Thursday, 1 October 2015

INTROVERT DAN FAKTA

Assalamualaikum w.b.t
Tajuk macam nampak berat sebelah. Tapi tak, cuma nak bagi explanation. Sebenarnya aku pun introvert jugak. Masa buat ujian MBTI, aku dapat result INFJ. So, susah ke intovert ni nak dapat kawan? Jap, sebelum tu nak bagitau ciri introvert.

  1.Tak semua introvert sikit kawan. Macam aku, friendlist aku sangat banyak. Tapi kalau nak ikutkan yang aku selalu contact sikit je. Means, aku rajin mesej kawan yang sama minat, yang paham perangai aku, etc..etc.. Yang lain tu mesej jugak tapi kengkadang je. Bukan sombong tapi sebab tak tau nak sembang ape.. Bak kata orang kualiti lagi penting dari kuantiti. Kalau korang ada seratus orang bestfriends tapi separuh dari mereka mengata belakang pun tak guna jugak. 






2. Kalau pergi majlis besar-besaran, introvert ni takde masalah nak bersosial. Sila take note yang intovert dan anti-sosial ni dua benda yang berbeza. Tapi lepas dah penat bersosial, introvert akan cari masa untuk bersendirian. Kalau lama sangat bersosial dia mula keluh kesah. Aku pernah mengalami benda ni banyak kali kalau ikut kawan aku. Sebab tu aku suka travel sorang-sorang. Ada sekali tu kitorang ada program kat fakulti dari pagi sampai petang, lepas asar tu kawan aku ajak keluar, sampailah ke malam. Aku kena gak ikut sebab kat blok asrama yang kitorang sewa sekejap tu takde orang lain selain kitorang. So aku cuba think positive dan enjoy moment tu memandangkan time tu adalah semester terakhir di universiti. Not bad, dan balik tu aku terus tidur dan tak larat nak sembang apa2 dah lagi.





3.Homely-type. Selalu stay kat rumah, malas nak keluar. Sekali-sekala atau pi kerja takpela. Time cuti semester, aku tak kisah pun kena duduk rumah sorang-sorang. Melakukan hobi kesukaan sorang2. Tak kisah .. aiman tak kisah.. 

  4. Inrovert boleh jadi seorang yang banyak cakap kalau tepat pada waktu, tempat dan orang. Terutamanya bila isu yang dikupas ada kena mengena dengan minat si introvert. Contoh kalau si introvert ni minat kereta sama dengan kau.. so kau mulakan bukak cerita dengan konon2 teringin nak beli porsche ke, volkswagen ke.. konfirm last sekali nanti cerita korang larut sampai international car show. Kalau topik tu tak kena, mungkin intovert boleh diam je. 



Anyway, sila faham introvert tak semestinya anti-sosial. Introvert bukan forever alone!

No comments:

Post a Comment