Thursday 8 October 2015

BELAJAR BLOG UNTUK ORANG DUMMY

Assalamualaikum wbt

Dummy tu bukan maksud bodoh, tapi maksudnya orang yang baru nak mula belajar.
Eh, ke sama? Em, lantak ler. Bagi aku maksud dummy tu macam zero knowledge. Kalau tau sikit2 tu dipanggil basic/beginner. Lari tajuk pulak.

Ramai kawan2 aku suruh ajar buat blog padahal aku bukan expert pun, blog aku pun banyak sarang labah-labah je ni. Follower pun takde apatah lagi komen merudum membina.

So, aku nak ajar buat blog ni untuk langkah paling basic sekali la... Kiranya paling koman nak ade blog kena tau benda ni.

1. Sign in Google. Blog ni di bawah kelolaan Google. Macam2 benefit kalau korang sign in google, contohnye buleh subscribe Youtube, GooglePlus, GoogleMaps, GooglePlus.. Yada2.. (Tetibe nak promo Google)

2. Lepas tu.. jap nak ingat... ha, lepas tu kan, kat bucu atas email korang kan ade petak2 kecik tu, klik situ, klik more, klik even more. nanti korang akan jumpa Blogger , pastu klik la kat situ.


      Nampak tak? Kalau kecik sangat korang klik je, tapi kalau malas klik pinjam jelah mikroskop  sesape..

3. Pastu klik kat blogger tu kena re-enter password.. Ala, mudah je takkan password sendiri tak tahu kot. Aku hack nanti baru tau, hehe gurau je. Pastu confirm profile & Continue.

4. Klik kat new blog pastu akan kuar pop-up template & blog title. Title tu macam tagline besar la.. Contoh cam blog Buasir Otak, CursingMalay, Ben Ashaari, Yang Penting Rupa, etc..  yang tu la big title dia. Kiranya title blog berperanan untuk melambangkan ape yang korang nak muatkan dalam blog korang, pasal life ke,resepi ke, travel ke, islam ke, politik ke.. Kalau artikel korang umum, korang boleh bubuh ape2 tajuk pun (Contoh: This's Athira Side), tapi kalau semua pasal resepi jangan la bagi tajuk "Blog Pencinta Kucing". Tak kena langsung.



Paham tak ni? Paham kan?

5. Lepas create, akan keluar macam ni, kalau tak sabar nak tulis boleh klik new post, kalau rasa tak perlu boleh je belajar benda lain dulu nak bagi blog meriah. Ataupun ubah template bagi lawa & sejuk mata memandang, nak bagi nampak gloomy, spooky, vogue, rogue,rock, melankolik buleh je semua. Kalau nak edit template ke, layout ke klik kat senarai yang banyak2 kat tepi kiri tu.



6. Tak sabar nak menulis? So sekarang tulislah ape2. Untuk tips penulisan menarik aku rase korang buleh google je, nanti keluar beribu2 result. Jangan lupa bubuh label supaya orang senang jumpa blog korang. Tapi kalau blog baru susah sikit. Usaha nak kena kuat. Lepas tulis kalau nak simpan dulu klik revert to draft, kalau nak terus publish tekan kat publish.




7. So, ni blogger dashboard, untuk kerja mengedit meng'delete', mendraft..... Klik je kat tajuk artikel yang korang dah  tulis tu. Lepas tu nak tengok hasil artikel, klik kat view blog.



8. Tada.. Blog dah siap.


9. Berkenaan template atau layout: Template tu macam background, nak kaler ape, nak warna ape (same je kan), nak gambar ape.. yang aku tunjuk dalam gambar tu template yang memang dah sedia ada, tapi kalau nak lain dari yang lain aku tak mampu ajar sebab blog aku pun putih bersih je. Layout pulak size blog. Contoh korang nak set saiz untuk profile, saiz artikel .. macam tu lah..

10. Kalau nak bagi blog menarik, no1 yang penting isi menarik & cara korang attract pembaca. Macam orang mengajar, kena ada komunikasi 2 hala. So, blog yang mesra pembaca mudah nak diikuti (follow) oleh blogger lain. Masukkan persoalan, link, atau apa2 yang menarik. Sila baca tips menulis artikel blog yang menarik di blog Inchenaim. Lepas tu rajin blogwalking (singgah blog orang), baca betul2 artikel dia, komen sikit dan tinggalkan link blog korang. Nak tau lanjut baca di blog The Other Khairul pasal tips nak dapat trafik blog tinggi. Aku pun baca dari blog dia.

11. Comment has removed by author.

So, kalau ada ape2 soalan basic boleh la tanya, tapi tak yakin boleh jawab 100%.
:)
                                                                       Penyebok.

Wassalam.. :D

AKU, JPJ DAN LESEN

Assalamualaikum wbt.
Throwback: semalam merupakan hari aku pi test JPJ lepas 14 jam buat latihan memandu. Cikgu aku marah teruk sebab jam yang ke 14 tu aku still bawak tak berape ok. Stereng merewang masa nak tukar gear, lambat bagi lampu signal, lupa tukar gear masa berhenti.. Emm.. Tapi nak buat camne, 7hb tu cikgu dah daftarkan tarikh test JPJ untuk aku. Dia suruh solat hajat banyak2. Dan aku buat banyak2.

Bertolak dari rumah
Cikgu ambik aku dalam pukul 7.30. Wah, bergaya sungguh cikgu aku hari ni. (Cikgu aku perempuan). Setiap rabu tak boleh mengajar sebab litar guna untuk test JPJ. 


Sampai kat sana
Mula2 cikgu tunjuk RSM(Rutin Sebelu Memandu) kat aku guna kereta viva. Lepas tu buat RPK(Rutin Pemeriksaan Kenderaan) pulak guna kereta kancil dia. Pastu masuk dewan, dengar taklimat dan kena bagi lesen L kat orang JPJ tu. Lepas habis taklimat kena tunggu bawah pondok untuk RPK. Nombor giliran aku 42, seisi 1. Tetibe sakit perut buat kali kedua. Sakit perut ngade2 je ni sebab nervous tak tentu hala.



RPK
Orang JPJ jerit2 panggil nombor. Ade yang steady main handset tu yang tak dengar JPJ panggil tu. Aku standby siap2 masa kawan aku kena panggil. Ada yang kena marah sebab tak sentuh body kereta, diorang tunjuk je. Lepas tu turn aku pulak. Sampai kat kereta kancil tu aku terus start, 

"Rutin Pemeriksaan Kenderaan. Cermin hadapan fizikal.."

"Ok2, start dengan enjin."

Aku pun pegi kat enjin. Baru nak sebut tangki simpanan air radiator, tester JPJ tu tanya,

"Awak ni cikgu ke?"

"Taklah."

"Ooo.. Belajar lagi ke?"

"Tak, dah habis dah.."

Dia angguk. Aku pun sambung la RPK. Pastu dia tanye lagi.

"Belajar apa je?"

"Quran & Sunnah."

"Ooo.." Dia melopong. "Ustazah la ni?"

"Tak, saya tak minat jadi cikgu."

"Habis nak kerja apa?"

"Kerja pegawai ke.."

"O yang macam kat jabatan agama tu ye?"

Aku pun angguk.

"Oh ye saya nak tanya apa hukum couple?" Dia sambung menanya.

"Couple haram." Jawab aku. Nak bagi penerangan lanjut tapi tak tercakap sebab dalam kepala ada RPK je time ni.

"Walaupun jarak jauh?"

"Ye, walaupun jarak jauh." Aku jawab acuh tak acuh sebab takut terlupa RPK. Bila aku sambung je nak sebut benda kat dalam enjin tu aku gagap sikit sebab tak berapa boleh fokus.

Pastu dia tanya lagi,"Kalau lelaki dan perempuan duduk serumah?"

"Tak boleh kecuali ade mahram, tapi tu pun tak elok sebab menyumbang kat benda tak elok macam zina."

 Dia angguk2. "Hm.. okey."

Lepas tu aku baru nak start RPK untuk body kereta, tetibe tester JPJ tu cakap,"Ok, dah.." Dia suruh aku pergi macam tu je. Aik, pelik bin ajaib, Tapi takpe gak, aku pun malas nak pi sebut benda2 tu. Aku pun cakap terima kasih. 


RSM & Litar
Lepas buat RPK, kami yang nak diuji JPJ ni tunggu ramai2 atas tangga untuk RSM dan litar. Ujian start kat selekoh S. Kesian tengok sape yang bawak auto, kereta dah la besar (Saga SV), Selekoh S tu sempit pulak tu. Ramai tak lepas, naik divider kat tengah2, pastu JPJ jerit, "Dahhh!!" Yang gagal tu pun keluar kereta lepas tu Tester JPJ akan bawak keluar Saga tu dari S dengan lajunya. 

" Selekoh S yang agak ngeri"


Banyak kali jugak orang JPJ show off bawak kereta Saga tu kat selekoh S. Smooth dan laju gila. Pastu adela sorang mamat ni dari tadi dok kutuk JPJ. Bila nampak dorang show off tu lagi la dia kutuk, "terbalik karang kereta baru tau."

Semua orang kena alert dengan nombor giliran. Kalau boleh tak payah JPJ panggil. Sendiri nampak kereta kancil yang dah habis exam datang, terus masuk bawah pondok JPJ. Aku buat RSM macam entahape2. Tetiba macam terlupa. Belasah jela. Lepas tu buat S, bawak slow je sebab taknak terlanggar divider, kalau tak malu jugak sebab kereta kancil ni dah la kecik, pastu tadi ramai yang lepas. Masa keluar dari S tu aku termakan jalan orang sikit. Tapi aku rela dipotong markah dari fail sebab naik divider.

Pastu berhenti sat, pi amik borang kat JPJ dan jalan turun bukit (Kawasan litar ni berbukit bukau), aku pelik nape slow yang amat kereta aku, mase tengah turun bukit baru perasan tak angkat handbrake. Nasib takde JPJ kat sebelah. Kalau dalam litar JPJ tengok dari luar je.

Masa buat bukit, side park dan 3 penjuru takde masalah. Yang terakhir buat Z. Aku terpaksa berhenti jugak kat tengah2 sebab takut langgar divider. Macam aku cakap tadi biar kena potong markah, asalkan tak fail terus. Pas abes tu pi amik borang kat JPJ. Lulus tapi cukup makan. Bila cek, banyak yang kena potong markah sebab tak amalkan rutin CITO. Ah lantaklah, janji lulus. 


Jalan raya
Mase aku sampai kat pondok, dah lengang sikit orang. Tak lama pun tunggu, tetiba turn aku. So, siap2 la pi tunggu kereta viva sampai. Nervous ni, nampak muka JPJ dari luar lagi lah double nervous. Specky pulak tu (Memang betul teori kawan aku, sape yang pakai spek mata nampak garang sikit) . lepas tu masa nak buat RSM (2x kena buat), aku blur kejap tak tau nak mula dari mana sebab tester JPJ kata tak payah matikan enjin. Pastu aku start la dengan cermin. Masa nak bukak tingkap, aku dok cari suis tingkap,tapi terpegang lock pintu. Last2 jumpe gak pemusing untuk bukak tingkap, ketot je patut la tak nampak. Dah le kerusi tak boleh nak ke depankan lagi, terpaksa tegakkan badan.

Aku terlupa nak tutup tingkap, sebab masa latihan memang kereta tak guna aircond and then JPJ jerit, "Tutupla tingkap tu! Awak ni, saya dah cakap elok2, awak pulak..."  Okey,okey, nak tutup le ni, jawabku dalam hati. Lepas tu keluar dari institut memandu tu.. Slow gila aku bawak. Tengah jalan, tester JPJ tanya belajar kat mana, dah kerja ke belum, belajar apa... Bila aku cakap Quran Sunnah, tester tu pun cakap:

 "Ustazah la ni?" 

Sekali lagi mindset yang sama. Aku pun jawab tak acuh sebab takut lupa jalan (JPJ ni senang je nak bagi gagal, salah satu sebab ialah lupa jalan). Aku pun bagi penerangan yang aku tak minat jadi cikgu dan minat bahagian halal haram.

"Oo.. yang keluarkan sijil tu ye?"

"Aah."

Krik..krik..krik.. Lama diam..
Sampai satu simpang lupa nak tukar gear 1. Lampu isyarat banyak kali lambat bagi, tapi nasib dekat simpang yang kena berhenti so takdela slack sangat. Ada sekali tu pulak sipi2 je nak kena kereta orang. JPJ tolakkan stereng aku dan cakap,

"Ke tengah sikit, awak nak langgar kereta orang ke? Saya takde duit."

Aku diam sebab tau salah. Tester JPJ tanya aku, 

"Paham ke tak ni? Diam je?"

Aku pun angguk2,"Paham.. paham.." Dalam hati aku berdoa supaya cepat sampai.

"Ingatkan tak paham tadi, diam je."

Akhirnya sampai jugak. Aku mintak maaf kat orang JPJ tu, dia kata takde pape.
Aku senyum je tengok keputusan aku. Pastu aku pergi kat ruang kantin tempat menunggu, jumpa kawan. Dia lulus lagi tinggi dari aku, cuma beza 2 mata. Pastu pegi kat cikgu aku pulak, aku berdiri betul2 depan dia.. Tapi dia pandang kiri kanan dan cakap, "Mane ke perginye student saya ni?"
Aku pun panggil dia,"Cikgu."
Dia terkejut. Bila dia tengok borang penilaian, dia excited. 
Katanya usaha dia selama ni tak sia-sia. 

:)
Balik dari hantar aku, cikgu aku kata nak pi mydin, nak memasak untuk lunch.

Alhamdulillah
Ade satu tips penting setelah anda habis usaha berlatih drive - Solat hajat setiap hari, sebab kalau korang terer masa berlatih tapi Allah taknak bagi lulus, maka korang akan gagal jugak. Macam ade student tadi fail semata2 sebab bawak laju kat kawasan sekolah. 

Ok, toodless.

Thursday 1 October 2015

INTROVERT DAN FAKTA

Assalamualaikum w.b.t
Tajuk macam nampak berat sebelah. Tapi tak, cuma nak bagi explanation. Sebenarnya aku pun introvert jugak. Masa buat ujian MBTI, aku dapat result INFJ. So, susah ke intovert ni nak dapat kawan? Jap, sebelum tu nak bagitau ciri introvert.

  1.Tak semua introvert sikit kawan. Macam aku, friendlist aku sangat banyak. Tapi kalau nak ikutkan yang aku selalu contact sikit je. Means, aku rajin mesej kawan yang sama minat, yang paham perangai aku, etc..etc.. Yang lain tu mesej jugak tapi kengkadang je. Bukan sombong tapi sebab tak tau nak sembang ape.. Bak kata orang kualiti lagi penting dari kuantiti. Kalau korang ada seratus orang bestfriends tapi separuh dari mereka mengata belakang pun tak guna jugak. 






2. Kalau pergi majlis besar-besaran, introvert ni takde masalah nak bersosial. Sila take note yang intovert dan anti-sosial ni dua benda yang berbeza. Tapi lepas dah penat bersosial, introvert akan cari masa untuk bersendirian. Kalau lama sangat bersosial dia mula keluh kesah. Aku pernah mengalami benda ni banyak kali kalau ikut kawan aku. Sebab tu aku suka travel sorang-sorang. Ada sekali tu kitorang ada program kat fakulti dari pagi sampai petang, lepas asar tu kawan aku ajak keluar, sampailah ke malam. Aku kena gak ikut sebab kat blok asrama yang kitorang sewa sekejap tu takde orang lain selain kitorang. So aku cuba think positive dan enjoy moment tu memandangkan time tu adalah semester terakhir di universiti. Not bad, dan balik tu aku terus tidur dan tak larat nak sembang apa2 dah lagi.





3.Homely-type. Selalu stay kat rumah, malas nak keluar. Sekali-sekala atau pi kerja takpela. Time cuti semester, aku tak kisah pun kena duduk rumah sorang-sorang. Melakukan hobi kesukaan sorang2. Tak kisah .. aiman tak kisah.. 

  4. Inrovert boleh jadi seorang yang banyak cakap kalau tepat pada waktu, tempat dan orang. Terutamanya bila isu yang dikupas ada kena mengena dengan minat si introvert. Contoh kalau si introvert ni minat kereta sama dengan kau.. so kau mulakan bukak cerita dengan konon2 teringin nak beli porsche ke, volkswagen ke.. konfirm last sekali nanti cerita korang larut sampai international car show. Kalau topik tu tak kena, mungkin intovert boleh diam je. 



Anyway, sila faham introvert tak semestinya anti-sosial. Introvert bukan forever alone!

CARA NAK JIMAT DUIT WALAUPUN EKONOMI MERUDUM

Assalamualaikum w.b.t.
Sekarang ni rata-rata ramai yang kesempitan wang ringgit sebab kejatuhan ekonomi negara, tambah2 sekarang dah ada GST. Walaumacammanapun, kita mesti bijak mengambil langkah penjimatan. Here goes some tips from my brain:

1. Tanam pokok
Kalau dolu2, nak jimat makan kita kena masak sendiri kat rumah. Tapi sekarang ni kos perbelanjaan makan kat rumah dan beli kat luar nak dekat sama,kadang2 makan kat luar lagi jimat. Apapun, anda boleh jimat dengan menanam pokok2 sayuran di rumah sendiri. Kaedah ni nampak macam sesuai untuk orang yang tinggal kat rumah sendiri/rumah sewa yang ada ruang tanah, tapi sebenarnya orang duduk rumah flat pun boleh buat, cuma limited berdasarkan jenis tumbuhan yang nak ditanam. Pernah dengar hidroponik? Mungkin kaedah ni lebih sesuai untuk orang yang tinggal di apartment/flat. Sila search: Apartment gardening.

Contoh tumbuhan yang boleh ditanam sendiri: Bawang merah, bunga kantan, pokok kunyit, serai, pokok limau purut, pandan dan sebagainya. Pokok buah-buahan jugak digalakkan untuk tanam.

2. Pasaraya RM2
Sekarang ni pasaraya RM2 makin berlambak umpama cendawan tumbuh lepas hujan. kalau betul anda mahu jimat, belilah barang di sini. Siapa cakap barang kat sini tak berkualiti? Aku dah banyak kali beli di sini, setakat ni ok je. Kalau betul2 nak pakai selalu untuk jangka masa lama tak salah untuk beli barang branded. (Aku pun minat je barang branded, tapi tengok jenis la.) Tapi kalau setakat nak pakai 5 kali je sebulan mungkin beli kat sini lagi berbaloi. 

3. Beli petrol pada harga jimat
Cara ni abang aku la ajar. Contohnya harga petrol Ron 95 sekarang ni RM2.05 seliter (harga minyak 1 Oktober 2015), untuk dapatkan 10liter korang kena bayar RM20.50. Setengah orang suka genapkan jadi RM21.00. Tapi jangan! 0.50 sen tu sangat berharga, sila simpan okey. Sehari anda menabung 0.50 sen, kalau sebulan anda boleh dapat RM 15. Walaupun nampak sikit, tapi yang sikit itu bakal jadi bukit kalau istiqamah menabung. RM15 tu kira lepas duit topup ape!

4. Pakaian Bundle
Tips ni untuk orang yang boleh pakai baju secondhand. (Sebab setengah orang tak suka) Ada je kedai bundle yang jual baju yang masih lawa. Kena pandai cari la. Kalau korang memang bundle expert, korang akan jumpa baju2 branded dari luar negara yang ok dan bila dipakai nampak macam first hand. Aku pun peminat bundle, dan ada satu seluar tu aku beli dengan harga RM10 tapi seluar tu nampak paling cantik plus bergaya nak dibandingkan dengan seluar lain yang aku beli 1st hand.

Rasanya itu je nak kongsi,
sekian.. :)