Thursday 8 October 2015

BELAJAR BLOG UNTUK ORANG DUMMY

Assalamualaikum wbt

Dummy tu bukan maksud bodoh, tapi maksudnya orang yang baru nak mula belajar.
Eh, ke sama? Em, lantak ler. Bagi aku maksud dummy tu macam zero knowledge. Kalau tau sikit2 tu dipanggil basic/beginner. Lari tajuk pulak.

Ramai kawan2 aku suruh ajar buat blog padahal aku bukan expert pun, blog aku pun banyak sarang labah-labah je ni. Follower pun takde apatah lagi komen merudum membina.

So, aku nak ajar buat blog ni untuk langkah paling basic sekali la... Kiranya paling koman nak ade blog kena tau benda ni.

1. Sign in Google. Blog ni di bawah kelolaan Google. Macam2 benefit kalau korang sign in google, contohnye buleh subscribe Youtube, GooglePlus, GoogleMaps, GooglePlus.. Yada2.. (Tetibe nak promo Google)

2. Lepas tu.. jap nak ingat... ha, lepas tu kan, kat bucu atas email korang kan ade petak2 kecik tu, klik situ, klik more, klik even more. nanti korang akan jumpa Blogger , pastu klik la kat situ.


      Nampak tak? Kalau kecik sangat korang klik je, tapi kalau malas klik pinjam jelah mikroskop  sesape..

3. Pastu klik kat blogger tu kena re-enter password.. Ala, mudah je takkan password sendiri tak tahu kot. Aku hack nanti baru tau, hehe gurau je. Pastu confirm profile & Continue.

4. Klik kat new blog pastu akan kuar pop-up template & blog title. Title tu macam tagline besar la.. Contoh cam blog Buasir Otak, CursingMalay, Ben Ashaari, Yang Penting Rupa, etc..  yang tu la big title dia. Kiranya title blog berperanan untuk melambangkan ape yang korang nak muatkan dalam blog korang, pasal life ke,resepi ke, travel ke, islam ke, politik ke.. Kalau artikel korang umum, korang boleh bubuh ape2 tajuk pun (Contoh: This's Athira Side), tapi kalau semua pasal resepi jangan la bagi tajuk "Blog Pencinta Kucing". Tak kena langsung.



Paham tak ni? Paham kan?

5. Lepas create, akan keluar macam ni, kalau tak sabar nak tulis boleh klik new post, kalau rasa tak perlu boleh je belajar benda lain dulu nak bagi blog meriah. Ataupun ubah template bagi lawa & sejuk mata memandang, nak bagi nampak gloomy, spooky, vogue, rogue,rock, melankolik buleh je semua. Kalau nak edit template ke, layout ke klik kat senarai yang banyak2 kat tepi kiri tu.



6. Tak sabar nak menulis? So sekarang tulislah ape2. Untuk tips penulisan menarik aku rase korang buleh google je, nanti keluar beribu2 result. Jangan lupa bubuh label supaya orang senang jumpa blog korang. Tapi kalau blog baru susah sikit. Usaha nak kena kuat. Lepas tulis kalau nak simpan dulu klik revert to draft, kalau nak terus publish tekan kat publish.




7. So, ni blogger dashboard, untuk kerja mengedit meng'delete', mendraft..... Klik je kat tajuk artikel yang korang dah  tulis tu. Lepas tu nak tengok hasil artikel, klik kat view blog.



8. Tada.. Blog dah siap.


9. Berkenaan template atau layout: Template tu macam background, nak kaler ape, nak warna ape (same je kan), nak gambar ape.. yang aku tunjuk dalam gambar tu template yang memang dah sedia ada, tapi kalau nak lain dari yang lain aku tak mampu ajar sebab blog aku pun putih bersih je. Layout pulak size blog. Contoh korang nak set saiz untuk profile, saiz artikel .. macam tu lah..

10. Kalau nak bagi blog menarik, no1 yang penting isi menarik & cara korang attract pembaca. Macam orang mengajar, kena ada komunikasi 2 hala. So, blog yang mesra pembaca mudah nak diikuti (follow) oleh blogger lain. Masukkan persoalan, link, atau apa2 yang menarik. Sila baca tips menulis artikel blog yang menarik di blog Inchenaim. Lepas tu rajin blogwalking (singgah blog orang), baca betul2 artikel dia, komen sikit dan tinggalkan link blog korang. Nak tau lanjut baca di blog The Other Khairul pasal tips nak dapat trafik blog tinggi. Aku pun baca dari blog dia.

11. Comment has removed by author.

So, kalau ada ape2 soalan basic boleh la tanya, tapi tak yakin boleh jawab 100%.
:)
                                                                       Penyebok.

Wassalam.. :D

No comments:

Post a Comment