Monday 7 March 2016

BAGAIMANA FACEBOOK DEVELOPERs BOLEH MEMBANTU LIKE & SHARE BLOG ANDA?

Assalamualaikum wbt.
Zaman teknologi sekarang ni, ramai manusia yang kaki 'like'& kaki 'share'  serta kaki suka mintak 'like' & 'share'. Fenomena ni dah lama dah jadi, cuma semakin lama semakin menjadi. So, tak hairanlah kalau korang boleh jumpa butang 'Like' di mana-mana

Cuba kau tengok, sampai kat kereta pun ade gak 'Like'. 
Sumber gambar: craziestgadgets.com

Bila dah ade butang like & share dalam blog, orang tak payah susah-susah nak copy link URL pastu post kat newsfeed. Kan senang tu. Nak 'like' pun boleh terus je klik like kat blog. Mesti si kaki 'likers' gembira punya. Thanks to blogger Mikahaziq  sebab post dia ni dapat membantu aku menambahkan ape yang patut dalam blog yang nampak kusam & plain ni.

Step2 yang korang buleh buat untuk tambah butang 'Like' & 'Share' dalam blog:

1. Ketahui apa itu Facebook Developers. Facebook Developers ni lebih kurang macam website under Facebook yang menyediakan aplikasi untuk mengembangkan berita, aktiviti, iklan dan macam2 lagilah (dalam kata lain bertujuan menghubungkan Facebooker dengan website2 lain untuk meluaskan berita, jualan, dan lain2). Kepada Website Developers, mohon maaf kalau definisi yang aku tulis ni salah.



2. Lepas dah bukak website tu, sila klik 'doc'. Boleh jugak nak copy URL ni (https://developers.facebook.com/docs/) dan korang akan terus sampai kat page bawah ni:  

                  Klik pada perkataan 'Social Plugin'. Lupa pulak nak bulatkan perkataan tu.. 

3.  Ade banyak jenis plugin yang korang boleh try.

4.Dan harini nak ajar cara bubuh 'like' dan 'share'. Yang lain buleh la korang discover sendiri nanti.

Hah, Klik Web tu..

5. Lepas tu akan keluar macam kat bawah ni, scroll sikit ke bawah.. akan jumpa macam dalam gambar, and then paste link blog korang:
Lepas tu terus tekan 'Get Code'

 Ta-daa.. Dah dapat Secret Code

6.Copy dua2 code dan bukak bloggerdashboard>layout . Klik kat mana2 yang ade tulis 'Add a Gadget' ikut citarasa korang.

 7. Akan keluar macam ni.. Pilih HTML/Java Script. Klik kat butang tambah tu.

8. 'Paste' kedua-dua code tadi ikut turutan, dan klik save.

9. Try cek blog korang jadi ke tak, kalau tak jadi komen kat bawah. Kalau jadi, ucap Alhamdulillah sebelum komen.

p/s: Gambar2 yang nampak kecik tu boleh klik nak bagi nampak besar.
Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment