama. Aku pun jalan tapi tak dengar penerangan, sibuk menangkap gambar orang lain. Sampai ade mamat ngan minah saleh ni ingat aku nak culik anak dia. Ceh, aku cuma nak bergambar je. Bagi aku apa yang menarik kat sini  ada tulisan Sanskrit kat bangunan2 & bumbung dewan yang meriah ibarat istana kayangan.
Taman Sari
Pokcik ni istiqamah betoii
Pokcik yg same rupenye, aku jumpa mula2 mase di kedai cenderamata. Memang betullah dia istiqamah.. duduk tak bangun2 bila ada orang tengok dia.
Pintu masuk Sunobodoyo

Macam semalam, ada paparazzi curi tangkap gambar kitorang dan jual semula kat kitorang. Mungkin teknik ni boleh dicuba kalau balik Malaysia? Jangan ada netizen viralkan pulak kat FB lepas tu.
Ni semua muka kitorang. Aku blurkan sebab ni memang betul2 gambar candid, bukan acah2 candid.
Nampak tak betapa 'happy'nye muka abang tu bila kitorang semua beli gambar2 tu.. Actually gambar tu dorang akan buang je kalo takde orang beli, tapi kitorang takut ade orang kutip dari tong sampah. Huhu.

Petang- Bershopping kat Pasar Beringharjo dan Malioboro. 4 jam setengah je shopping. Memang tak sempat. Malam tu aku try pakai baju tshirt yang aku beli tadi. Ade baju yang muat2 ngan badan aku padahal tadi dah pilih saiz besar sebab nak bagi kat ayah. Oh ye kawan2, tshirt kat sini, diukur berdasarkan kelebaran. Contoh kalau saiz s dan m, apa yang membezakan dua saiz ni ialah lebar baju, tapi panjang tetap sama. Dan kebanyakan baju tshirt saiz s atau m, bila dipakai jadi singkat.
 Malioboro
Tengkorak di Malioboro
Selipar feveret

29052015.
Pagi, ke YAKETUNIS (Yayasan Kesejahteraan Tunanetra Islam) - sekolah untuk orang cacat penglihatan. Memandangkan kitorang memang ada belajar subjek braille kat universiti, maka lawatan ke sini memang tepat. Masa mula2 datang kitorang disajikan dengan lagu ‘Terima Kasih Cinta’ tapi bukan Afghan yang nyanyi, sorang pelajar perempuan kat situ yang nyanyi. Suara dia merdu gila sampai ada kawan aku cakap, “Next song”, dan ada jugak yang nak buat request lagu. Err, ehem.

Mesin cetak Quran braille
Pastu kitorang dibawak melawat kawasan sekolah tu, dan jugak pejabat tempat mencetak buku. Mesin ‘braillo’ digunakan sebagai pencetak. Lepas tu kami bermesra2an dengan para pelajar kat situ. Ada yang malu2 meow.

Lepas balik dari Yaketunis,kitorang diberi 2 jam untuk shopping kat bumi Jogja sebelum pulang ke tanah tercinta. Nak beli semua cenderamata kat Jogja ni, hahaha. Kata timbalan pengarah program, jangan sampai beg beranak pulak.. takut tak muat nak sumbat masa nak naik kargo. Walaaumacammanapun, beg aku beranak jugak.. Bukan aku je, orang lain pun sama.. sebab apa yang dicari semalam baru di’treasure’ hari ni. So, sampai kena beli beg baru pulak. Tapi aku sedih sebab beg batik yang aku jumpa semalam dah takde harini. I wonder who’s buy?
Dapat jumpa balik kuda semalam ni..
 
Oh ye, lupa pulak.. Kitorang pegi shopping makanan dulu sebelum tu, tapi aku beli 1 jenis kerepek je yang mak aku suh beli. Nyesal tak beli kuih bakpia patok, huhuhuhu

Pukul 3 lebih bertolak ke airport, sambil tu makan dalam bas. Tengah jalan tu ada pemain muzik jalanan datang tepi bas kitorang mase stop kat traffic light, dia pegang tabung sambil buat ‘peace’, macam nak suruh orang tangkap gambar dia. Eheh.

Masa nak check in bagasi kat airport, kelam kabut sikit. Lepas timbang2 bagasi semuanya tengok2 banyak kekosongan. Sampai ade yang menyesal sebab tak beli mini replika kereta kuda yang ada sorang pakcik tepi jalan ni jual tadi. Aku pulak merayau pi cari magnet peti ais Jogja. Jumpa, tapi mahal. Belasah jela, magnetnya simple je tapi harga cecah RM9. Beli jugak sebab kat pasar Malioboro memang tak jumpa langsung benda ni. 

5.15, flight to KeyEl.
Dalam flight, aku dan kawan2 aku cek baki duit. Bila tengok ada banyak lebih, kitorang pun borong barang AirAsia dan belasah makanan mahal2 atas flight. Ade yang melantak maggi, ada jugak yang beli brownies, lepas tu kawan sebelah dia deret tu semua nak beli brownies jugak. Sampaikan dalam deret tu ada sorang yang taknak beli, tapi pramugara tu tanya, “Awak nak jugak beli?”Dia geleng. "Eh, tak.." 
Semua mahal2, 2x ganda harga makanan atas darat
Brownies: RM5 satu bar


Motif? Haha
Tired. Clumsy. Yet it worth.

Till then we met, Jogja. Sampai Jumpa. Jogja Keren.

Thanks to  parents, lecturer pengiring, pemandu pelancong, Pak Fadhil dan kakak manager. Friends too. May Allah bless ya’. All of you.

0451PM//20151121//MLYSIA