Wednesday 16 March 2016

BUAT DUIT DALAM DOLLAR DI FIVERR

Assalamualaikum wbt.

Ekonomi yang tengah meleset sekarang ni menyebabkan banyak graduan menganggur. Tahukah anda kebanyakan anak-anak orang cina yang baru tamat belajar mengambil peluang bekerja di oversea? Kenapa? Antara satu sebabnya adalah nilai matawang asing yang tinggi.

Tapi anda jangan risau, walaupun tak dapat pegi oversea main salji, anda tetap boleh cari kerja atas talian dan mendapat gaji dalam bentuk $Dollar. Sorang sepupu aku ni duduk kat rumah je, tapi kerja dengan Google kat US. Kena pandai cari kerja atas talian ni baru berbaloi.

FIVERR?
Amenda Fiverr tu? Bebudak Form 5 ke?

Fiverr ialah sebuah laman web yang menawarkan peluang pekerjaan merangkap servis kepada pengguna komputer/internet.


                             Antara servis yang meletop kebabom di Fiverr.

Jangan ingat servis yang ditawarkan seperti translating, resume, data entry, etc benda seumpama itu je yang ada, kalau anda nak tolong orang reka lagu, reka baju, buat buku, lukis pelan rumah, semua boleh.. Kiranya kalau cita2 nak jadi fashion designer tak tercapai di alam realiti, anda boleh jadi fashion designer di alam maya. Caranya? Tawarkan servis melukis fesyen baju. Tawar la mahal-mahal sikit, $15 dollar ke kan.

Pelbagai kategori ditawarkan.
Contohnya mamat ni buat servis memasukkan melodi dalam lirik lagu. (Tak pasti samada dia yang nyanyi atau orang lain, tapi tugas dia menggubah lagu. So sesapa yang jiwang-jiwang dan rajin tulis lirik tapi tak tau nak masukkan melodi, boleh cuba guna servis dia ni)

Ni kategori Pelik. Memang pelik-pelik, kreatif dan yang tepahape pun ada. Contohnye "I will write message in beach sand at sunrise" tu. Kalau ikutkan semua orang boleh buat, menulis atas pasir. Gamaknye dia tulis siap berkaligrafi kot.

DAFTAR FIVERR
Senang je, klik kat butang join, masukkan email, password ape sume lepas tu klik join.
Tunggu dorang bagi activation link (cek di email), lepas tu boleh la nak tawar / beli servis online). Yang pastinya free je nak daftar.

Sebelum daftar Fiverr ni eloklah kau orang daftar PayPal dulu untuk mudahkan transaksi aliran masuk duit. Kalau tak camne orang nak bayar.

Fiverr ni antara servis yang boleh dipercayai. Cubalah try cari peluang kerja kat sini.  

*Hah, yang malas sangat nak buat assigment tu, boleh try cari servis siapkan assignment. Kot kot la ada. Servis ditawarkan serendah $5, lebih kurang RM20 gitu. Murah je kan berbanding nak perah otak 30 hari 30 malam buat assignment tapi tak siap-siap. (Tak bagus cadangan aku ni, jangan buat)

Untuk info yang lebih -->
http://www.buatduitusd.com/blog/tag/buat-duit-dengan-fiverr/
(Nak belajar buat PayPal boleh cari jugak di sini)

No comments:

Post a Comment