Assalamualaikum wbt
Macam kebanyakan artikel pasal orang yang berjaya dalam hidup, mereka cakap mereka memulakan bisnes/travel/apa2 kejayaan dengan menabung. Tapi aku, dah makin besar ni macam tak reti je nak menabung. Tabung pun ntah hilang mana.. Bila beli je tabung baru, pecah la, rosak la.. Tapi tu alasan kuno sebenarnya. Bukan aku sorang je dalam dunia ni yang tak reti menabung, ramai lagi yang tak reti.. Termasuk yang baca artikel ni.. sebab kalau dah pandai menabung aku rasa tak perlu nak baca artikel ni. Heheh.
1. Simpan duit semua dalam dompet
Selalunya kalau nak elak belanja lelebih, tinggal la sikit duit kat rumah. Contoh barang keperluan nak beli masa shopping cuma bahan basah dapur, so bawak la dalam RM50. tetiba ternampak baju cantik harga RM90. So, kalau kita bawak RM50 je, tak dapat la nak beli baju yang kita berkenan tadi. So, dah jimat kat situ. Kalau dah terbawak lebih, tu yang tak dapat tahan nafsu tu.
2. Tak simpan baki
Contoh korang beli nasi RM7, bayar guna RM10. Cuba kalau baki RM3 tu simpan dalam tabung khas. So, setiap kali keluar rumah beli barang dan ada baki lebih, sila simpan satu tempat supaya korang tak guna duit tu. Kalau letak balik dalam dompet komfem korang akan guna.
3. Cuci mata
Konon nak cuci mata, tapi bila dah datang shopping complex/ booth yang tawar potongan sampai 50%, sape tak tergoda tambah2 kalau kau seorang perempuan. So, kalau dah tau ade jualan gudang ke, borong ke apa tak payah gatal nak cuci mata kalau tau tak cukup duit. Ni tak, gatal sangat nak pergi last2 konfem terbeli jua. Ni pengalaman aku la ni.
4. Terpengaruh dengan trend semasa
Setengah orang, bila keluar je fesyen, gadjet, produk the latest, konfem diorang nak rembat. Contoh lepas keluar iphone 6s, terus nak tukar iphone 6 yang baru pakai 4 bulan tu kepada Iphone 6s.. Ni kenyataan tau. Kalau yang gegirl, asal keluar fesyen baru, mesti nak beli baju baru. Pantang nampak. Katanya nak ikut trend.. Actually, trend tu sampai bebila pun akan sentiasa berubah. Cer tengok trend nerd, dolu2 ramai yang kutuk fesyen nerd, last2 sekarang ni nerd tu dah jadi trend hipster pulak. Dia pusing2 balik je.. Tak mustahil fesyen tudung makcik2 zaman 80-an akan jadi femes balik. Eh, jap.. Macam takde kaitan ngan point no4 ni. Ah lantak ler. Kiter bakor je. Yang penting kome paham maksud aku. Kalo tak paham2 gak, sila komen di bawah.
5. Pemalas
Malas nak simpan duit, malas nak beli tabung, malas nak basuh balang biskut untuk dibuat tabung.. Kalau dah malas tak payah berangan la nak terbang pi New York. Nak pi Sabah Sarawak pun entahkan dalam mimpi. (Untuk orang Semenanjung).
Ni semua cuma pendapat aku. Pendapat bukannya fakta, so korang boleh je nak sangkal dakwaan aku.
Adios!
No comments:
Post a Comment