Friday 20 November 2015

HANTU VIRAL.VIRUS.VINE.

Assalamualaikum wbt..


Sekarang ni semua benda nak jadi viral. Selamatkan haiwan dalam longkang pun boleh jadi viral. Eh dulu tak pernah ea terjadi? Hehe… ops jangan marah. Dengar dulu Doktor nak cerita. 

Actually tak salah pun nak selamatkan haiwan ke pastu nak viral satu dunia ke apa… Cuma topic pada hari ni ialah viral. So aku pun nak bagilah pencerahan kepada sesiapa yang masih tak tahu apa itu viral, dimana, siapa, bagaimana dan fungsi..

Jadi, viral ni apa sebenarnya? Virus ke? Nama pun dah lebih kurang. Haha.. Sejak bila la pulak viral ni wujud? Zaman nenek dulu takdak pun menda nih…  Eh, ade nenek… lama dah perkataan viral ni wujud. Dalam kamus Oxford kuning saya(Nampak sangat dah lusuh) yang bercetak pada tahun 1999 pun dah wujud perkataan ni. Cuma perkataan viral ni baru je diviralkan untuk menjadi viral lalu diviralkan oleh orang ramai. Sebenarnya viral ni maksud asal dia ialah benda yang disebabkan oleh atau dikaitkan dengan virus.. Menurut slang internet pulak, viral ialah penyebaran tentang maklumat seperti gambar, video, lagu dan sebagainya secara meluas di alam maya. Bila sesuatu jadi viral, semua orang pakat nak share cerita yang sama, buat benda yang sama, komen benda yang sama, menyanyi benda yang sama.. macam tu lah.. (Contohnya pasal slurpee haritu). Mengerti enggak kalian? *Tetibe Indonesia.

Viral ni sebenarnya tak bahaya, tapi bila ada yang keterlaluan, sampai netizen masing2 mengutuk sesame sendiri maka viral ni dah jadi virus. Contoh viral yang baik bila kita menyebarkan berita tentang keganasan Israel yang berlaku di Syria, Palestine sekaligus memohon orang ramai menyumbang untuk mereka. Contoh viral tak bagus ialah bila kita mengomen atau menghentam rumahtangga seseorang artis tanpa mengetahui asal usul mahupun diperiksa. 

Habis tu elok ke tak viral ni? Sebenarnya terpulang pada diri sendiri yang menjadikan viral itu positif atau negative. Jika sesuatu berita yang kita dapat tu tak sahih, ada baiknya jika kita diamkan daripada diuar-uarkan. Lagi satu tentang hadis… Sila siasat dulu asal usul hadis tu sahih ke, hasan ke, dhaif ke, palsu ke… Kalau ragu2 tinggalkan. Banyak je kan aplikasi hadis sekarang ni. JUST DOwnload IT.

Kalau isu sensitive especially berkaitan rumahtangga orang, lagi elok kalau kita tak share dengan orang ramai, sebab kadang2 mereka tak cerita semuanya pada umum… kita pulak sebok nak bagitau orang lain, lepastu berita tu salah… Tak ke berdosa kat situ.. Ni mengikut  perhatian aku banyak berlaku.. bilamana ada orang lain tersalah tafsir walaupun niat sebenar penulis asal tu lain. Biasalah bila dah viral, pelbagai pendapat muncul.

Isu viral seperti politik pulak, lebih baik kalau kita baca dari sudut pandang banyak orang dan buat penilaian terbaik. Walaupun kau tak setuju dengan orang tu, baca la dulu hujah dia. Politik ni pun banyak sangat yang kotor aku tengok kat facebook, kadang2 jadi acuh tak acuh nak baca sebab asyik menghentam orang je kerjanya… Jadi susah nak fikir siapa yang betul siapa yang salah kadang2 tu. 

Sebenarnya apa2 isu panas pun sama… Kau tak boleh ambil spekulasi dari sudut pandang orang A saja.. Disebabkan si A menepati citarasa kau, kau terima sebulatnya pendapat dia… Kau kena jugak baca dan dasari pendapat B, C dan Z, terutamanya perkara yang melibatkan kezaliman dan kemudharatan. Emm yang ni rasanya orang semua dah tahu, tak perlu aku ulas panjang di sini isu sensasi tu.

Vine- Vine pulak merupakan video pendek yang merakamkan aksi2 dalam kehidupan seharian. Contoh vine paling famous yang aku tahu setakat ni ialah Breanna Youn, kanak2 korea muslim. Macam2 mimik muka dia buat untuk dikongsi dengan orang ramai. Selalunya vine paling menarik akan menjadi viral tak lama lepas tu..  Nak share vine pun takde masalah kat youtube, Cuma jangan sampai timbul sifat ego.. Lagi satu sila berhati2, dunia hari ni tak selamat untuk kita share everything. 






Sharing is caring but it will turn you into a manipulated person once you are careless.


Aku rase ni first time aku tulis benda macam ni, aku jarang menegur orang di internet, sebab aku tahu aku pun tak perfect mana. 


*Mohon kalau boleh jangan share gambar orang tak tutup aurat walaupun gambar sekadar hiasan, takut kita menyumbang dosa untuk mereka.


Doktor Travel mengundur diri… Toodless.
 

OFF GRADUATION. DAN NYAMUK



Assalamualaikum wbt,
 its been a long time aku tak pos apa2 kat blog.
Jadi, malam ni aku nak mencoret sikit pasal majlis konbokesen aku baru2 ni. Seperti yang sedia viral lagi gembar gembur kat  pesbuk, iG, kicau (twitter) , etc.. baru2 ni(takdela baru sangat, tapi baru tahun ni.. barula jugak kan) kami mahasiswa2 tanah air bergraduasi.. aku merupakan salah seorang dari jutaan manusia tersebut.

Aku datang universiti awal, iaitu pada 4hb November walaupun grad pada 8hb. Namun kedatangan awal aku ke universiti bukan kerana saja2 mahupun semangat nak grad, tapi sebab ada raptai pada 5hb tu.

So, sementara jubah konvo masih di tangan, aku dan rakan berpakat pergi berpanas dan berhujan semata2 nak tangkap gambar konvo, sampai mortar board tercampak ke tempat paling epic (tapi lepas tu terjadi perkenalan yang tak disengajakan.) Hehe.
 



8/11/2015- mak ayah, abang kakak ipar dan anak buah aku datang pada sebelah pagi. Kami bergambar di fakulti je, tak sempat nak tour setiap sudut universiti tu. Kami makan2 dan berkelah di fakulti, solat zohor gak kat sana yang mana akhirnya aku terlambat masuk dewan untuk seisi petang tu. Dan2 mase tu hujan, jem pulak tu masa nak hantar aku pi dewan. Dan aku yang natural-born cengeng ni pun tergesa2 menyarung jubah konvo dengan hati berbelah bagi. Kawan aku lalu dan nampak yang  aku tengah terhegeh2 pakai jubah tapi takmau tolong, mak aku jugak yang tolong. Moreover, urusetia bagi warning dengan garangnya suruh masuk dewan cepat, dan waktu tu aku nampak macam dalam dunia ni aku sorang je masih terkial-kial nak pakai jubah gedoboh tu.

Lepas tu mak ayah aku masuk dewan dah… kami mahasiswa kena kumpul kat satu tempat. Aku blur2 sebab tetiba orang lain semua ada kad alumni, aku tercari2 kad aku… Tanya orang depan, katanya `sila cari kat belakang, bila tanya orang belakang katanya carilah kat depan. Aku pening dan buntu, mortar board pun tak pin lagi atas kepala (Ni kalau tak pin karang jatuh pulak depan Naib Cancellor, epic je ni karang). Last2 jumpa jugak kad aku, di tangan akak urusetia yang cantik … sejuk mata memandang kejap.  

Hati aku makin lega bila ada kawan aku lagi lambat dari aku, dia baru je sampai.. Maklumlah aku ni seorang yang kalut… so bila aku jadi orang last aku rase cam loser sangat. Tapi ni ade yg lebih last dari aku, so aku takdela nak gopoh gapah sangat macam tadi. Lepas tu kami berarak masuk dewan. Tiba2 terasa macam celebrity kejap.. Jalan atas karpet merah menyala… Urusetia suruh kami senyum. Tapi aku bagi fake smile cuma.

Majlis berjalan agak lambat, dan mengantuk… Aku antara orang yang duduk belakang… so tak masuk kamera pun.. Untung betul kawan aku yang datang awal dapat duduk depan, selang beberapa minit muka mereka muncul atas layar putih.

Tiba masa nak naik pentas, hood jubah aku pulak tak betul. Kawan aku kata banyak biru… sepatutnya hood tu hijau. Ish, macam2 lah… 2,3 orang urusetia tolong betulkan hood aku tu… sekali lagi rase cam retis. Ahahah. Masa naik pentas, punya lah banyak tanda X (tempat berhenti ), X3, X4, X5, X6, dah (macam motor pulak)… pastu baru boleh amik scroll kat tangan NC. NC ucap tahniah, aku pun tersengih kerang busuk.”Ehe, terima kasih daun keladi..” Kataku. Gurau je, daun keladi tu aku tak sebut pun. Lepas habis semuanya, masing2 keluar macam lebah keluar sarang. Petang tu jugak hujan… tak sempat nak bergambar banyak2. Family aku balik petang tu jugak, tinggal aku kesepian.

So, tu cerita konvo. Ni cerita nak pulang jubah. Dan ada kaitan dengan nyamuk.

11/11/2015- Malam tu bersemangat kononnya nak jadi orang pertama hantar jubah esok tu… tetiba bangun pagi rase nak demam. Hmmm… aku pun tido dulu sampai pukul 10. Everything goes so slowly today! Daripada nak hantar jubah, amik transkrip (Ada 3 line pulak tu), ambik gambar konvo, nak bayar duit checkout asrama, sampaila nak balik ipoh. Kawan aku marah sebab aku taknak makan, yerlah tengah demam selera pun putus jugak. Tapi aku gagahkan sebab taknak tido kat sini malam ni… Kampung halaman dah memanggil. Nasib masa nak beli tiket bas dapat beli awal. Thanks to me sebab pura2 bodoh nak beli tiket pun tak reti (dah tu siap nak kena bagi i.c bagai, macam nak beli tiket flight), last2 abang kat kaunter tu tolong kitorang dapatkan tiket plusliner. Dalam bas, aircond pulak bocor, plus tengah demam… oh rasa sangat heaven umpama berada di kutub utara. Sampai rumah malam tu terus baring. Gelap. Dan lega dah sampai.

13/11/2015- Harini decide nak pergi klinik sebab demam dah 3 hari, terasa sejuk mencucuk sendi. Lain macam benar demam aku kali ni. Lepas cek tu kena ambik darah.. Doc cakap suspek denggi, aku memang dah jangka sebab sendi aku sakit2 teruk bila malam. Tidur tak payah kipas pun dah sejuk macam dekat kutub.  So esok tu kena pergi klinik Greentown. 2 hari ke Greentown, amik darah jugak. Platlet darah aku dari 166 turun 124, lepas tu turun lagi ke 104. Tapi hasil combo test darah aku negative, means bukan denggi. Doktor sampai garu kepala, sebab aku ni siap naik ruam lagi. Kesemua tanda tu menunjukkan yang aku ni dijangkiti denggi. Ntah bila nyamuk gigit ntah… Oh ye teringat ade seekor menyapa aku masa di asrama.. At last, ade doctor lain yang iras2 macam lecturer aku buat spekulasi secara clinical yang aku ni DENGGI. So, dia akan contact pegawai kesihatan untuk interview aku.

Hari2 kena pergi klinik untuk amik darah. Sampai doctor,abang, kakak kat makmal perubatan tu cam aku. Senang citer 1 klinik kenal aku, si demam denggi.

18/11/2015- Demam baru nak kebah harini. Sendi mencucuk dah takde.. Tapi bila teringat masa sakit sendi tu memang kalau boleh biar takkan pernah berulang. Rasa macam takde ruang nak lari, every inch of your body has been attacked by the viruses.  ‘Denggi Patah tulang’ kata kawan aku. Ruam pun baru nak berkurang, tapi gatal2 teruk sangat.

Lepas tu Pegawai kesihatan call tanya macam2 camne aku buleh dapat denggi. Dia kata nak fogging asrama tempat aku menginap dulu sebab aku start demam masa kat sana. 

Keesokannya, pegawai kesihatan call lagi, katanya tak jumpa asrama aku.. Macam2.. Lepas tu dia tanya aku ada kat dalam asrama ke, aku bagitau la yang aku dah balik rumah.. Dia pun cakap,”Ala, baru nak jumpa..” Amboi2, nak jumpa buat ape.. Nak fogging aku ka?

20/11/2015- Arini kena amik darah last, platlet darah aku naik sampai 231. Alhamdulillah. Doc cakap aku dah sembuh dan dia akan simpan rekod denggi tu. Aku baru ingat nak simpan kertas tu tapi dia dah simpan dulu, huhu. Sedikit tips menaikkan platlet ialah minum sup ketam dan makan buah kiwi, ni tips dari kawan aku.



Sekian… Emm.. Aku rase ni lah hadiah terakhir paling bermakna yang universiti bagi kat aku, nyamuk. Nampak tak kaitan dia dalam cerita ni? Baru aku paham kenape kawan2 aku yang dah pernah kena demam denggi benci gila nyamuk.
Adios..