Saturday 9 January 2016

SEBAB SEBAB KENAPA GAGAL MENABUNG

Assalamualaikum wbt
Macam kebanyakan artikel pasal orang yang berjaya dalam hidup, mereka cakap mereka memulakan bisnes/travel/apa2 kejayaan dengan menabung. Tapi aku, dah makin besar ni macam tak reti je nak menabung. Tabung pun ntah hilang mana.. Bila beli je tabung baru, pecah la, rosak la.. Tapi tu alasan kuno sebenarnya. Bukan aku sorang je dalam dunia ni yang tak reti menabung, ramai lagi yang tak reti.. Termasuk yang baca artikel ni.. sebab kalau dah pandai menabung aku rasa tak perlu nak baca artikel ni. Heheh.

1. Simpan duit semua dalam dompet
Selalunya kalau nak elak belanja lelebih, tinggal la sikit duit kat rumah. Contoh barang keperluan nak beli masa shopping cuma bahan basah dapur, so bawak la dalam RM50. tetiba ternampak baju cantik harga RM90. So, kalau kita bawak RM50 je, tak dapat la nak beli baju yang kita berkenan tadi. So, dah jimat kat situ. Kalau dah terbawak lebih, tu yang tak dapat tahan nafsu tu.

2. Tak simpan baki
Contoh korang beli nasi RM7, bayar guna RM10. Cuba kalau baki RM3 tu simpan dalam tabung khas. So, setiap kali keluar rumah beli barang dan ada baki lebih, sila simpan satu tempat supaya korang tak guna duit tu. Kalau letak balik dalam dompet komfem korang akan guna.

3. Cuci mata
Konon nak cuci mata, tapi bila dah datang shopping complex/ booth yang tawar potongan sampai 50%, sape tak tergoda tambah2 kalau kau seorang perempuan. So, kalau dah tau ade jualan gudang ke,  borong ke apa tak payah gatal nak cuci mata kalau tau tak cukup duit. Ni tak, gatal sangat nak pergi last2 konfem terbeli jua. Ni pengalaman aku la ni.

4. Terpengaruh dengan trend semasa
Setengah orang, bila keluar je fesyen, gadjet, produk the latest, konfem diorang nak rembat. Contoh lepas keluar iphone 6s, terus nak tukar iphone 6 yang baru pakai 4 bulan tu kepada Iphone 6s.. Ni kenyataan tau. Kalau yang gegirl, asal keluar fesyen baru, mesti nak beli baju baru. Pantang nampak. Katanya nak ikut trend.. Actually, trend tu sampai bebila pun akan sentiasa berubah. Cer tengok trend nerd, dolu2 ramai yang kutuk fesyen nerd, last2 sekarang ni nerd tu dah jadi trend hipster pulak. Dia pusing2 balik je.. Tak mustahil fesyen tudung makcik2 zaman 80-an akan jadi femes balik. Eh, jap.. Macam takde kaitan ngan point no4 ni. Ah lantak ler. Kiter bakor je. Yang penting kome paham maksud aku. Kalo tak paham2 gak, sila komen di bawah.

5. Pemalas
Malas nak simpan duit, malas nak beli tabung, malas nak basuh balang biskut untuk dibuat tabung.. Kalau dah malas tak payah berangan la nak terbang pi New York. Nak pi Sabah Sarawak pun entahkan dalam mimpi. (Untuk orang Semenanjung).

Ni semua cuma pendapat aku. Pendapat bukannya fakta, so korang boleh je nak sangkal dakwaan aku.

Adios!

Friday 1 January 2016

PERTAMA KALI MENJEJAK JOGJA (PART 2)

Assalamualaikum wbt.. Ni sambungan
 
27082015.
Hari ketiga. Plan bertukar. Pasal dalam tentative sepatutnya pergi panti asuhan Islam dulu, tapi cemane ntah boleh jadi lain. Ah~ tak kisah, yang penting kita jalan je.  Pagi tu pegi Gunung Merapi. Bila nak dekat2 dengan gunung tu berdebu kuat, ramai yang beli masker. Masa nak meninjau ke kaki gunung , kitorang kena naik 4-wheel-truck pasal perjalanan jauh, pemandu pelancong bagitau kalau nak jalan kaki boleh je, tapi belum tentu besok boleh sampai. Ahaha. Yang budak laki ade yang cadang konon nak naik motocross la, at last naik jeep gak semuanya. Dan jalan dia pun berliku dan sangat berdebu. Mula2 kitorang pegi muzium merapi. Meneroka sisa2 barang yang hancur bahana api dari merapi. Motor Suzuki pun ada.
                         Suzuki spin  pakej lengkap. sape ntah bubuh tengkorak lembu
Hijau! Tapi truck yg aku naik kaler merah
Lepas tu kitorang menawan puncak gunung merapi. Geram betul tetiba kamera dslr aku habis bateri. Precious moment kot kat atas gunung ni… Nasib baik Sony Ericsson ada lagi bateri.  Lagi satu… ruginya aku tak beli topi dan baju jeep Merapi kat sini. Ingatkan ade jual kat pasar Malioboro, tapi.. hmmph
Nyesal tak beli!
Ada kawan aku beli bunga gunung merapi. Doesn’t know where it come from but hey, it is beautiful! Macam kubis bunga gitu. 

Oh ye,  taktahu bila si paparazzi menangkap gambar kitorang sume. Sebaik saje nak naik bas, dia letak gambar2 kitorang atas tanah, suruh kitorang beli. Hoho, pandai dia cari duit. 

Harini lunch di Je Jamuran; restoran cendawan. Semua makanan berasaskan cendawan. Cendawan goreng, cendawan masak merah, sup cendawan.. nasib dalam air minuman dia tak buh cendawan.  Pastu masa nak solat, terkezut sebab tandas bercampur.. Kongsi2 lelaki dan perempuan.

Petang- kami rushing ke 2 Panti Asuhan-Panti Asuhan Yatim Putri Islam & Panti Asuhan Islam Yayasan Ibadah bunda. Lebih kurang macam asrama untuk anak yatim, tapi tak kesemuanya anak yatim. Ada yang kurang berkemampuan, so diorang daftar jugak kat sini.
 Sesi ramah mesra di Panti Asuhan Yatim Putri
Ah, air teh yg same..
Pemandangan di rooftop
Menuju ke Panti Asuhan Yayasan Ibadah Bunda
Sesi ramah mesra. Nampak tak air teh tu?
 
Malam- ke kotagede, kota silver. Tak pernah pakai subang, tapi bila tengok kawan beli, aku pun jadi terbeli sekali. Sampai sekarang tak pakai2. Harga pulak ribu riban. Tapi memang semua benda harga mencecah ribuan, sebab RM1 = Ribu Rupiah 3142.
  Di Kotagede

28082015.
Kunjungan ke Taman Sari dan Sunobodoyo di Kraton. Kedua2 nya tempat bersejarah. Ke mana tukang bagi penerangan tu bawak kitorang sambil bagi penerangan, ke situ kitorang jalan sama. Aku pun jalan tapi tak dengar penerangan, sibuk menangkap gambar orang lain. Sampai ade mamat ngan minah saleh ni ingat aku nak culik anak dia. Ceh, aku cuma nak bergambar je. Bagi aku apa yang menarik kat sini  ada tulisan Sanskrit kat bangunan2 & bumbung dewan yang meriah ibarat istana kayangan.
Taman Sari
Pokcik ni istiqamah betoii
Pokcik yg same rupenye, aku jumpa mula2 mase di kedai cenderamata. Memang betullah dia istiqamah.. duduk tak bangun2 bila ada orang tengok dia.
Pintu masuk Sunobodoyo

Macam semalam, ada paparazzi curi tangkap gambar kitorang dan jual semula kat kitorang. Mungkin teknik ni boleh dicuba kalau balik Malaysia? Jangan ada netizen viralkan pulak kat FB lepas tu.
Ni semua muka kitorang. Aku blurkan sebab ni memang betul2 gambar candid, bukan acah2 candid.
Nampak tak betapa 'happy'nye muka abang tu bila kitorang semua beli gambar2 tu.. Actually gambar tu dorang akan buang je kalo takde orang beli, tapi kitorang takut ade orang kutip dari tong sampah. Huhu.

Petang- Bershopping kat Pasar Beringharjo dan Malioboro. 4 jam setengah je shopping. Memang tak sempat. Malam tu aku try pakai baju tshirt yang aku beli tadi. Ade baju yang muat2 ngan badan aku padahal tadi dah pilih saiz besar sebab nak bagi kat ayah. Oh ye kawan2, tshirt kat sini, diukur berdasarkan kelebaran. Contoh kalau saiz s dan m, apa yang membezakan dua saiz ni ialah lebar baju, tapi panjang tetap sama. Dan kebanyakan baju tshirt saiz s atau m, bila dipakai jadi singkat.
 Malioboro
Tengkorak di Malioboro
Selipar feveret

29052015.
Pagi, ke YAKETUNIS (Yayasan Kesejahteraan Tunanetra Islam) - sekolah untuk orang cacat penglihatan. Memandangkan kitorang memang ada belajar subjek braille kat universiti, maka lawatan ke sini memang tepat. Masa mula2 datang kitorang disajikan dengan lagu ‘Terima Kasih Cinta’ tapi bukan Afghan yang nyanyi, sorang pelajar perempuan kat situ yang nyanyi. Suara dia merdu gila sampai ada kawan aku cakap, “Next song”, dan ada jugak yang nak buat request lagu. Err, ehem.

Mesin cetak Quran braille
Pastu kitorang dibawak melawat kawasan sekolah tu, dan jugak pejabat tempat mencetak buku. Mesin ‘braillo’ digunakan sebagai pencetak. Lepas tu kami bermesra2an dengan para pelajar kat situ. Ada yang malu2 meow.

Lepas balik dari Yaketunis,kitorang diberi 2 jam untuk shopping kat bumi Jogja sebelum pulang ke tanah tercinta. Nak beli semua cenderamata kat Jogja ni, hahaha. Kata timbalan pengarah program, jangan sampai beg beranak pulak.. takut tak muat nak sumbat masa nak naik kargo. Walaaumacammanapun, beg aku beranak jugak.. Bukan aku je, orang lain pun sama.. sebab apa yang dicari semalam baru di’treasure’ hari ni. So, sampai kena beli beg baru pulak. Tapi aku sedih sebab beg batik yang aku jumpa semalam dah takde harini. I wonder who’s buy?
Dapat jumpa balik kuda semalam ni..
 
Oh ye, lupa pulak.. Kitorang pegi shopping makanan dulu sebelum tu, tapi aku beli 1 jenis kerepek je yang mak aku suh beli. Nyesal tak beli kuih bakpia patok, huhuhuhu

Pukul 3 lebih bertolak ke airport, sambil tu makan dalam bas. Tengah jalan tu ada pemain muzik jalanan datang tepi bas kitorang mase stop kat traffic light, dia pegang tabung sambil buat ‘peace’, macam nak suruh orang tangkap gambar dia. Eheh.

Masa nak check in bagasi kat airport, kelam kabut sikit. Lepas timbang2 bagasi semuanya tengok2 banyak kekosongan. Sampai ade yang menyesal sebab tak beli mini replika kereta kuda yang ada sorang pakcik tepi jalan ni jual tadi. Aku pulak merayau pi cari magnet peti ais Jogja. Jumpa, tapi mahal. Belasah jela, magnetnya simple je tapi harga cecah RM9. Beli jugak sebab kat pasar Malioboro memang tak jumpa langsung benda ni. 

5.15, flight to KeyEl.
Dalam flight, aku dan kawan2 aku cek baki duit. Bila tengok ada banyak lebih, kitorang pun borong barang AirAsia dan belasah makanan mahal2 atas flight. Ade yang melantak maggi, ada jugak yang beli brownies, lepas tu kawan sebelah dia deret tu semua nak beli brownies jugak. Sampaikan dalam deret tu ada sorang yang taknak beli, tapi pramugara tu tanya, “Awak nak jugak beli?”Dia geleng. "Eh, tak.." 
Semua mahal2, 2x ganda harga makanan atas darat
Brownies: RM5 satu bar


Motif? Haha
Tired. Clumsy. Yet it worth.

Till then we met, Jogja. Sampai Jumpa. Jogja Keren.

Thanks to  parents, lecturer pengiring, pemandu pelancong, Pak Fadhil dan kakak manager. Friends too. May Allah bless ya’. All of you.

0451PM//20151121//MLYSIA

PERTAMA KALI MENJEJAK DJOGJA (PART 1)

Assalamualaikum wbt
Cerita ni sebenarnya dari tahun lepas aku berazam nak tulis tapi tak tulis2 pon. Sebab:

1) Malas + internet slow
2) Internet laju + Blog problem
3) Internet laju + Blog dah okay + Malas

So, mood aku nak mengarang untuk post Jogja ni dah down sebab ko bayangkan aku dah siapkan cantik2 post tu tetibe format lari. Dahla makan banyak kuota aku sebab aku upload byk gambar.

Ok abaikan emo2 kat atas tu, aku nak sambung citer Jogja ni..
 Bak kata Om (Pakcik) dari Indonesia ni : "Monggor, monggor.." (Silakan)



25082014
Uni tempat aku belajar mwajibkan student2nya utk buat program lawatan ke luar negara. So bagus gak, boleh aku merasa naik flight. Malam 25/8 tu, kami ramai2 tdo kat surau KLIA. Memang sardinlah kat dalam tu tapi redha jelah, actually nak tdo atas kerusi pun takde hal, tapi mane tau air liur basi keluar ke apa malu je kat orang ramai lalu lalang. At least dalam surau boleh tido mnghadap dinding.

Flight kitorang pukul 9.45 pagi tak silap aku. Sampai sana dalam kol 12 gitu tapi jam tangan aku tunjuk waktu yg berbeza. Ah ha, beza antara Jogja& Malaysia 1 jam. Masa sampai airport tu kelam kabut sebab kena isi borang. Borang tu takleh hilang, kalo hilang kena stay and kawin kat sana. Cewah gurau... benda tu ala2 VISA.. kalau hilang jenuh sikit la nak bersoal jawab ngan pihak kastam. Airport dia kecik je, sesak lak tu,


Pastu kitorang naik bas Pariwisata & terus gi makan kat restoran. Dorang jamu air teh. Memang kat sini pi mana2 mesti orang hidang teh 'o' ni.. Rasa dia pelik sikit & aku hanya minum masa hari pertama je. Air teh 'o' dorang ni boleh disamakan dengan air sirap kat Malaysia. Lauk pauk dia dari segi fizikal tak berapa jauh beza dengan Malaysia punya cuma rasa yang berbeza. Lagi satu, dorang suka hidang ulam, bagus betul. Tapi aku tak pernah makan.

Air Teh 'o' pelik

Lepas makan terus pegi UAD (Universitas Ahmad Dahlan), dan terus solat asar kat situ. Asar masuk awal, area kol 3 lebih. Leceh sikit kalau orang perempuan nak solat sebab takde penghadang tinggi antara tempat solat lelaki dan wanita. Nak tanggal tudung payah. So takleh nak relax2 baring dalam surau.


Takde penghadang kat surau dia, kat mana2 surau pun macam susah sikit nak terlindung

Ade taklimat sikit lepas tu.. & Kitorang dapat nasi, dorang bungkus dalam kotak ala2 dunkin donuts tapi ada lapik dalam tu.


Pukul 6 dekat2 kul 7 macam tu baru check in hotel- Quin Colombo. Bagi orang yang jarang tdo kat hotel macam aku memang rase seronok dapat tido, rase cam malas je nak bangun pi jalan2.

Hijau weh, feveret!
Pemandangan dari tingkap hotel
Malam- Makan kat Restoran Grafika. Pelik gak makanan dia- nasi putih, ikan salut tepung ayam, ayam balut telur, keropok ikan dan sup sayur. Sup sayur dia tu macam sup yang aku selalu masak kat rumah, tapi rasa dia pelik.
Tu yg macam swissroll tu ikan salut tepung.

26082014
2nd day
Pagi- sarapan kat hotel. Aku makan cereal je, bajet taknak sakit perut. Konon. Kawan2 aku yang lain sume makan nasik goreng, bihun.. Tetibe aku rase lapar pulak ni. Menyesal tak makan nasik goreng kat hotel tu dulu.

Gudeg

Oh nak citer pasal telco & simkad kat sini. Aku tak faham kenapa bila orang dari negara luar mesej masuk kita kat sini, kredit kita kena potong gak. So, aku tanya mak aku, kredit dia kena potong tak bila aku mesej dia. Dia cakap takde pulak. Kesimpulannya, ramai kawan2 aku beli simkad untuk dapat caj buat panggilan, mesej dan internet murah. Aku tak beli, malas & takde kepentingan. By the way sebelum pegi Jogja aku dah topup full tank.

Bukan perasaan simpati, tapi simkad ni nama dia PATI.

Hari ni kitorang melawat UIN (Universitas Islam Negeri Sunan Kalijaga). Antara syarat nak masuk sini kena belajar bahasa Indon. Mau nggak? Heheh. UIN ni lebih kurang macam USIM gak, sebab rata2 mahasiswa tak speaking. Kalau kat IIUM ramai yang speaking. Course yang ditawarkan gak berkonsepkan agama, macam Usuluddin, muamalat..etc.. Kitorang kena pi mendengar taklimat dari dosen2 (pensyarah) kat situ & melawat library dia. UIN ni nampak lagi besar dari UAD, tapi lagi kecik dari USIM,& USIM lagi kecik dari IIUM, nampak tak perbezaan skala kat situ? Haha.

Ni logo UIN
 Bahagian Admin
Library UIN
12a.m- semua lapar & kitorang makan kat restoran Nu'mani. Dorang kata ada udang galah, tapi aku tak makan. Sebab tadi masa kat UIN dah dapat 2 kotak makanan, tak larat dah nak sumbat. Lecturer pengiring kitorang kata rezeki jangan ditolak. That's so right tapi kalau tak tolak nanti kita yang ditolak2 ke tandas. (Faham tak?)
KItorang dah habiskan, sorry tau.. datang besok ada la yang baru punye..
Suka tengok tiang kat restoran ni, sebab warna hijau
Petang tu dalam waktu Asar kitorang sampai kat Pesantren Al-Munawwir kat Krapyak. Pesantren n diasaskan oleh Kiai Munawwir Abdul Fattah, pada tahun 1911. Pengkhususan bidang Al-Quran dan Qiraat.
Both lelaki dan perempuan boleh mendaftar kat sini tapi yang sambut kitorang petang tu pelajar lelaki je.

Besar bangunan dia 
Malam tu, masa nak pegi Restoran Paradise untuk dinner,.. ade orang babai2 dari tingkap bas lain kat kawan aku. Kitorang sume cepat2 tutup tingkap sebab dia nak tangkap gambar. Lepas tu bila bas lalu kat stesen minyak, kitorang mesti menepeng tepi tingkap. Sebab tak penah lagi tengok orang beratur panjang nak beli minyak sampai full stesen tu. Macam sardin la jugak.
Macam tengah tengok wayang
Susah nak jumpa kucing kat sini.. Setakat ni, yg ni paling comel.

BERSAMBUNG PART 2