Friday, 1 January 2016

PERTAMA KALI MENJEJAK DJOGJA (PART 1)

Assalamualaikum wbt
Cerita ni sebenarnya dari tahun lepas aku berazam nak tulis tapi tak tulis2 pon. Sebab:

1) Malas + internet slow
2) Internet laju + Blog problem
3) Internet laju + Blog dah okay + Malas

So, mood aku nak mengarang untuk post Jogja ni dah down sebab ko bayangkan aku dah siapkan cantik2 post tu tetibe format lari. Dahla makan banyak kuota aku sebab aku upload byk gambar.

Ok abaikan emo2 kat atas tu, aku nak sambung citer Jogja ni..
 Bak kata Om (Pakcik) dari Indonesia ni : "Monggor, monggor.." (Silakan)



25082014
Uni tempat aku belajar mwajibkan student2nya utk buat program lawatan ke luar negara. So bagus gak, boleh aku merasa naik flight. Malam 25/8 tu, kami ramai2 tdo kat surau KLIA. Memang sardinlah kat dalam tu tapi redha jelah, actually nak tdo atas kerusi pun takde hal, tapi mane tau air liur basi keluar ke apa malu je kat orang ramai lalu lalang. At least dalam surau boleh tido mnghadap dinding.

Flight kitorang pukul 9.45 pagi tak silap aku. Sampai sana dalam kol 12 gitu tapi jam tangan aku tunjuk waktu yg berbeza. Ah ha, beza antara Jogja& Malaysia 1 jam. Masa sampai airport tu kelam kabut sebab kena isi borang. Borang tu takleh hilang, kalo hilang kena stay and kawin kat sana. Cewah gurau... benda tu ala2 VISA.. kalau hilang jenuh sikit la nak bersoal jawab ngan pihak kastam. Airport dia kecik je, sesak lak tu,


Pastu kitorang naik bas Pariwisata & terus gi makan kat restoran. Dorang jamu air teh. Memang kat sini pi mana2 mesti orang hidang teh 'o' ni.. Rasa dia pelik sikit & aku hanya minum masa hari pertama je. Air teh 'o' dorang ni boleh disamakan dengan air sirap kat Malaysia. Lauk pauk dia dari segi fizikal tak berapa jauh beza dengan Malaysia punya cuma rasa yang berbeza. Lagi satu, dorang suka hidang ulam, bagus betul. Tapi aku tak pernah makan.

Air Teh 'o' pelik

Lepas makan terus pegi UAD (Universitas Ahmad Dahlan), dan terus solat asar kat situ. Asar masuk awal, area kol 3 lebih. Leceh sikit kalau orang perempuan nak solat sebab takde penghadang tinggi antara tempat solat lelaki dan wanita. Nak tanggal tudung payah. So takleh nak relax2 baring dalam surau.


Takde penghadang kat surau dia, kat mana2 surau pun macam susah sikit nak terlindung

Ade taklimat sikit lepas tu.. & Kitorang dapat nasi, dorang bungkus dalam kotak ala2 dunkin donuts tapi ada lapik dalam tu.


Pukul 6 dekat2 kul 7 macam tu baru check in hotel- Quin Colombo. Bagi orang yang jarang tdo kat hotel macam aku memang rase seronok dapat tido, rase cam malas je nak bangun pi jalan2.

Hijau weh, feveret!
Pemandangan dari tingkap hotel
Malam- Makan kat Restoran Grafika. Pelik gak makanan dia- nasi putih, ikan salut tepung ayam, ayam balut telur, keropok ikan dan sup sayur. Sup sayur dia tu macam sup yang aku selalu masak kat rumah, tapi rasa dia pelik.
Tu yg macam swissroll tu ikan salut tepung.

26082014
2nd day
Pagi- sarapan kat hotel. Aku makan cereal je, bajet taknak sakit perut. Konon. Kawan2 aku yang lain sume makan nasik goreng, bihun.. Tetibe aku rase lapar pulak ni. Menyesal tak makan nasik goreng kat hotel tu dulu.

Gudeg

Oh nak citer pasal telco & simkad kat sini. Aku tak faham kenapa bila orang dari negara luar mesej masuk kita kat sini, kredit kita kena potong gak. So, aku tanya mak aku, kredit dia kena potong tak bila aku mesej dia. Dia cakap takde pulak. Kesimpulannya, ramai kawan2 aku beli simkad untuk dapat caj buat panggilan, mesej dan internet murah. Aku tak beli, malas & takde kepentingan. By the way sebelum pegi Jogja aku dah topup full tank.

Bukan perasaan simpati, tapi simkad ni nama dia PATI.

Hari ni kitorang melawat UIN (Universitas Islam Negeri Sunan Kalijaga). Antara syarat nak masuk sini kena belajar bahasa Indon. Mau nggak? Heheh. UIN ni lebih kurang macam USIM gak, sebab rata2 mahasiswa tak speaking. Kalau kat IIUM ramai yang speaking. Course yang ditawarkan gak berkonsepkan agama, macam Usuluddin, muamalat..etc.. Kitorang kena pi mendengar taklimat dari dosen2 (pensyarah) kat situ & melawat library dia. UIN ni nampak lagi besar dari UAD, tapi lagi kecik dari USIM,& USIM lagi kecik dari IIUM, nampak tak perbezaan skala kat situ? Haha.

Ni logo UIN
 Bahagian Admin
Library UIN
12a.m- semua lapar & kitorang makan kat restoran Nu'mani. Dorang kata ada udang galah, tapi aku tak makan. Sebab tadi masa kat UIN dah dapat 2 kotak makanan, tak larat dah nak sumbat. Lecturer pengiring kitorang kata rezeki jangan ditolak. That's so right tapi kalau tak tolak nanti kita yang ditolak2 ke tandas. (Faham tak?)
KItorang dah habiskan, sorry tau.. datang besok ada la yang baru punye..
Suka tengok tiang kat restoran ni, sebab warna hijau
Petang tu dalam waktu Asar kitorang sampai kat Pesantren Al-Munawwir kat Krapyak. Pesantren n diasaskan oleh Kiai Munawwir Abdul Fattah, pada tahun 1911. Pengkhususan bidang Al-Quran dan Qiraat.
Both lelaki dan perempuan boleh mendaftar kat sini tapi yang sambut kitorang petang tu pelajar lelaki je.

Besar bangunan dia 
Malam tu, masa nak pegi Restoran Paradise untuk dinner,.. ade orang babai2 dari tingkap bas lain kat kawan aku. Kitorang sume cepat2 tutup tingkap sebab dia nak tangkap gambar. Lepas tu bila bas lalu kat stesen minyak, kitorang mesti menepeng tepi tingkap. Sebab tak penah lagi tengok orang beratur panjang nak beli minyak sampai full stesen tu. Macam sardin la jugak.
Macam tengah tengok wayang
Susah nak jumpa kucing kat sini.. Setakat ni, yg ni paling comel.

BERSAMBUNG PART 2





No comments:

Post a Comment