Kepada warga Ipoh sekalian dan jugak sesape yang nak melancong kat Ipoh ni yang masih takde kenderaan, ha.. aku nak bagitau sikit pasal bas Ipoh Transit. Bas ni acah2 macam RapidKL gitu, fungsi dia pun sama, siap ada kod bas bagai, tapinya bas kat Ipoh ni ade yang sangat dhaif dan tak bubuh pun kod2 ni bagai.. Kalau orang luar nak naik bas jenis macam ni memang kena banyak tanya orang.
Ni bas Perak Transit
So ada 6 daerah yang Ipoh Transit ni lalu, dan stesen pertukaran dia kat Medan/Jalan Kidd. Ala2 LRT Chan Sow Lin pertukaran Ampang-Petaling gitu.. Aha.. Contohnya semalam aku nak pegi PUO(Politeknik Ungku Omar), so aku kena berhenti dekat ngan Taman Cempaka. Oleh kerana aku dari Silibin, so aku kena transit kat Medan Kidd, pastu naik bas lain yang menuju ke Taman Cempaka. Nampak cam susah, kan? Memang susah pun.. Sebab korang yang tak pernah duk Ipoh ni kena beli peta. Haritu aku nampak ada orang cina beli peta lepas tu masih pening lalat lagi.
Nombor kod bas, kalau tak nampak tu sila kelik gambar ni. Kalau tak nampak gak pi pinjam mikroskop kat makmal sains negara.
Lagi satu tempat yang banyak bas Ipoh Transit lalu, kat Terminal Amanjaya, sebab tempat ni tempat beli tiket bas antarabandar. Dulu stesen utama bas kat Medan Kidd, pastu tukar kat Medan Gopeng, pastu Amanjaya, pasni aku taktau la ko kena pindah kat mane plak wahai stesen bas. Medan Kidd tu survive sebab kawasan dia kat tengah Ipoh, antara Ipoh Timur dan Ipoh Barat, dan jugak tempat beli tiket untuk pegi tempat lain dalam perak(Eh, paham tak yang ni? Maksudnya kalo nak pegi tempat lain selain Ipoh, tapi masih dalam Perak jugak, haha). Medan Gopeng plak memang bungkus dah semuanya.
Walaumacammanapun, masih lagi ade tempat yang tak dilalui bas, macam kawasan aku tinggal..Dulu ade 2 bas masuk sini, kalau aku nak balik kampung senang je naik dari kawasan rumah, pastu straight pi stesen bas utama. Tapi makin maju Ipoh ni, makin mundur pulak stesen bas ... Oh ye, semua orang nak beli kereta sendiri kot...
Er, ehem..
sekian,
Post ni edited sebenarnye, so idea asal yang dolu2 hilang mana ntah.
tak tahu pun ada bas ni... dah lama tak naik bas... hehe.. tq great info
ReplyDelete:) sama2
Delete