Assalamualaikum w.b.t.
Sekarang ni rata-rata ramai yang kesempitan wang ringgit sebab kejatuhan ekonomi negara, tambah2 sekarang dah ada GST. Walaumacammanapun, kita mesti bijak mengambil langkah penjimatan. Here goes some tips from my brain:
1. Tanam pokok
Kalau dolu2, nak jimat makan kita kena masak sendiri kat rumah. Tapi sekarang ni kos perbelanjaan makan kat rumah dan beli kat luar nak dekat sama,kadang2 makan kat luar lagi jimat. Apapun, anda boleh jimat dengan menanam pokok2 sayuran di rumah sendiri. Kaedah ni nampak macam sesuai untuk orang yang tinggal kat rumah sendiri/rumah sewa yang ada ruang tanah, tapi sebenarnya orang duduk rumah flat pun boleh buat, cuma limited berdasarkan jenis tumbuhan yang nak ditanam. Pernah dengar hidroponik? Mungkin kaedah ni lebih sesuai untuk orang yang tinggal di apartment/flat. Sila search: Apartment gardening.
Contoh tumbuhan yang boleh ditanam sendiri: Bawang merah, bunga kantan, pokok kunyit, serai, pokok limau purut, pandan dan sebagainya. Pokok buah-buahan jugak digalakkan untuk tanam.
2. Pasaraya RM2
Sekarang ni pasaraya RM2 makin berlambak umpama cendawan tumbuh lepas hujan. kalau betul anda mahu jimat, belilah barang di sini. Siapa cakap barang kat sini tak berkualiti? Aku dah banyak kali beli di sini, setakat ni ok je. Kalau betul2 nak pakai selalu untuk jangka masa lama tak salah untuk beli barang branded. (Aku pun minat je barang branded, tapi tengok jenis la.) Tapi kalau setakat nak pakai 5 kali je sebulan mungkin beli kat sini lagi berbaloi.
3. Beli petrol pada harga jimat
Cara ni abang aku la ajar. Contohnya harga petrol Ron 95 sekarang ni RM2.05 seliter (harga minyak 1 Oktober 2015), untuk dapatkan 10liter korang kena bayar RM20.50. Setengah orang suka genapkan jadi RM21.00. Tapi jangan! 0.50 sen tu sangat berharga, sila simpan okey. Sehari anda menabung 0.50 sen, kalau sebulan anda boleh dapat RM 15. Walaupun nampak sikit, tapi yang sikit itu bakal jadi bukit kalau istiqamah menabung. RM15 tu kira lepas duit topup ape!
4. Pakaian Bundle
Tips ni untuk orang yang boleh pakai baju secondhand. (Sebab setengah orang tak suka) Ada je kedai bundle yang jual baju yang masih lawa. Kena pandai cari la. Kalau korang memang bundle expert, korang akan jumpa baju2 branded dari luar negara yang ok dan bila dipakai nampak macam first hand. Aku pun peminat bundle, dan ada satu seluar tu aku beli dengan harga RM10 tapi seluar tu nampak paling cantik plus bergaya nak dibandingkan dengan seluar lain yang aku beli 1st hand.
Rasanya itu je nak kongsi,
sekian.. :)
No comments:
Post a Comment