Dah lama tak share apa2.. pasal braces tu pun belum tulis lagi.
Tapi malam ni nak kongsi cerita ala2 movie.
Movie ni wujud dalam mimpi aku.
Silakan baca kalau tak keberatan.
18022016
Tajuk movie : THE CROCODILE
-Dalam mimpi ni, aku Cuma camerawoman.
-Pelakon: Semua mat & minah saleh. Tak tahu negara mana,
sebab accent English dia lain macam.. Maybe European. Ni nama2 dorang aku main
bagi je mengikut kesesuaian & perangai watak sebab dalam mimpi tu aku pun
taktau name dorang.
CARLO- Lelaki buaya darat.
GEENA- Perempuan yang travel bersama rakannya ke negara baru
NATALIE- Isteri kedua Carlo
BRIGGS- Anak lelaki sulung Carlo
CHARLIE-Anak lelaki bongsu Carlo
TINA- Kawan Geena
ELLE-Isteri Carlo yang tua.
YANG LAIN MALAS NAK BAGI NAMA SEBAB TAK PENTING.
-Setting masa: Taktau zaman bila. Macam zaman pemerintahan
Babylon tapi rumah & fesyen orang ramai gaya moden. Sebab zaman ni macam
belum ramai manusia menghuni sesebuah
tempat. Masih dalam kelompok kecil.
-Setting tempat : Macam negara arab tapi banyak kelapa sawit
& pokok kelapa. Kawasan perumahan kat situ agak mewah, bcoz setiap rumah
mempunyai kawasan lapang yang sangat luas, so jarak Antara sebuah rumah ngan
rumah lain adalah jauh. Ade sungai Nil dalam citer ni tapi dorang penduduk
tempatan semua speaking English dalam slang selain british/American.
-Ulasan awal: Citer ni berkenaan lelaki yang buaya darat dan
ada kaitan dengan buaya betul jugak. Ada misteri2 sikit dalam citer ni.
Unsolvent mystery.
BABAK 1
Cerita dia bermula mcm ni, ada 2 orang minah saleh nama
Geena dan Tina. Dorang baru merantau ke negara baru. Mase memule dorang sampai,
ada semacam perarakan orang bercouple beramai2 tengah jalan.
Orang2 kat negara tu sambut Geena dan Tina dgn ramah sekali. Lepas tu ada sorang ni bagi tisu kat Geena. Geena pun cakap, “Semoga aku dapat luck (nasib) yang baik.”dan tiup kat tisu tu. Lepas tu dia pi tekan loceng rumah orang. Tina marah Geena sebab sesuka hati je tekan loceng rumah orang sembarangan, tapi Geena kate takpe. Dia harap dapat good luck (nasib yang baik) bila tekan loceng rumah orang tu guna tisu tadi.
Lebih kurang mcm ni la struktur tempat tu, sambil tu manusia bersusun-susun tepi jalan. Cuaca agak mendung-medung + vintage.
Orang2 kat negara tu sambut Geena dan Tina dgn ramah sekali. Lepas tu ada sorang ni bagi tisu kat Geena. Geena pun cakap, “Semoga aku dapat luck (nasib) yang baik.”dan tiup kat tisu tu. Lepas tu dia pi tekan loceng rumah orang. Tina marah Geena sebab sesuka hati je tekan loceng rumah orang sembarangan, tapi Geena kate takpe. Dia harap dapat good luck (nasib yang baik) bila tekan loceng rumah orang tu guna tisu tadi.
Macam ni la lebih kurang rupa rumah mak Carlo. Well, ni rumah orang yang terletak antara sempadan Netherlands-Belgium.
Tetibe kuar sorang mamat saleh ni , dia bukak pintu. (Bagi
aku tak encem tapi bagi Geena encem sangat. Muka cam artis omputeh . Aku bagi
nama laki ni Carlo. Carlo yg baru bangun
tidur tu pelik la sebab dia tak kenal pompuan 2 orang kat luar rumah tu. Tapi
Carlo jemput jugak dorang masuk dan sembang2 sikit2. Emak Carlo ade dlm rumah
tu (sebab ni rumah mak dia), bebel2 ape ntah kat Carlo. Carlo terus marah dan
keluar rumah.
*Carlo dan Geena berkenalan selepas peristiwa tu dan mula
rapat.
BABAK 2
Carlo ni dah kawin sebenarnya dan ada 2 orang anak lelaki,
Briggs (Umur dalam 19-20 camtu la.. suka pakai baju ala2 Justin Bieber gitu.
Tapi kekadang plain je. Sorang lagi Charlie. Charming gitu muka dia, umur dalam
7 tahun. ) Dan seorang isteri bernama Natalie. Natalie ni cantik bagi aku. Macam
muka Natalie Portman yg jadi heroin Star Wars Episod 1-3 tu.
Yang kiri tu Natalie (Natalie Portman), kanan tu plak (Geena)Sunny Leone.
Kiri Briggs (Reed Deeming 2016), tengah Carlo (Zayn malik) tapi dalam movie ni Zayn Malik muka mature, kanan tu Charlie (Reed Deeming masa kanak-kanak).
Mase ni dorang nak sambut besday Natalie. Gembira sangat
suasana ni. Lepas tu Natalie tercari2 benda macam batu bentuk hati warna merah
dalam kek. (Rasenye sebelum tu Carlo dah janji nak bagi batu tu), tapi Natalie
tak jumpa. And them Carlo pun kate nak keluar, nak pergi cari batu bentuk hati
(love) tu. (Natalie tak syak ape2 tapi aku sebagai camerawoman ni pun boleh
agak si Carlo ni lain macam.)
Lepas tu Natalie tunggu la.. dan cek handset Carlo yang
tertinggal tu sebab bosan. Dan terbaca satu mesej ni, macam nak bertemu janji
tapi takde pulak sweet2 dalam mesej tu. Formal dan plain. Sender mesej pun
Natalie tak kenal.
Natalie pun excited nak pegi tempat sperti dlm mesej tu, konon2
nak buat surprise kat Carlo. Sebab dapat jumpa tempat yg dia pegi bertemu janji
tu. (Well, aku dapat rasakan yg Natalie ni Innocent & Naïve)
BABAK 3
Natalie pegi tempat tu sorang. Ada pintu pagar bersilang dan
berkaca. (Susah nak explain, tapi takleh nak upload gambar pulak.. huhu. Kuota
internet dah habis!),
Natalie pun intai dari celah2 pintu kaca tu. (Natalie Nampak comel mase ni sbb ikat rambut twintail macam budak2 dan rambut dia panjang). Kaca tu macam berwap, so Natalie lap wap tu (siap buat bentuk love besar masa lap tu) untuk intai Carlo. Dia terjenguk2 dari pagar kaca tu dan ternampak sebuah rumah macam bentuk resort Hawaii. Rumah tu ade sebijik je kat tengah2, pastu sekeliling tu tanah lapang luas sangat, belakang rumah tu ade banyak pokok kelapa, kelapa sawit dan gunung ganang. Natalie tersenyum tengok sume tu.
Dalam mimpi aku tu pagar rumah dia macam ni, sepatutnya cermin ni letak kat tingkap tapi jadi pagar.
Natalie pun intai dari celah2 pintu kaca tu. (Natalie Nampak comel mase ni sbb ikat rambut twintail macam budak2 dan rambut dia panjang). Kaca tu macam berwap, so Natalie lap wap tu (siap buat bentuk love besar masa lap tu) untuk intai Carlo. Dia terjenguk2 dari pagar kaca tu dan ternampak sebuah rumah macam bentuk resort Hawaii. Rumah tu ade sebijik je kat tengah2, pastu sekeliling tu tanah lapang luas sangat, belakang rumah tu ade banyak pokok kelapa, kelapa sawit dan gunung ganang. Natalie tersenyum tengok sume tu.
Tetibe dia jadi muram sebab ternampak sorang pompuan tua,
tapi bukan mak Carlo.
Gabungkan ketiga2 elemen dalam gambar ni then korang akan dapat hasil gambaran rumah dalam mimpi aku.
BABAK 4
Elle, seorang perempuan tua (dah beruban2 banyak satu
kepala, umur dalam 60-an) rupanya dia isteri pertama Carlo ; nangis2 sebab
Carlo nak ceraikan dia. Elle memang tinggal kat rumah tu. Dia gaduh2 ngan Carlo
sebab Carlo nak ceraikan dia time tu gak. Elle merayu2 lagi supaya tak
diceraikan.
Carlo bengang and then terus halau Elle. Menangis2 perempuan
tua tu kena halau.
Elle, starring by Judi Dench.
Tak lama lepas tu Carlo bawak Geena tinggal kat rumah tu.
Dia renovate rumah tu, siap buat sungai dalam rumah, ade gelongsor macam kat
Sunway Lagoon. Sumber air pulak dapat dari Sungai Nil. Dalam sungai tu pulak
ade bunga2 dan lilin terapung (Bajet cam spa kunun!). Rumah dorang yang
berdinding kayu antik bercat koko gelap tu menyebabkan suasana dalam rumah
nampak kemerah2an . Ish, tak reti aku nak explain. Huhu. kalau bukak pintu rumah terus ada sungai dan
kena naik sampan sampai tangga, lepas tu baru boleh naik ke ruang tamu rumah.
Kaya giler kot.
Masa pun berlalu..
Gambaran sungai dalam rumah. Gambar ketiga yang macam Sunway lagoon tu kat Bali.
Tangga di rumah Carlo. Yang beza cuma rumah Carlo berdinding kayu palet berwarna dark koko.
Taktau la ape jadi kat Natalie buat masa ni. Tapi Natalie
belum tau tentang Geena.
BABAK 5
Satu hari, masa Carlo dan Geena tengah mandi manda dalam
sungai, tetibe ada sekor buaya tak tau datang dari mana. Dia nak baham Carlo,
dan Carlo yang agak sado la jugak tu berlawan ngan buaye tu. Siap gusti2 la..
Aku sebagai camerawoman ni pun takut and lari kejap. And them dan dan tu Elle
datang, dan entah camne buaya tu datang kat Elle dan terkam dia. Maka matilah
Elle di situ. Badan dia ada bintat2, macam kena virus gigitan buaya. (Carlo
memang saje nak biar Elle mati, so dia tak tolong pun Elle mase dia kena baham)
Lepas tu buaya tu still ada dalam rumah tu. Aku pun tak
paham camne dorang boleh gak survive dalam rumah tu. Dah la Geena tu kekadang
tinggal sorang sebab Carlo pi kerja. Tapi yg penting aku tak pernah naik sampan
dalam rumah dorang tu. Aku Cuma tunggu luar pintu dan kekadang buaya nak terkam
aku tapi tak dapat. Oh ya! Buaya tu warna merah2 koko. Pelik warna dia.
Hari demi hari dorang makin takut sebab buaya tu asyik
menyerang. Dah try halau tapi tetap degil. Kadang2 tengah naik sampan pun kena
serang.
BABAK 6
Satu hari macam biasa, Carlo pi kerja dan Geena tinggal
sorang. Buaya tu pulak tetibe serang Geena sampai keluar-luar rumah atas pasir.
(Sebelum ni serang dalam air je). Dia dapat gigit sikit kaki Geena, lepas tu
aku tak ingat Geena buat ape ntah, tapi buaya tu marah sangat. Geena lari ke
hutan dan buaya tu kejar. (Mase ni merepek sangat dah mimpi aku ni)
Macam ni rupa gunung ganang hutan tu.. Cuba tengok gambar first kucing atas pokok, mcm tu la aku atas pokok mase shoot Geena.
Geena siap buat bungee, panjat pokok dan gunung macam
spiderman dan buaya tu tetap kejar dan boleh panjat2 macam Geena jugak. Takut
aku, sebab mase tu aku ingat agi aku dok sebelah Geena atas pokok kelapa di
atas gunung & nampak buaya tu pegang tali ala-ala spiderman nak approach
kitorang. Huhu. Tetiba Mase tu Carlo baru balik kerja dan ternampak adegan
kejar mengejar tu, dia pun apa lagi.. geram lalu dia serang buaya tu sampai
buaya tu sakit dan tukar kaler jadi hijau. Lepas buaya tu jadi hijau mcm warna
durian belanda, dorang terus kemas2 nak pindah dari rumah tu dan bersiap sedia
untuk sebarang kemungkinan yang berlaku.
*Geena &Carlo tak berkahwin, tapi Cuma bersekedudukan.
Dan Natalie tak tau benda ni.
BABAK 7
Aku taktau Geena pi mana, mungkin menyorok di mana-mana,
tapi Carlo balik semula kat rumah Natalie. Natalie taktahu apa2, Cuma Carlo
suruh hati-hati.
Ntah camne, Carlo dapat merasakan yang buaya nak datang
menyerang, dia pun suruh semua family member dia tu (Natalie, Briggs & Charlie) siap2 untuk ikut dia lari. Dorang lari kat satu bangunan tinggi ni..
(Bangunan tu kesuluruhannya dibuat dari mozek warna kelabu berkilat), bangunan
ni takde pintu dan tingkap, Cuma dia banyak laluan. (Again, susah nak explain
macammana). Sekeliling bangunan tu ade hutan banat dan sungai. Macam Bandar
dalam hutan tapi bukan.
Dorang satu keluarga Nampak buaya tu datang berenang2 dari
sungai tu. Dorang dah takut dah dan buaya tu bagitau nak bunuh Carlo dan anak
lelaki dia, Charlie sebab nak balas dendam. Dorang satu family ape lagi,
mestila risau especially Natalie.
Mase ni adegan kejar mengejar berlaku. Natalie dan Briggs
lari sesame, while Carlo bawak Charlie lari bersama. Natalie pun kena ancam
jugak dengan buaya tu. Lepas tu ade satu part dalam bangunan ni…. Nak turun
bawah takde tangga tapi kena menggelungsur kat mozek tu. Disebabkan aku
camerawoman dan nak merakam aksi Natalie & Briggs menggelungsur, so aku pun
kena join sekali menggelungsur.
Si buaya tu pulak time tu tengah ade kat tingkat atas. So,
Carlo plan nak kumpul semua family dia kat tingkat bawah. Lepas dah selamat
turun bawah, diorang pergi kat part lif (Ade 2 lif kat situ). (Sebab ade lagi
tingkat bawah>bawah>bawah) Aku tak paham bangunan tu camne pembinaannya
tapi sangat pelik. Mase tu Natalie, Charlie dan Briggs duduk sebaris. Dorang
membelakangkan lif sebab takut buaya datang. Tetibe pintu lif terbukak dan
Charlie (Dia duduk tengah) masuk dalam lif dan pintu lif terus tertutup. (Ni
dah masuk part unsolvent mystery), Yang lain dah pelik dah. Natalie lagi cuak.
Dia pun cakap,”Takde apa2 mungkin Charlie cuma tersilap kot”, tapi sebenarnya
dia risau giler. Carlo pulak berdiri depan satu lagi lif. Tetibe pintu lif
belakang dia tu terbukak dan dia macam kena tarik masuk pastu pintu lif
tertutup sendiri.
Natalie & Briggs terus nangis2 kat situ. Sebab dorang dah tau ni mesti kerja buaya.
And then tetibe je kitorang ade dalam kereta mcm caravan, dan
keta berhenti tepi jalan. Natalie dan Briggs turun dari kereta. Natalie nampak
suami dia tengah gaduh2 dengan Elle dan beberapa orang lagi berjalan melintasi
dia kat tepi jalan. Natalie cuba pegang suami dia tapi tembus. Tu Cuma roh
saja. Natalie nangis lagi dan nampak van mayat besar (macam bas sekolah) warna
hijau tepi jalan. Dia nak masuk dalam untuk tangkap gambar tapi polis tak bagi.
Briggs tunjuk kat Natalie ada perkataan tepi van tu tulis tak boleh tangkap
gambar.
Besar macam bas mini van dia, cuma tempat duduk belakang takdak tingkap & takde cermin belakang.
Jalan raya di mana kitorang bertembung dengan roh-roh. Fuh, seram.
Mayat2 tu semua mati dalam keadaan yang sangat tragis sebab
tu tak boleh tengok mayat dorang. Taktau camne dorang mati. Yang Geena tu aku
rase mati gak tak silap aku. Tapi taktau bile kena serang. Tinggal la Natalie
dan Briggs, dorang pi semayangkan mayat tapi guna colok. Pelik gak.
Buaya tu pulak aku tak tau ape jadi kat dia, hidup ke tak
ntah. Kan aku dah bagitau tadi, misteri citer ni takdapat dirungkai.
Lastly, cerita tentang keluarga Natalie masuk paper dan
actor Brad Pitt siap melawat Natalie lagi tu. Pewitt. Mengarut, haha.
Last minit baru nak muncul, orang dah habis berlakon daa... Brad Pitt.
Sekian mimpi aku..
*Gambar semuanya aku google, bukan milik peribadi!
P/s: Sape berminat nak sambung cerita ni sangat2 dialukan.
Adios.
No comments:
Post a Comment