Sekarang ni ekonomi tengah merudum teruk, so aku perhati ramai la kawan2 aku join MLM ni..
Wait, jap jap.. Amende kah MLM ni actually? Multi-level? Malam? Bisnes Pasar Malam? Lepas penat buat research kat internet dan collect pengalaman lampau pasal MLM, aku nak share pasal benda ni.
MLM ni dia merupakan sejenis perniagaan yang memerlukan sejumlah modal tertentu sebagai kickstart dan korang akan dapat barang yang nak dijual tu dari orang atas/agen yang perkenalkan kat korang produk tersebut. Lepas tu kalau barang tu berjaya dijual oleh korang,korang akan dapat komisen, and then korang kena cari orang lain untuk daftar jadi ahli jugak under nama korang, kalau orang bawah korang dapat jual barang, so korang pun dapat jugak duit. Sistem cari-orang-bawah ni dinamakan sistem downline. Orang yang duduk atas Downline tu dinamakan Upline. Kebiasaanya, upline adalah orang yang dapat bonus/untung lebih banyak berbanding downline, bak kata orang -Sistem piramid. Senang bukan nak paham? Semakin banyak orang bawah yang korang kumpul dan aktif, semakin banyak duit masuk kat korang, lebih kurang macam tu ler hipotesis dia..
Ni ada kawan aku cerita, dia dah lama berhenti cari downline dan tak berapa aktif sangat dah tapi duit still mengalir sebab downline dia aktif (means dia belum berhenti terus buat MLM lagi tapi duit masuk beb). Tapi aku tak ingat kawan yang mana satu cerita, mase ni aku freshie lagi. Aku tak sure sekarang ni duit tu mengalir lagi ke tak, ni cerita 4 tahun dulu,...
Ade macam2 jenis barang MLM kat pasaran ni sekarang, antara yang paling famous- produk kesihatan, penapis air, barang alatan rumah, barang dapur pinggan mangkok, kad telco dan sebagainya.
Ada segelintir orang yang bila sebut je MLM, terus dia lari dan takut, padahal tak paham pun amende maksud MLM tu. Kalau aku, aku lari gak bukan sebab takut tapi sebab takut sangkut, nak cepat pegi beli barang tapi kena dengar ceramah dulu pulak kat luar MYDIN tu, ehem. Terutamanya kalau MLM tu berkaitan pelaburan pasal aku tak pandai benda2 melabur ni.
Actually, teruk sangat ke MLM ni? Meh sini aku bagi inferens (penerangan). MLM-er terbahagi kepada 2 jenis (menurut pemerhatian aku, lain blogger lain pemerhatiannya,)..
1. MLM-er kategori A
MLM-er yang memang dia cerita terang2 pasal kebaikan2 MLM masa tengah jual barang. Semua keuntungan yang dia kecapi dia tunjuk; barang mewah, duit banyak, kereta besar, rumah besar, mampu beli macam2 lah pendek kata. Lepas tu ade yang perangkap orang datang ke satu2 tempat semata2 nak suruh join MLM.. Ade la punchline2 yang digunakan bagi menarik perhatian orang, selalunya 1st year Uni student kena benda nih. Ade jugak yang jenis pushy, ko cakap taknak beli tapi dia pulak yang merajuk dengan ko.. Patutnye nak meniaga mana boleh paksa orang beli. Ni aku cerita bukanlah base pengalaman aku, tapi blogger lain. Baca:
--> https://www.facebook.com/notes/say-no-to-mlm/pengakuan-dari-bekas-dsm-diomand-sales-manager-hai-o/140539116014577/
--> http://www.mazidulakmal.com/2012/12/teguran-untuk-pengamal-bisnes-mlm.html
2. MLM-er kategori B
Diorang ni jual MLM, tapi tak berapa nampak macam jual MLM sebab fokus kat kebaikan dan faedah produk. Yang ni dari pemerhatian yang aku nampak selalu diamalkan oleh client Herbalife, sebab ramai kawan aku yang jadi coach kesihatan dan follow up dengan client diorang pasal isu turun berat badan. Ni aku cakap bukan sebab nak promo Herbalife ke ape, malah aku bukan agen Herbalife, macam yang aku dah mention tadi ni cuma observation je ok, belum masuk hypothesis mahupun pembolehubah yang dimanipulasi. Ramai orang takut tau tak bile ada perkataan 'MLM' kat hujung.
Hukum MLM:
Bisnes MLM ni wujud beberapa keraguan , tambah2 bila melibatkan kos pengeluaran yang sangat tinggi sampai mencecah ribu riban. So, sebelum korang nak join mana2 MLM, sila pastikan ape produk yang korang nak bisneskan tu, kalau rasa ragu2 sila tinggalkan. Rezeki yang tak berkat tu akan menyebabkan amalan kita tersekat. Contohnya Swiss Cash dan PT biznas yang telah pun diharamkan. Selalunya benda yang menglibatkan pelaburan ni korang kena siasat sampai lubang cacing, contoh macam Forex sebab syubhah. Ada perdebatan ulama' pasal Forex ni, tapi lagi bagus kalau tinggalkan benda ragu2.
Terdapat sesetengah syarikat MLM yang menggugurkan keahlian bila jualan tak mencapai target, so dari situ wujud unsur kezaliman terhadap ahli. Seolah2 macam paksaan untuk menjual sesuatu produk tu. Sama jugak macam konsep memaksa ahli membeli produk.
MLM Patuh syariah macam ni, aku ambil artikel ni dari laman web Dr. Zaharuddin Ab. Rahman:
1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya
(seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan
serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya). Justeru,
produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana
ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum
Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah. Justeru, kekuatan MLM itu
ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka
pendek mengumpul dana (modal).
2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.
3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.
4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala' atau ahli yang ditaja,
tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini
diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan
produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).
5. Tidak diwajibkan bagi si ahli membuat belian sendiri dalam jumlah tertentu
bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya. Ini kerana dibimbangi
ia mirip paksaan belian. Namun jika syarikat meletakkan syarat JUALAN
MINIMA untuk memperolehi komisyen kumpulan dan sebagainya, ia mungkin
dibenarkan dengan syarat ia dibuat atas asas ju'alah. Untuk itu, syarat
dan rukun jua'alah mestilah dipastikan sempurna.
JU'ALAH= Adalah akad dengan pihak pertama menjanjikan imbalan tertentu kepada
pihak kedua atas pelaksanaan suatu tugas atau pelayanan yang dilakukan
oleh pihak kedua untuk kepentingan pihak pertama
6. Setiap ‘upline' atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya,
seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen
secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu
bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak
adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah'. Ini
kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari
sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha
perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu
diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak
mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan.
Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian
berangkai dan begitu jauh ?.
7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya. Manakala
hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan
pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan
mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu
menjual dengan lebih hebat.
8. Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.
9. Menstruktur plan pemasaran di antara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu
perkonsgian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan
nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.
Okey, sambung balik inferens aku tadi...
Mak ayah aku dulu pernah jugak meniaga MLM. Masa aku kecik umur setahun, ayah aku ahli MLM dan dia rajin sangat promo produk kesihatan Happylink 'Royal Jelly'. Masa tu ayah aku dapat bonus dekat RM2000 jugak la sebulan (RM2000 masa tahun 90-an berbaloi ok).. Time tu ayah aku dah pun jadi Upline, tapi lepas tu korup pasal kena tipu. Syarikat ni syarikat cina. Masa tu dah ramai yang dapat title upline, bonus pun banyak sangat syarikat ni dapat, so dia bubarkan jualan Royal Jelly tu bawah anak syarikat lain yang lebih kecil dan concerntrate kat jualan pinggan mangkuk dan barangan lain. Tak tahu ape motif. Tapi nilah risiko kalau buat MLM kalau orang atas2 tu cina.
Tak lama lepas tu, masa ni aku sekolah rendah pulak. Mak ayah aku join SURECO (Sure Return Corporation). Syarikat ni syarikat melayu islam, barang2 dia banyak berasaskan cendawan dan mengkudu. Aku selalu la ikut mak ayah aku pergi rumah kawan, rumah family pi promo barang2 ni, tapi tak lame lepas tu mak ayah aku dah berhenti bukan sebab kena tipu, tapi sebab syarikat tu ada masalah dalaman sikit, and then kawan ayah aku tu pun dah tak bukak stokis sebab kejatuhan syarikat, stok takde... so jadinye susah nak cari barang. Kalau syarikat melayu buat MLM selalu ade konflik dalaman, sama macam HPA.. tapi HPA rasanya dah pulih. Syarikat india aku tak tau la pulak ape masalah dia.
Nasihat kepada MLM-er:
Kepada sahabat2 kat luar yang nak join MLM tu, tak salah pun nak join. Tapi sila cari MLM yang Syariah compliant (Patuh syariah). Buat dulu kaji selidik, review produk, tanya orang ramai,... Jangan terus je join tanpa pikir ape2 especially yang kena guna modal puluh2 ribu walaupun yang ajak bisnes tu bestfriend dunia akhirat korang.
Jadilah MLM-er yang bijak berniaga, sabar dengan kerenah pelanggan, tidak memaksa2 orang lain/downline anda dan tidak hanya menanam tebu di tepi bibir. Oh ye, pasal benda ni, aku nak nasihatkan upline2 sila guide downline2 anda, sebabnye setengah orang memang tak pandai nak promo2 pujuk2 orang beli barang, tu pasal dorang berhenti separuh jalan lepas tu marah2 cakap MLM tipu sebab dorang rugi.
Korang yang nak meniaga Multilevel marketing ni jugak jangan asyik nak fokus untung.. Bila asyik nampak benda tu, dah hilang target nak jual produk. Ramai yang menipu dalam berniaga sebab dia nampak untung, tapi tak nampak faedah untuk pengguna. Tak baik menipu woi. So bagitaw betul2 kat pengguna kenapa perlu memiliki produk tu? Apakah faktor produk anda berkualiti? Buktikan produk tu berkualiti, bukan cakap je hebat tapi bila beli barang takde amenda pun (penah terkena kot! huhu).
Lagi satu, kalau dah ada kerja tetap walaupun gaji cukup makan, seeloknya jangan berhenti semata2 nak join MLM. MLM tu jadikan sidekick pun takpe, sebabnye andaikata satu hari nanti korang tak mampu nak join MLM dah (sebab MLM ni perlukan korang banyak kena travel sana sini, banyak bagi talk, perjumpaan, jumpa client bagai), so dengan kerja tetap yang korang ade, korang masih mempunyai sumber kewangan walaupun tak seberapa. Ni based on experience sorang family member aku.
Kepada MLM-er Haters:
Walaupun artikel aku nampak banyak berat sebelah, tapi tak bermaksud aku ni tengah join MLM. Aku cuma nak terangkan pasal amende MLM ni. Lagi satu, orang2 disekeliling aku sungguh aktif dengan MLM- samada keluarga, rakan sekelas, sepejabat , sedaerah, cikgu cikgi dan netizen2 lain. So, mereka2 nilah yang banyak memberi inspirasi untuk aku tulis artikel ni. FB dan whassup aku sungguh lebat dengan iklan MLM tapi aku buat rileks jer. Takyah marah2 sangat diorang ni, diorang cuma nak berniaga. Kalau korang taktahan sangat, unfollow fb suda..
P/S: Aku bukan nak backup MLM, bukan jugak nak bash MLM. Cuma aku nak menerangkan kekeliruan orang tentang MLM. Yang paling pasti, aku bukan peniaga MLM. Aku cuma an observer who's then turn out into blogger. Malah, aku orang yang suka suruh MLM-er buat review panjang2 tapi pastu aku tak beli pun barang dorang. Eheh. MLM is not bad at certain point but bad at certain point. Its So-so, a win-win situation. Paling penting ialah bila kita ingat pesan Nabi, meniaga itu 9/10 dari sumber rezeki. Samaada ada MLM ataupun takda, perniagaan itu digalakkan.
Sumber maklumat:
Boleh baca pasal hukum MLM di sini, kalau aku terang semua dalam blog aku ni lebih baik aku kasi link ni kat inbox korang je terus kan? Eheh.
--> http://zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/222-multi-level-marketing-menurut-shariah.html
Lain2 sumber pasal MLM:
--> https://sharianomics.wordpress.com/2010/11/17/definisi-jualah/
--> https://www.facebook.com/notes/say-no-to-mlm/pengakuan-dari-bekas-dsm-diomand-sales-manager-hai-o/140539116014577/
--> http://www.majalah.com/?classified:mengapa-ramai-orang-benci-mlm-jawapan-kepada-10-dalil-benci-mlm:5K7D558ZQK
--> http://nash121.blogspot.my/2011/10/sebab-mengapa-kita-harus-perangi.html
Adios. Selamat beramal!
Sila pm kalau rasa tak puas hati dengan artikel ni.
No comments:
Post a Comment