Aku terjumpa lawak ni kat FB beberapa hari lepas. Aku tak
berape faham sebab aku bukan budak kelas sains tulen, so tak belajar detail benda2
sister chromatids ni. So I don’t get the jokes.
Blur, so aku cari kat wiki. Sister chromosomes ni sebenarnya dua sel yang berpecah, tapi
kedua2nya serupa, ibarat kembar gitu, asalnya sister chromatids ni daripada
homologous chromosomes (chromosomes dari lelaki dan perempuan). Kedua2 sister
chromatids ni membawak gene variasi yang digelar allele (SEBUT: A Leo).
Bila korang tengok baby lahir, mesti kekadang nampak mata
macam ayah tapi hidungnya macam mak. Macam anak abang aku pulak, anak sulung
sebijik ikut abang aku, tapi anak second sebijik muka kakak ipar.. So, allele ni
fungsinya membawak trait2 daripada seorang lelaki dan perempuan.. Macam
gambarajah di bawah contohnya. Disebabkan allele ayah tu dominant (kuat), so
rambut anak dia ikut ayah. Tapi allele warna mata budak tu ikut mak sebab
allelenya lebih dominant.
Korang ingat tak mase form4, form5 dulu belajar matching2
gene yang ade n kecik ngan N besar tu.. pastu bila gabung jadi nn, nN, NN…
*Camnih…ni semua kerja allele la ni.. heheh.. Sumber gambar
semua google ye..
So, ape kaitan semua ni ngan jenaka tadi. Actually, aku rasa
kebanyakan orang melayu yang first time jumpa perkataan ‘allele’ mesti akan
sebut ‘elele’, kan? Haha, ngaku jelah…
Cuba tengok balik jenaka di atas, : “Apa yang sister
chromatid cakap bila chromatid lagi satu merajuk?”
Jawapan dia: Allele (Sebutan dalam melayu: Elele). Selalunya
bila ada orang merajuk, kekadang kita mesti pujuk dengan cakap “Elelele,
merajuk la tu…” Haha.
Apa? Tak faham jenaka ni?
La, janganlah merajuk sebab tak faham..
ELELE…
No comments:
Post a Comment