Tuesday, 2 February 2016

SAKIT KE PAKAI BRACES HAH? -PART 1

Assalamualaikum wbt..
Sekarang ni aku dah pakai braces, tapi aku nak citer pengalaman memakai braces. Bila jumpa je member atau jiran2, dorang mesti tanya, "Sakit ke pakai braces?" "Sakit tak pakai braces?" Anak murid aku pun tanya soalan yang sama, cuma cara dorang bertanya tu pelik sikit: "Sakit tak pakai 'tali' tu?" Ok fine, tali pun boleh.Actually tu bukan tali, tapi wayar besi.

16/11/2015
Sepatutnye pegi appointment pertama setelah setahun buat screening gigi. Tapi sebab aku demam acah2 denggi, so tak jadi pegi.

23/11/2015
Excited sangat nak pegi appointment sampai lupa nak daftar kat kaunter pengawal. (Dorang akan bagi kad pelepasan, tapi aku tak amik so bila nak bukak pintu yang guna pengimbas, aku tak dapat bukak). Dentist a.k.a doktor tanya balik soalan yang sama mcm tahun lepas masa screening gigi. Katanya ada satu gigi aku ni warna kelabu mungkin sebab dah mati, so kena buat rawatan akar.
Assistant doktor letak mouth prop kat gusi supaya mulut aku sentiasa terbuka. Pastu doktor amik gambar gigi aku guna kamera DSLR, dari sudut depan, kanan, belakang dan kiri.

Lepas tu assistant doktor pun bancuh benda ape ntah macam askrem keladi (kaler ungu), tapi cara dia bancuh macam bancuh simen. Askrem tu dia letak atas acuan, dan doktor tekap acuan tu kat gigi aku untuk dapatkan bentuk gigi aku, dia biarkan beku sekejap askrem tu pastu dia cabut. 3x buat sebab ade bubble kat celah gigi. Rupanye benda macam askrem tu tepung. Tapi pelik nape warna dia berubah jadi putih lepas keluar dari mulut.

Ha, nampak tak yg dalam tupperware tinggi tu... tepung la tu

Acuan gigi ada macam2 bentuk, boleh jugak guna untuk kuih raya
 
Bincang punya bincang, doktor suruh balik dan cabut 4 batang gigi, supaya ade space dalam mulut aku untuk menarik gigi jongang yg kat depan ngan yg kat tepi-tepi tu ke tempat asal. Doktor suruh buat kat Ipoh sebab nak cabut banyak gigi mana boleh serentak sekaligus semua dicabut.

24/11, 26/11, 1/12, 3/12- Cabut gigi. Gigi atas paling sakit sekali nak dicabut. Ade sekali tu dentist tanya, "Awak nak cabut semua gigi kan?" Aku cakap la nak cabut satu je. Dia balas, "Eh, bukan semua ke?" Hmm... Lepas tu dia tanya tujuan aku nak cabutlah, dan tak tahu nak cabut mane satu. Eh, aku lagi tak tahu taw. Aku cakap kat dia, sila rujuk surat memo dalam fail aku,(minggu sebelum tu dentist lain yg cabutkan gigi). Pastu baru dia "Oooo..." lepas tengok fail tu.

 Doktor cucuk bius dulu kat gusi sebelum cabut gigi.

Pastu guna plier khusus untuk cabut gigi aku

14/12/2015
Hari ni semangat nak pi pakai braces. Tetibe klinik tutup. Aku godek2 handset, cari nombor kawan aku yang penah belajar dentistry dan mintak nombor tepon doktor. Doktor terkezut gak sebab aku dapat nombor dia, tapi aku call dia pun sebab tak dapat memo appointment cancellation je. Lain2 hal aku tak kacau. Pihak klinik pun cakap tak sempat nak buat short notice / advance call sebab Selangor dapat cuti mengejut hari Sabtu tu pasal menang bola.  Selangor cuti bila menang bola, tapi tempias dia kena sampai KL. Huhu. T_T ..

Okeylah, nanti aku sambung part2.

P/s: Part screening tu ade citer lain, nanti aku citer okayy.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment