Sunday 13 March 2016

MELIHAT AUDIENCEs DI FACEBOOK UNTUK MENCARI CUSTOMERs

Assalamualaikum wbt.
Ada sesiapa kat sini minat buat bisnes online?

Tujuan aku tulis blog hari ni bukan nak carik agen jual barang ke apa, cuma nak kongsi cara bagaimana men'stalk' kawan-kawan kita di facebook tanpa membuka akaun mereka.

Stalk di sini bertujuan untuk memudahkan orang yang buat bisnes online mencari target customer. Seperti yang kita dah belajar dalam bab 'marketing' di universiti, ade 5 kaedah memasarkan produk iaitu (Product, place, promotion, price and profit).

Sebagai contoh, Encik Azam belajar di Scotland, sambil tu beliau mencipta baju sejuk tahan lasak berkualiti tinggi. Untuk memasarkan produk beliau, beliau meletak target pada kawan-kawannya yang tinggal di Scotland dan negara sekitarnya. Beliau tidak memasarkan produk itu di Malaysia walaupun beliau asal orang Malaysia. Kenapa? Mestilah, sebab Malaysia mana ada salji. Tambah-tambah sekarang ni El Nino, panasss.

Contoh kedua, Puan Latipah mempunyai butik yang menjual tudung dan pakaian wanita. Butik beliau kurang disinggah oleh golongan berusia dan kanak-kanak kerana fesyen yang dijual di situ kebanyakannya ranggi-ranggi bersesuaian dengan golongan remaja, wanita dewasa dan pertengahan. Manakala pelanggan lelaki juga jarang2 singgah di situ kerana butik beliau tidak menjual pakaian lelaki.

Jadi, apa kaitan cerita panjang siap contoh kat atas ni dengan audience facebook? Ya, saya bagi contoh lagi anda menjual produk susu kambing. Target anda ialah wanita yang sudah berkahwin. Bagaimanakah anda nak mengetahui berapa ramai rakan facebook anda yang dah kahwin? Kalau anda tahu, baguslah, tapi yang kahwin senyap-senyap tu, tak tahu kan?

Facebook Audience Insight boleh tolong anda mencari target customer melalui data-data yang dikumpul. Anda boleh asingkan audience anda mengikut kategori umur, jantina, minat, hubungan, tempat tinggal dan lain-lain.

Langkah-langkahnya:
1. Cari di Google/ mana2 search engine: taip je FB Audience insight

2. Muka hadapan Facebok insight, sila scroll sikit dan klik kat link

3. Pilih nak yang mana satu

4. Sila pilih tempat tinggal, jantina, umur, minat, etc.... untuk siasat bakal customer anda
Contoh dalam ni, aku cari audience yang minat fesyen Sugarscarf, hanya 5% lelaki yang minat dan selebihnya mestilah wanita. sebanyak 40% wanita berumur lingkungan 18-24 yang minat SugarScarf, 60% lagi wanita berumur 25-33. (Korang boleh bubuh target umur sampai berapa-berapa pun, yang ni saje test).

53% daripada jumlah audience yang minat Sugarscarf sudah berkahwin, 29% masih bujang (tak sangka yang kahwin lagi ramai, ni kawin tipu-tipu ke apa), yang selebihnya hubungan masih complicated.

71% yang minat Sugarscarf ialah pelajar kolej, so sesuai sangat kalau nak bukak booth di kolej2. Time kat kolej ni la pembaziran sering berlaku. Trust me. Biar papa asal kedana bergaya.
27% peminat Sugarscarf ialah mereka yang kerja di bahagian admin. Pekerja Gomen pulak hanya 11%. (Kalau ada unemployed lagi bagus. Nak jugak tahu unemployed suka fesyen macam mana.)

5. Lagi satu boleh search di Google Trend untuk nak tau bile sesuatu produk tu sedang hot.
Cuba tengok contoh Qu Puteh ni.. Ada masa dia hot sebab Dato Vida taja program.. Lepas tu sepi.. Lepas tu hot balik. 

Untuk link mudah ke FB audience insight-->

facebook.com/ads/audience_insights/


Ada sebarang kritikan/cadangan/soalan boleh komen di bawah.

No comments:

Post a Comment