Sekarang ni semua benda nak jadi viral. Selamatkan haiwan
dalam longkang pun boleh jadi viral. Eh dulu tak pernah ea terjadi? Hehe… ops
jangan marah. Dengar dulu Doktor nak cerita.
Actually tak salah pun nak selamatkan haiwan ke pastu nak
viral satu dunia ke apa… Cuma topic pada hari ni ialah viral. So aku pun nak
bagilah pencerahan kepada sesiapa yang masih tak tahu apa itu viral, dimana,
siapa, bagaimana dan fungsi..
Jadi, viral ni apa sebenarnya? Virus ke? Nama pun dah lebih
kurang. Haha.. Sejak bila la pulak viral ni wujud? Zaman nenek dulu takdak pun
menda nih… Eh, ade nenek… lama dah
perkataan viral ni wujud. Dalam kamus Oxford kuning saya(Nampak sangat dah
lusuh) yang bercetak pada tahun 1999 pun dah wujud perkataan ni. Cuma perkataan
viral ni baru je diviralkan untuk menjadi viral lalu diviralkan oleh orang
ramai. Sebenarnya viral ni maksud asal dia ialah benda yang disebabkan oleh atau
dikaitkan dengan virus.. Menurut slang internet pulak, viral ialah penyebaran
tentang maklumat seperti gambar, video, lagu dan sebagainya secara meluas di
alam maya. Bila sesuatu jadi viral, semua orang pakat nak share cerita yang
sama, buat benda yang sama, komen benda yang sama, menyanyi benda yang sama..
macam tu lah.. (Contohnya pasal slurpee haritu). Mengerti enggak kalian?
*Tetibe Indonesia.
Viral ni sebenarnya tak bahaya, tapi bila ada yang
keterlaluan, sampai netizen masing2 mengutuk sesame sendiri maka viral ni dah
jadi virus. Contoh viral yang baik bila kita menyebarkan berita tentang
keganasan Israel yang berlaku di Syria, Palestine sekaligus memohon orang ramai
menyumbang untuk mereka. Contoh viral tak bagus ialah bila kita mengomen atau
menghentam rumahtangga seseorang artis tanpa mengetahui asal usul mahupun
diperiksa.
Habis tu elok ke tak viral ni? Sebenarnya terpulang pada
diri sendiri yang menjadikan viral itu positif atau negative. Jika sesuatu
berita yang kita dapat tu tak sahih, ada baiknya jika kita diamkan daripada
diuar-uarkan. Lagi satu tentang hadis… Sila siasat dulu asal usul hadis tu
sahih ke, hasan ke, dhaif ke, palsu ke… Kalau ragu2 tinggalkan. Banyak je kan
aplikasi hadis sekarang ni. JUST DOwnload IT.
Kalau isu sensitive especially berkaitan rumahtangga orang, lagi
elok kalau kita tak share dengan orang ramai, sebab kadang2 mereka tak cerita
semuanya pada umum… kita pulak sebok nak bagitau orang lain, lepastu berita tu
salah… Tak ke berdosa kat situ.. Ni mengikut
perhatian aku banyak berlaku.. bilamana ada orang lain tersalah tafsir
walaupun niat sebenar penulis asal tu lain. Biasalah bila dah viral, pelbagai
pendapat muncul.
Isu viral seperti politik pulak, lebih baik kalau kita
baca dari sudut pandang banyak orang dan buat penilaian terbaik. Walaupun kau tak setuju dengan orang tu, baca la dulu hujah dia. Politik ni pun banyak
sangat yang kotor aku tengok kat facebook, kadang2 jadi acuh tak acuh nak baca
sebab asyik menghentam orang je kerjanya… Jadi susah nak fikir siapa yang betul
siapa yang salah kadang2 tu.
Sebenarnya apa2 isu panas pun sama… Kau tak boleh ambil
spekulasi dari sudut pandang orang A saja.. Disebabkan si A menepati citarasa
kau, kau terima sebulatnya pendapat dia… Kau kena jugak baca dan dasari
pendapat B, C dan Z, terutamanya perkara yang melibatkan kezaliman dan kemudharatan. Emm yang ni rasanya orang semua dah tahu,
tak perlu aku ulas panjang di sini isu sensasi tu.
Sharing is caring but it will turn you into a manipulated
person once you are careless.
Aku rase ni first time aku tulis benda macam ni, aku jarang
menegur orang di internet, sebab aku tahu aku pun tak perfect mana.
*Mohon kalau boleh jangan share gambar orang tak tutup aurat
walaupun gambar sekadar hiasan, takut kita menyumbang dosa untuk mereka.
Doktor Travel mengundur diri… Toodless.
No comments:
Post a Comment