Saturday 6 December 2014

KISAH AKU DAN TEBUAN COMEL



Assalamualaikum wbt. 
Tebuan merupakan seekor binatang comel berwarna hitam berbelang jingga.

Berikut ialah kronologi aku digigit tebuan:


Umur 1 tahun: Mase umur aku 1 tahun ni, banyak gak malapetaka yang menimpa diri aku. Mula2 aku jatuh tangga sebab abang aku sergah. Lepas tu kaki aku ada belon dan abang aku gi langgar sampai berdarah. Lepas tu hari lain pulak ade la sekor tebuan ni minat kat aku, dia pun menyengat aku tanpa kupinta. Itulah kes pertama aku dengan sang tebuan. I think it’s a male hornet. Memang aku kena inject lepas tu.



Umur 7 tahun: Mase ni pulak aku belum lagi masuk sekolah. Seingat aku, time ni dekat2 bulan puasa dan bulan pose jatuh pada januari. Aku dan mak aku tunggu ayah aku gi daftarkan abang aku kat sekolah baru ni (kitorang baru pindah rumah). Kitorang tunggu diorang kat bawah pokok. Pastu tetibe je ade tebuan datang dari mana ntah, laju je dia hinggap kan pergelangan tangan aku dan menyengat. Aku tak kacau dia pun! Nasib dia tak sengat kat nadi. Nyampah aku. Kena cucuk lagi la jawabnya.

                      TEBUAN: Kalau dlm B.I, omputih panggil wasp, bukan whatsapp.




Umur 12 tahun: (Masa ni aku dah form1) Kebetulan aku gi library petang tu. Aku jalan2 kat rak buku. Entah macam mana aku boleh pulak terpijak something, sakit gila2 lepas tu dan aku menjerit dan menangis sekali. Bila aku tengok bawah jari kaki aku- tebuan! Tapi badan dia dah terpatah dua. Tebuan ni macam besar je badan dia. Lepas tu kawan aku bergegas bawak aku kat bilik sakit. Masa tu dalam pukul 3 petang waktu PREP (aku duduk asrama).

 Berejam2 aku baring dalam bilik tu tahan sakit tak surut2. Cikgu aku suh sapu bonjela kat jari kaki aku. Bukan ke bonjela untuk mulut? Ah, lantaklah. Ada la 2 orang pengawas datang tengok aku lepas tu. Dorang tanye aku “Ape benda yang kat muka aku tu? Memang dah lama ada ke?” Aku pelik ngan soalan dia, aku pun jawab, “Muka saya memang macam ni.” Pastu dorang bagi cermin kat aku dan aku terkejut beruk tengok muka aku penuh bintat. Terus aku nangis sebab aku tengok muka aku tadi. And then cikgu pun datang dan cakap kat aku yang benda tu namanya kelopak garam. Mungkin terhasil dari tindak balas kimia dalam badan aku, (yela, kena sengat, kan?) Pas dia datang bawak ubat untuk sapu, ok dah kelopak garam tu. Tapi kaki aku still sakit. 

Kawan aku datang, mintak no tepon mak aku dan dia kata nak call nanti. Ade gak kawan lain datang tapi nak menyakitkan hati, “Tulah, dah cakap tadi jangan pegi library tapi nak gi jugak.” Petang masa nak balik asrama- cikgu suruh mandi dengan air garam. Dorang bawak aku balik asrama naik wheelchair. Tetibe guru disiplin aku Nampak dan dia offer nak bawak aku gi hospital, katanya sebab kesian sangat tengok aku. Aku pun dah rasa yang muka aku masa tu macam zombie. Sampai kat hospital, aku masuk wad kecemasan. Aku tengok jam dah maghrib. 2 orang pengawas yang teman aku tadi datang jumpa aku cakap nak balik. AKu angguk jela. And then ada nurse datang Tanya aku sakit apa. Aku lambat jawab dan dia marah. Aku rase nak je marah dia balik time tu, sebab aku tengah tahan sakit sebenarnya. Lepas cakap kena sengat, dia kasi injection tapi still sakit pastu. Aku tertido atas katil, terdampar pilu tanpa dipedulikan sesiapa. 

Dalam pukul 9, tetibe ada orang kejut aku. Mak dan ayah aku datang! Tapi tu pun lepas dapat call dari kawan aku tadi. Ceh, pengawas yang berdua tadi tak buat ape pun rupanya. Nurse lain datang bagitau yang tadi dia inject aku untuk tahan bengkak. Bengkak 1 badanrupanya aku ni, patutla rasa mengembang je badan. Pastu dia inject lagi untuk tahan sakit dan amik darah. Pastu aku balik. Doktor kate kalo ibubapa tak datang, aku kena tahan wad malam ni. Esoknya, bengkak belum surut lagi, pastu kena cucuk lagi sebab nak masuk ubat. Lusa, aku balik sekolah, macam2 surat aku dapat dari kawan2 aku. Yang peril aku hari tu cakap kat aku “seronok la kau dapat balik rumah.” O yeah, seronok sangat.



Umur 17 tahun: Time ni aku baru balik dari surau. Dalam dorm aku, aku ada hamparkan tilam atas lantai untuk saja2 landing. Sebaik saje aku pijak tilam tu, aku menjerit, sakit kot! Bile aku angkat kaki, sekor tebuan terbang kat telekung aku. Kawan aku dengan beraninya dia picit tebuan tu beralas telekung dia, tapi dia kena gak sengat. (Tak kena banyak macam aku). Adik2 bilik aku datang tengok dan kasi kain suruh ikat supaya racun tak tersebar dalam badan aku. Selama ni aku teman diorang gi hospital, ni dorang lak kena tolong aku dapatkan perkhidmatan ke hospital. Malam tu gak aku gi hospital.Tapi aku tak kena inject dah, dia bagi ubat je. Aku pelik dan Tanya nape tak inject? Dia kata boleh je kalau nak, tapi makan ubat pun ok je. Ok, memang aku taknak inject, saje tanye sebab pelik. Dah kali keempat ken asengat, dah banyak meraih pengalaman. Dokter tu siap suruh kitorang ajar cakap Bahasa arab agi. Haha. Lepas balik, aku makan ubat. Esoknya aku buang baki ubat tu. Drug. I don’t eat them.



Umur 20: Ada tebuan melawat bilik aku.Aku pun amik penyapu dan bawak sampai atas katil AKu nak bunuh dia, tapi dia lari dulu. Bengang sebab lepas tu aku kena basuh cadar sebab kena penyapu. Geli.



Umur 21: Banyak sangat tebuan kat asrama baru aku ni. Aku hairan gak nape kalau ade najis kucing dan sampah yang terlambak kat jalan, mesti ada banyak tebuan datang hinggap mengalahkan lalat. Apekah tebuan ni decomposer (pengurai najis)? Dan aku takut nak bukak tingkap luas2 sebab hornet family ni suka datang jenguk tepi tingkap. Sekali tu aku hampir nak bunuh tebuan tapi kawan aku taknak tolong, terlepas doe tebuan tu. Geram~

Tapi... satu hari aku terbaca ni kat internet dan aku harap sengatan tebuan-tebuan comel ade lagi dalam sel2 badan aku, haha...

http://www.eurekalert.org/pub_releases/2015-09/cp-bwv082515.php 
"Brazilian wasp venom kills cancer cells by opening them up"