Tuesday 15 March 2016

BUAT EBOOK CARA MUDAH DI "KLIKJER"

Assalamualaikum wbt.

Anda suka menulis? Tapi tak tahu nak cari penerbit mana untuk terbitkan? Anda taknak keluarkan kos?

Jadi anda boleh cuba menghantar karya anda di Klikjer

APA ITU KLIKJER?
"Klikjer" merupakan sebuah laman web yang menerbit serta menjual ebook kepada pengguna. Ebook tidak perlu cetak buku so tiada aktiviti cetakan berlangsung.
Langkah pertama, pilih samada mahu jadi penulis atau affiliate. Kalau anda jadi penulis, lebih baik join dua-dua sebab affiliate ni salah satu langkah promosi buku anda.

Affiliate- affiliate ni salah satu bisnes online juga. Affiliate ni kita letak iklan di laman web/blog kita, kemudian bila ada orang klik dan beli barang tu, kita akan dapat komisen. Lagi tinggi trafik blog, lagi besar kemungkinan untuk orang klik pada link tu. Kebanyakan affiliate adalah percuma untuk didaftar. Lepas daftar, laman web tersebut akan bagi code dan anda boleh masukkan code tersebut dalam blog anda.(Boleh adjust ikut suka) Anda boleh pilih samada nak bubuh teks link, email link atau banner. Selalunya orang bubuh banner dalam blog supaya nampak lagi menarik.
Tapi, ada beberapa syarat nak jadi penulis di Klikjer.

Antara jenis buku yang berkemungkinan besar ditolak di Klikjer:
-Motivasi
-Novel
-Seks
-Politik
*Buat masa ni, ebook dalam Bahasa Inggeris tidak dapat diterbitkan. Cuma bahasa Lingua Franca (Melayu) sahaja.

Buku yang diterima
-Panduan
-Persediaan
-Bisnes (Buat duit dengan...)
*Ebook yang berada dalam kategori selain di atas, anda boleh je hantar proposal ebook tersebut dahulu untuk penilaian.

KENAPA KLIKJER?
-Pihak klikjer bertindak sebagai penerbit dan pengedar karya melalui online. Karya anda akan diterbitkan samada melalui ebook, audio atau video.Klikjer bertanggungjawab menjual ebook anda di website minisite dan website lain. Anda tak perlu susah nak tidur fikir siapa nak tolong jual, cuma jika usaha anda lebih dengan join affiliate dan rajin promo barulah anda akan dapat hasil yang lebih.

-Bayaran royalti yang dikenakan kepada penulis adalah tinggi. (Royalti tu macam komisen hasil jualan)

-Tiada sebarang kos yang anda perlu keluarkan untuk menerbitkan ebook sebab kesemuanya digital. Anda cuma perlu memerah otak sahaja untuk mengeluarkan idea.

:) Apa lagi, jomlah cuba menulis sesuatu yang bermanfaat! Mudah saja di Klikjer. Lepas daftar sebagai penulis, ebook panduan menulis di Klikjer dan template penulisan akan diberikan.

No comments:

Post a Comment