Tuesday 12 April 2016

BUAT DUIT DENGAN UBER

Assalamualaikum wbt

Sekarang ni macam-macam benda kita boleh buat duit. Kek la, kertas la, cawan la.. Tapi ni special sikit, buat duit dengan uber. Benda ape uber tu? Ubi kayu kah?


Uber ni macam prebet sapu. Sape-sape yang pernah masuk universiti/kolej mesti ada kawan-kawan korang yang buat perkhidmatan teksi celup a.k.a prebet.

Beza antara uber dengan teksi atau prebet ialah sebelum nak cari perkhidmatan uber ni kena install apps dia dulu. Kita boleh contact pemandu uber melalui apps tu. Bak kata wikipedia : "Uber Technologies Inc. is an American multinational online transportation network company headquartered in San Francisco, California." Paham kan? English aku tak power sangat, so tak reti nak translate macam mane ke bahasa ibunda. Pemandu uber selalunya akan guna kereta-kereta yang high class untuk bawak penumpang. Layanan yang diberikan kat penumpang jugak lebih mesra mengikut polisi uber sebab penumpang akan bagi rating dekat perkhidmatan pemandu uber. Kalau rating pemandu teruk, tindakan akan dikenakan.

Disebabkan aku tak pernah naik uber, so tak ada pengalaman yang dapat aku ceritakan kat sini. Tapi korang boleh baca pengalaman orang lain di blog Adarain dan AmySyeera . Kedua-dua blog ni ada tunjuk cara-cara install uber, kelemahan dan kebaikan uber. Korang boleh banding bezakan antara teksi biasa dan uber. Ada lagi satu perkhidmatan macam ni, nama dia Mytaxi ataupun sekarang dikenali dengan nama Grab.

Kepada sesiapa yang ada kereta mewah-mewah kat rumah tu, tapi belum dapat pekerjaan, ada eloknya korang cuba jadi pemandu uber ni. Korang boleh dapatkan buku "Buat Duit Dengan Uber" untuk panduan yang lebih mapan, mantap dan lengkap. tak mahal pun bawah RM10 je. Klik sini untuk beli--> SalamBz


Selamat mencuba dan berjaya!
:)

2 comments: