27082015.
Hari ketiga. Plan bertukar. Pasal dalam
tentative sepatutnya pergi panti asuhan Islam dulu, tapi cemane ntah boleh jadi
lain. Ah~ tak kisah, yang penting kita jalan je. Pagi tu pegi Gunung Merapi. Bila nak
dekat2 dengan gunung tu berdebu kuat, ramai yang beli masker. Masa nak meninjau ke kaki gunung , kitorang kena naik
4-wheel-truck pasal perjalanan jauh, pemandu pelancong bagitau kalau nak jalan kaki boleh je, tapi belum tentu besok boleh sampai. Ahaha. Yang budak laki ade yang cadang konon nak naik motocross la, at last naik jeep gak semuanya. Dan jalan dia pun berliku dan sangat berdebu. Mula2 kitorang pegi muzium merapi. Meneroka sisa2
barang yang hancur bahana api dari merapi. Motor Suzuki pun ada.
Suzuki spin pakej lengkap. sape ntah bubuh tengkorak lembu
Lepas tu kitorang
menawan puncak gunung merapi. Geram betul tetiba kamera dslr aku habis
bateri. Precious moment kot kat atas gunung ni… Nasib baik Sony
Ericsson ada lagi bateri. Lagi satu…
ruginya aku tak beli topi dan baju jeep Merapi kat sini. Ingatkan ade jual kat pasar Malioboro, tapi.. hmmph
Nyesal tak beli!
Ada kawan aku beli bunga gunung merapi. Doesn’t know where
it come from but hey, it is beautiful! Macam kubis bunga gitu.
Oh ye, taktahu bila si paparazzi menangkap gambar kitorang sume.
Sebaik saje nak naik bas, dia letak gambar2 kitorang atas tanah, suruh kitorang beli.
Hoho, pandai dia cari duit.
Harini lunch di Je Jamuran; restoran cendawan. Semua makanan
berasaskan cendawan. Cendawan goreng, cendawan masak merah, sup cendawan.. nasib
dalam air minuman dia tak buh cendawan.
Pastu masa nak solat, terkezut sebab tandas bercampur.. Kongsi2 lelaki
dan perempuan.
Petang- kami rushing ke 2 Panti Asuhan-Panti Asuhan Yatim Putri Islam & Panti Asuhan Islam
Yayasan Ibadah bunda. Lebih kurang macam asrama
untuk anak yatim, tapi tak kesemuanya anak yatim. Ada yang kurang berkemampuan,
so diorang daftar jugak kat sini.
Sesi ramah mesra di Panti Asuhan Yatim Putri
Ah, air teh yg same..
Pemandangan di rooftop
Menuju ke Panti Asuhan Yayasan Ibadah Bunda
Sesi ramah mesra. Nampak tak air teh tu?
Malam- ke kotagede, kota silver. Tak pernah pakai subang,
tapi bila tengok kawan beli, aku pun jadi terbeli sekali. Sampai sekarang tak pakai2.
Harga pulak ribu riban. Tapi memang semua benda harga mencecah ribuan, sebab RM1 = Ribu Rupiah
3142.
Di Kotagede
28082015.
Kunjungan ke Taman Sari dan Sunobodoyo di Kraton. Kedua2 nya
tempat bersejarah. Ke mana tukang bagi penerangan tu bawak kitorang
sambil bagi penerangan, ke situ kitorang jalan sama. Aku pun jalan tapi tak dengar
penerangan, sibuk menangkap gambar orang lain. Sampai ade mamat ngan minah
saleh ni ingat aku nak culik anak dia. Ceh, aku cuma nak bergambar je. Bagi aku apa
yang menarik kat sini ada tulisan Sanskrit kat bangunan2 & bumbung dewan
yang meriah ibarat istana kayangan.
Taman Sari
Pokcik ni istiqamah betoii
Pokcik yg same rupenye, aku jumpa mula2 mase di kedai cenderamata. Memang betullah dia istiqamah.. duduk tak bangun2 bila ada orang tengok dia.
Pintu masuk Sunobodoyo
Macam semalam, ada paparazzi curi tangkap gambar kitorang dan jual
semula kat kitorang. Mungkin teknik ni boleh dicuba kalau balik Malaysia? Jangan
ada netizen viralkan pulak kat FB lepas tu.
Ni semua muka kitorang. Aku blurkan sebab ni memang betul2 gambar candid, bukan acah2 candid.
Nampak tak betapa 'happy'nye muka abang tu bila kitorang semua beli gambar2 tu.. Actually gambar tu dorang akan buang je kalo takde orang beli, tapi kitorang takut ade orang kutip dari tong sampah. Huhu.
Petang- Bershopping kat Pasar Beringharjo dan Malioboro. 4
jam setengah je shopping. Memang tak sempat. Malam tu aku try pakai baju tshirt yang aku beli tadi. Ade baju yang muat2 ngan badan aku padahal tadi dah pilih saiz besar sebab nak bagi kat ayah. Oh ye kawan2, tshirt kat sini, diukur berdasarkan
kelebaran. Contoh kalau saiz s dan m, apa yang membezakan dua saiz ni ialah
lebar baju, tapi panjang tetap sama. Dan kebanyakan baju tshirt saiz s atau m,
bila dipakai jadi singkat.
Malioboro
Tengkorak di Malioboro
Selipar feveret
29052015.
Pagi, ke YAKETUNIS (Yayasan Kesejahteraan
Tunanetra
Islam) - sekolah untuk orang cacat penglihatan. Memandangkan kitorang
memang ada belajar subjek braille kat universiti, maka lawatan ke sini
memang tepat. Masa mula2 datang kitorang disajikan dengan lagu ‘Terima
Kasih
Cinta’ tapi bukan Afghan yang nyanyi, sorang pelajar perempuan kat situ
yang
nyanyi. Suara dia merdu gila sampai ada kawan aku cakap, “Next song”,
dan ada
jugak yang nak buat request lagu. Err, ehem.
Mesin cetak Quran braille
Pastu kitorang dibawak melawat kawasan sekolah tu, dan jugak pejabat
tempat mencetak buku. Mesin ‘braillo’ digunakan sebagai pencetak. Lepas tu kami
bermesra2an dengan para pelajar kat situ. Ada yang malu2 meow.
Lepas balik dari Yaketunis,kitorang diberi 2 jam untuk shopping kat bumi Jogja sebelum pulang ke tanah tercinta. Nak
beli semua cenderamata kat Jogja ni, hahaha. Kata timbalan pengarah program,
jangan sampai beg beranak pulak.. takut tak muat nak sumbat masa nak naik
kargo. Walaaumacammanapun, beg aku beranak jugak.. Bukan aku je, orang lain pun sama..
sebab apa yang dicari semalam baru di’treasure’ hari ni. So, sampai kena beli
beg baru pulak. Tapi aku sedih sebab beg batik yang aku jumpa semalam dah takde
harini. I wonder who’s buy?
Dapat jumpa balik kuda semalam ni..
Oh ye, lupa pulak.. Kitorang pegi shopping makanan dulu sebelum tu, tapi aku beli 1 jenis kerepek je yang mak aku suh beli. Nyesal tak beli kuih bakpia patok, huhuhuhu
Pukul 3 lebih bertolak ke airport, sambil tu makan dalam
bas. Tengah jalan tu ada pemain muzik jalanan datang tepi bas kitorang mase stop
kat traffic light, dia pegang tabung sambil buat ‘peace’, macam nak suruh orang tangkap gambar dia. Eheh.
Masa nak check in bagasi kat airport, kelam kabut sikit.
Lepas timbang2 bagasi semuanya tengok2 banyak kekosongan. Sampai ade yang
menyesal sebab tak beli mini replika kereta kuda yang ada sorang pakcik tepi
jalan ni jual tadi. Aku pulak merayau pi cari magnet peti ais Jogja. Jumpa, tapi
mahal. Belasah jela, magnetnya simple je tapi harga cecah RM9. Beli jugak sebab
kat pasar Malioboro memang tak jumpa langsung benda ni.
5.15, flight to KeyEl.
Dalam flight, aku dan kawan2 aku cek baki duit. Bila tengok ada banyak
lebih, kitorang pun borong barang AirAsia dan belasah makanan mahal2 atas flight.
Ade yang melantak maggi, ada jugak yang beli brownies, lepas tu kawan sebelah
dia deret tu semua nak beli brownies jugak. Sampaikan dalam deret tu ada sorang yang taknak beli, tapi
pramugara tu tanya, “Awak nak jugak beli?”Dia geleng. "Eh, tak.."
Semua mahal2, 2x ganda harga makanan atas darat
Brownies: RM5 satu bar
Motif? Haha
Tired. Clumsy. Yet it worth.
Till then we met, Jogja. Sampai Jumpa. Jogja Keren.
Thanks to parents, lecturer pengiring, pemandu
pelancong, Pak Fadhil dan kakak manager. Friends too. May Allah bless ya’. All
of you.
0451PM//20151121//MLYSIA
No comments:
Post a Comment